Buffet Ramadan 2024 Santapan Ummis Hijau Kasturi Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa Air Tangan Ibu


Hi Korang,
Ingin rasa air tangan bekas cef Sultan Brunei, jemputlah datang dan ke Santapan Ummis Hijau Kasturi. Untuk bufet ramadan tahun ini Santapan Ummis Hijau Kasturi membawakan barisan hidangan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024. 

Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu terdapat lebih 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan



Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan di Santapan Ummis Hijau Kasturi akan bermula pada 13 Mac 2023 hingga 8 April 2024. 

Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan

Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka










Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi

Memenuhi permintaan pelanggan, kuih tradisi yang sedang tular iaitu Punten juga akan berada di dalam senarai buffet . Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi

Lebih menarik, konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan






Alhamdulillah, sambutan berbuka di restoran kami pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Setiap hari dipenuhi dengan para pelanggan yang disayangi. Susulan itu, pada tahun ini kami memilih menu-menu desa kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan. Pakai sahaja apa yang ada untuk ke sini kerana yang pasti sajian ini akan menggamit memori ujar Cef Hajah Norziah
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Jadi ianya juga sesuai untuk syarikat korporat mengadakan sebarang acara di sini sepanjang bulan ramadan ini


Harga Buffet
RM 59.90 nett untuk dewasaRM25.00 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah*RM25.00 nett untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas


Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma

Untuk promosi ‘early bird’ harga RM50.00 nett untuk dewasa ditawarkan sehingga 12 Mac 2024

Pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antarai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging. Berharga RM19.90 bagi 500gm. Dari segi kualiti rasa memang memikat selera dan ke semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan

Untuk info, restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar


Waktu Operasi Bulan Ramadhan :
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam


Waktu Operasi Harian :
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Ummis Hijau KasturiG3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.

Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production)

*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/03/buffet-ramadan-2024-santapan-ummis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Mencuba Sajian Negara Brunei Dan Malaysia Ramadan Ini Boleh Datang Ke Santapan Ummis Hijau Kasturi

Nak Mencuba Sajian Negara Brunei Dan Malaysia Ramadan Ini Boleh Datang Ke Santapan Ummis Hijau Kasturi

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 268 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Korang pernah cuba masakan orang Brunei Kalau Maha memang tidak pernah dan ini pertama kali dapat rasa masakan Brunei Jom kita...
Buffet Ramadhan 2024 D Pine Loghouse Bertemakan Nostalgia Desa

Buffet Ramadhan 2024 D Pine Loghouse Bertemakan Nostalgia Desa

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 244 hits
Semestinya telah mulai ada banyak pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar sana untuk tahun 2024 Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024 antara lokasi tempat berbuka yang sempat AlongMurni singgah dan rasai se...
Buffet Ramadhan 2024 Hotel Armada Pj Bertemakan Kemilau Ramadan

Buffet Ramadhan 2024 Hotel Armada Pj Bertemakan Kemilau Ramadan

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 275 hits
Semestinya telah mulai ada banyak pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar sana untuk tahun 2024 Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024 antara lokasi tempat berbuka yang sempat AlongMurni singgah dan rasai se...
Buffet Ramadan 2024 Nostalgia Rasa Renaissance Iftar Buffet

Buffet Ramadan 2024 Nostalgia Rasa Renaissance Iftar Buffet

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 357 hits
Buffet Ramadan 2024 Nostalgia Rasa Renaissance Iftar Buffet Antara Buffet Ramadan yang dinanti natikan setiap tahun hehehe Alhamdulillah sempat mencuba menu menu Iftar Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Jumaat lepas bersama Babah Ilham...
Buffet Ramadan 2024 Lambaian Bonda Santapan Di Teratak Bonda Di Hotel Summit Usj Subang

Buffet Ramadan 2024 Lambaian Bonda Santapan Di Teratak Bonda Di Hotel Summit Usj Subang

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 412 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah seperti biasa bila mana nak masuk bulan Ramadan aku pastinya akan kongsikan lokasi lokasi berbuka puasa menarik Untuk kali ini lokasi berbuka puasa...
Buffet Ramadan 2024 Sedap Dengan Selera Serantau Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

Buffet Ramadan 2024 Sedap Dengan Selera Serantau Ramadan Holiday Villa Johor Bahru

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 369 hits
Buffet Ramadan 2024 Sedap dengan Selera Serantau Ramadan Holiday Villa Johor Bahru Buffet Ramadan 2024 kalini adalah di Holiday Villa Johor Bahru Makanan pilihan Melayu Dan Antarabangsa disajikan untuk berbuka Puasa nanti Masa menaip ni pun...
Buffet Ramadan 2024 Kemilau Ramadan Di Restoran Utara Hotel Armada Petaling Jaya

Buffet Ramadan 2024 Kemilau Ramadan Di Restoran Utara Hotel Armada Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 429 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan satu lagi tempat berbuka puasa menarik di sekitar Lembah Klang iaitu di Hotel Armada PJ Mungkin ada yang pernah baca seb...
Ramadan Buffet 2024 Indulge In The Exquisite Citarasa Khazanah Dinner At Shiso Dining Micasa All Suite Kuala Lumpur

Ramadan Buffet 2024 Indulge In The Exquisite Citarasa Khazanah Dinner At Shiso Dining Micasa All Suite Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 344 hits
Indulge in the Exquisite Citarasa Khazanah Dinner at Shiso Dining MiCasa All Suite Kuala Lumpur Are you looking for a unique dining experience that celebrates the rich flavors of traditional and western cuisine Look no further than the Cita...
Buffet Ramadhan 2024 Hotel Summit Subang Usj Bertemakan Lambaian Bonda

Buffet Ramadhan 2024 Hotel Summit Subang Usj Bertemakan Lambaian Bonda

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 413 hits
Semestinya telah mulai ada banyak pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar sana untuk tahun 2024 Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024 antara lokasi tempat berbuka yang sempat AlongMurni singgah dan rasai se...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking