Ibu Mengandung Jangan Sampai Muntah Bila Minum Air Gula Nanti Kena Ulang Lagi Sekali


Mengapa wanita perlu minum air gula ketika mengandung?  Fungsi minum air gula ini adalah untuk memeriksa sama ada ibu-ibu mengandung ada kencing manis atau pun tidak.
Ibu Mengandung Jangan Sampai Muntah Bila Minum Air Gula
Hakikat yang tidak dapat disangkal setiap wanita mengandung ialah mereka tetap tidak suka apabila disuruh atau perlu melalui ujian saringan toleransi glukosa (minum air gula).
Macam mana boleh ‘check’ kencing manis dengan minum air gula? Teori di sebalik ujian ini diterangkan seperti berikut;
*Kencing manis terjadi apabila badan kita tidak dapat memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukosa.
*Glukosa amat penting sebagai sumber tenaga untuk sel dalam badan.
*Jika glukosa berlebihan, hati akan menukar glukosa menjadi sebatian glikogen untuk disimpan.
Nanti Kena Ulang Lagi Sekali Pernah dengar mengenai insulin? Apakah insulin dan fungsinya? Insulin ini merupakan hormon yang berfungsi menukarkan glukosa pada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila didapati glukosa berlebihan.
Insulin juga berfungsi membawa glukosa ke dalam sel badan untuk dimetabolismekan menjadi tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal paras atur gula dalam darah.
Maka apabila ibu mengandung minum air gula, sebenarnya nak ‘test’ insulin itu boleh berfungsi atau tidak. Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan ibu mengandung mungkin mempunyai kencing manis (diabetes) ketika hamil.

Ibu-ibu berisiko tinggi menghidapi diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:
• Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
• Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
• Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
• Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes.
• berar ibu naik mendadak
• air mentuban tetiba jadi banyak ( polyhydramnios )
• selalu sangat kena kencing kotor dan keputihan masa mengandung
Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (minum air gula ) ketika mengandung yang dilakukan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.
Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali minum air kosong/air mineral sahaja.
Pada awal paginya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang disediakan.
Ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini.
Air gula yg diberikan oleh klinik kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam. Ada juga yg berperisa oren atau kola.
Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah.
Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi diabetes pada bayi dan juga ibu.

Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan. Apakah kesan kencing manis pada kehamilan?
Kebanyakan ibu yang menghidapi diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum.
Kebolehan untuk mengesan awal diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.
Amatlah penting ibu-ibu memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin. Bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction).
Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.
Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.
Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.
Minum air gula ini bukan menyebabkan ibu ada kencing manis, sebaliknya untuk mengenalpasti ibu mana yang ada kencing manis.
Peringatan penting: Pastikan jangan muntah. Cuba sedaya upaya untuk tidak muntah. Jika anda muntah, ujian MGTT ini tidak berhasil dan perlu diulang semula. Sumber:  Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan dan 𝐄𝐈𝐃 𝐒𝐎𝐅𝐄𝐀 𝐂𝐋𝐈𝐍𝐈𝐂, Tumpat
The post Ibu Mengandung Jangan Sampai Muntah Bila Minum Air Gula, Nanti Kena Ulang Lagi Sekali appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-mengandung-jangan-sampai-muntah-bila-minum-air-gula-nanti-kena-ulang-lagi-sekali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Serang Nanti I Marah Makan Dalam Tau Ig Diserang Dek Isu Panas Ruhainies Risteena Tampil Bersuara

Jangan Serang Nanti I Marah Makan Dalam Tau Ig Diserang Dek Isu Panas Ruhainies Risteena Tampil Bersuara

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 123 hits
Baru baru nama aktres hebat Ruhainies terpalit dengan isu dakwaan ditangkap khalwat dengan aktro Aliff Aziz yang juga merupakan suami kepada rakan baiknya Bella Astillah Risteena turut terkena tempias Susulan kes tersebut menjadi perhatian ...
Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan Banyak Kebaikan Untuk Tubuh

Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan Banyak Kebaikan Untuk Tubuh

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 169 hits
Ibu yang boleh makan kerana durian banyak manfaatnya untuk kesihatan Menurut pakar perubatan janin Dr Patrick Chia durian boleh dimakan oleh tetapi dalam kuantiti terhad sahaja yang didiagnos dengan perlu elakkan makan kerana kandungan gula...
Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink Jangan Tangguh Tangguh Berisiko Untuk Ibu Bayi

Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink Jangan Tangguh Tangguh Berisiko Untuk Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 207 hits
Bila boleh buka pastinya antara yang sering bermain difikiran wanita yang pertama kali Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh Umumnya seorang yang s...
Nota Jangan Cabar Islam Ditabur Di Luar Rumah Ibu Bapa Nga

Nota Jangan Cabar Islam Ditabur Di Luar Rumah Ibu Bapa Nga

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 167 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 7 2024 3 21 PMSalinan nota bertulis tangan memberi amaran Menteri Perumahan dan Tempatan Nga Kor Ming supaya jangan cabar Islam bertaburan di luar kediaman ibu bapanya di Ayer Tawar Perak Ibunya yang menemui ...
Rasa Dia Macam Lelaki Kongsi Pengalaman Terkunyah Lipas Ketika Minum Air Dalam Kereta

Rasa Dia Macam Lelaki Kongsi Pengalaman Terkunyah Lipas Ketika Minum Air Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 153 hits
Dalam kalangan serangga lipas sering menjadi pilihan yang menakutkan dan menjijikkan walaupun saiznya kecil Ia terkenal sebagai haiwan perosak yang memakan hampir apa sahaja termasuklah bahan bahan kotor Naim Pest Control seorang pakar kawa...
Sambil Menyelam Minum Air

Sambil Menyelam Minum Air

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 115 hits
Muklis Eddie1 Perniagaan cafe rugi modal mahal tak laku 2 Perniagaan tonggang agama untung modal air liur
Buffet Ramadan 2024 Santapan Ummis Hijau Kasturi Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa Air Tangan Ibu

Buffet Ramadan 2024 Santapan Ummis Hijau Kasturi Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa Air Tangan Ibu

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 285 hits
Hi Korang Ingin rasa air tangan bekas cef Sultan Brunei jemputlah datang dan ke Santapan Ummis Hijau Kasturi Untuk bufet ramadan tahun ini Santapan Ummis Hijau Kasturi membawakan barisan hidangan gabungan sajian desa dua negara istimewa unt...
Sila Ambil Perhatian Jangan Biarkan Ibu Bapa Atau Kanak Kanak Guna Telefon Gadget Sewaktu M

Sila Ambil Perhatian Jangan Biarkan Ibu Bapa Atau Kanak Kanak Guna Telefon Gadget Sewaktu M

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 156 hits
Jika anda nampak ibu bapa atau kanak kanak menggunakan telefon gadget sewaktu mereka sedang bersama keluarga tidak perlu anda judge Anda tidak tahu apa beban masalah dan tanggungjawab orang lain Apa yang perhatikan selama beberapa minit TID...
Kerja Rumah Bukan Semua Ibu Mengandung Sesuai Buat Boleh Semak List Ini

Kerja Rumah Bukan Semua Ibu Mengandung Sesuai Buat Boleh Semak List Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 254 hits
bukan semuanya sesuai dilakukan oleh Memanglah wanita dan urusan rumah tangga tidak dapat dipisahkan namun ketika mengandung eloklah kalau kerja kerja itu dilakukan oleh suami atau ahli keluarga yang lain Kerja Rumah Bukan Semua Ibu Mengand...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah