Ibu Mangka Kebakaran Bersama Empat Anak Rupanya Sedang Hamil Terselamat Kemalangan 13 Hari Lalu
Siapa menyangka ibu hamil bersama empat anaknya yang maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam pernah berdepan kemalangan tragis pada Januari lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa, Ruziha Osman, yang masih terkejut dan sedih dengan pemergian anak sulungnya bersama empat cucu kesayangannya yang berusia antara empat hingga 13 tahun.
Tambahnya, mereka sekeluarga sebenarnya masih dalam fasa pemulihan emosi selepas kemalangan jalan raya yang menimpa arwah sekeluarga pada 30 Januari lalu.
“Memang tak sangka, lagipun arwah kelihatan ceria dan bergurau dengan kami seperti biasa.
“Arwah sedang mengandung, malah sebelum ini mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Brisu Alor Gajah pada 30 Januari lalu, namun terselamat,” katanya.
Namun, siapa sangka, selepas terselamat dari nahas tersebut, mereka akhirnya dijemput Ilahi dalam tragedi yang lebih menyayat hati.
Sementara itu, ibu saudara kepada suami arwah, yang hanya dikenali sebagai Ina, menyifatkan pemergian Laila dan anak-anaknya sebagai satu takdir yang sukar diterima.
“ALLAH SWT telah menyelamatkan mereka dalam kemalangan sebelum ini, tetapi rupanya takdir menjemput mereka dengan cara lain,” luahnya sebak.
Kebakaran rumah yang mengorbankan lima beranak termasuk tiga kanak-kanak di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada awal pagi Khamis.
Selain meragut nyawa, tragedi memilukan ini turut memusnahkan kediaman yang hangus dijilat api. Mangsa yang terkorban ialah Laila Fathinah Mustapa, 37; Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6; dan Izz Danish Fathi, 4.
Bagaimanapun, suami Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat dalam kejadian itu, walaupun mengalami sesak nafas akibat menghidu asap tebal. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Kredit: Sinar Harian
The post Ibu Mangka Kebakaran Bersama Empat Anak Rupanya Sedang Hamil, Terselamat Kemalangan 13 Hari Lalu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ibu-mangka-kebakaran-bersama-empat-anak-rupanya-sedang-hamil-terselamat-kemalangan-13-hari-lalu/