22/08/2019 - 11.00 malam. Selepas beberapa jam di wad kecemasan ini, mak di benarkan balik.
22/08/2019 - 11.00 malam. Kali ini bila adik ipar menelefon sambil menangis memberitahu keadaan mak, aku dan suami bersama bangcik bergegas ke rumah adik ipar. Sampai di sana, aku buat keputusan menelefon ambulans. Anggota paramedik datang dan membuat rawatan ringkas sebelum membawa mak ke hospital dengan menaiki ambulans.
En Suami bersama makMak ada 12 orang anak yang masih hidup semuanya - 6 lelaki dan 6 perempuan. Buat masa ini, mak bergilir-gilir tinggal bersama keluarga dua orang anaknya - seorang anak lelaki dan anak perempuan bongsunya. Aku tabik dengan keluarga kedua adik iparku itu. Mereka menjaga mak dengan sangat baik dan penuh kasih. Anak menantu yang lain akan menziarahi mak di dua buah rumah tersebut mengikut di mana mak berada.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |