Bayi Mudah Dijangkiti Ruam Semasa Cuaca Panas Lakukan 5 Langkah Ini


Cuaca panas sekarang ini memang banyak memberi ketidakselesaan kepada semua orang terutamanya bayi yang masih kecil. Antara risiko yang mudah terkena kepada si kecil akibat cuaca panas adalah masalah ruam.
Ruam sememangnya sangat sinonim dengan bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun. Golongan ini paling kerap dijangkiti ruam yang akan membuatkan mereka berasa kurang selesa.
Ini kerana bayi dan kanak-kanak kecil mempunyai kelenjar peluh yang belum matang jadi jika mereka berpeluh terlalu banyak akan menyebabkan pori kulit tersumbat dan peluh tidak keluar seterusnya ruam akan timbul.
Apabila anda perasan ada bintik-bintik ruam merah di bahagian leher, dahi, muka dan celah kelangkang, itu menunjukkan si kecil dijangkiti ruam. Keadaan boleh menjadi semakin teruk apabila anda gemar memakaikan bayi topi, pakaian yang ketat dan tebal. Ruam akan semakin cepat merebak.
Ruam sebenarnya memberikan petanda yang anak anda berada dalam suhu yang terlalu panas. Untuk pengetahuan, jika anda tidak menurunkan suhu badannya, bayi mungkin mendapat masalah lain yang lebih serius seperti strok haba.
Lebih teruk lagi suhu badan bayi berisiko untuk naik lebih tinggi dan dia boleh mengalami nyahhidrat!
Walaubagaimanapun ruam ini tidak menyakitkan anak anda cuma mungkin jika badannya berpeluh dan melekit, kemungkinan dia akan berasa gatal dan pedih. Sudah tentu ia akan membuatkan anak anda mudah merengek dan meragam.
Jadi, jika anda sudah perasan bintik-bintik merah di beberapa bahagian badan anak, segera bertindak untuk mengelakkan masalah menjadi semakin buruk. Ini langkah yang anda mesti buat bagi melegakan ketidakselesaan si kecil!
1. KURANGKAN KEPANASAN BAYI
Pastikan anak anda tidak terus berada dalam suasana yang panas sama ada ketika dia sedang tidur atau bermain. Beralih ke bilik yang berkipas atau berhawa dingin. Tidurkan bayi dalam bilik yang berangin dan tidak panas pada waktu malam.
2. PAKAIAN BERSESUAIAN
Dalam cuaca panas jangan pakaikan bayi anda dengan pakaian yang bertutup, ketat dan daripada fabrik sintetik seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas. Fabrik kapas adalah pilihan yang tepat dan selesa. Jika boleh, kerap buka pakaian anak dan biarkan dia seketika dengan hanya memakai lampin sahaja.

3. SEJUKKAN BADAN BAYI
Kawasan kulit yang dijangkiti ruam akan menjadi kemerahan dan gatal sekiranya panas dan berpeluh. Oleh itu pastikan anda sentiasa menyejukkan kawasan tersebut sama ada mengelap dengan tuala basah yang sejuk atau memandikan bayi di bawah pancuran air. Kemudian biarkan kulitnya kering sendiri dan sebolah mungkin tidak perlu mengelap anak dengan tuala.
4. GUNA LOSYEN CALAMINE
Losyen calamine sememangnya ubat paling mujarab untuk masalah kulit ruam dan kerengsaan.
5. GUNA KRIM HIDROKORTISON
Penggunaan krim ini hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor atau ahli farmasi sahaja sekiranya masalah ruam menjadi semakin teruk.
Sebaiknya ibu bapa perlu mengelakkan daripada menggunakan sebarang losyen dan salap tanpa nasihat doktor kerana ia ditakuti akan membuatkan ruam menjadi lebih teruk.
Bawalah anak anda berjumpa doktor sekiranya dia demam, suhu badan terus meningkat dan ruam menjadi semakin teruk selepas empat hari.
Sumber info: babycenter
The post Bayi Mudah Dijangkiti Ruam Semasa Cuaca Panas. Lakukan 5 Langkah Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bayi-mudah-dijangkiti-ruam-semasa-cuaca-panas-lakukan-5-langkah-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamatkah Alat Penggendong Bayi Anda Ikuti Langkah Pencegahan Mudah

Selamatkah Alat Penggendong Bayi Anda Ikuti Langkah Pencegahan Mudah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 317 hits
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik Namun adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi an...
5 Resep Ice Facial Untuk Mengencangkan Dan Menyegarkan Kulit Di Cuaca Panas

5 Resep Ice Facial Untuk Mengencangkan Dan Menyegarkan Kulit Di Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 243 hits
5 Resep ice facial untuk mengencangkan dan menyegarkan kulit di cuaca panas Selain es batu biasa kamu juga bisa menggunakan rebusan mint air jeruk air mawar jus mentimun seduhan teh hijau atau air kunyit yang dibekukan
5 Langkah Mudah Buat Oden Sendiri Di Rumah

5 Langkah Mudah Buat Oden Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 398 hits
Oden merupakan sebuah makanan yang berasal dari negara matahari terbit Baru baru ini sebuah kedai serbaneka dari Jepun telah mula beroperasi di Malaysia dan antara tarikan kedai terbabit adalah makanan oden ini Kedai tersebut hanya beropera...
Cara Mudah Packing Simpan Bahan Makanan Bayi Jimat Banyak Ruang Dalam Peti Sejuk

Cara Mudah Packing Simpan Bahan Makanan Bayi Jimat Banyak Ruang Dalam Peti Sejuk

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 586 hits
Bekas simpan sayur sebenarnya akan membuatkan ruang di dalam peti sejuk sempit dan menyukarkan ibu ibu untuk mengeluarkan bahan yang ingin digunakan Tambah pula bila si kecil sudah boleh makan Tentu stok makanan untuk si kecil lebih banyak ...
Pelekapan Yang Salah Semasa Menyusu Boleh Menyebabkan Puting Merekah Lakukan Cara Ini Untuk Elak Rasa Sakit

Pelekapan Yang Salah Semasa Menyusu Boleh Menyebabkan Puting Merekah Lakukan Cara Ini Untuk Elak Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 613 hits
Masalah puting merekah berkemungkinan berpunca daripada pelekapan yang tidak betul kelainan pada lidah atau bibir seperti bersambung jangkitan pada puting seperti jangkitan kulat dan sebagainya Pertama sekali kita perlu mencari punca masala...
10 Langkah Mudah Daftar Secure2u Maybank Selamat Tinggal Sms Tac

10 Langkah Mudah Daftar Secure2u Maybank Selamat Tinggal Sms Tac

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 789 hits
Sebagai pengguna Maybank2u anda mesti pernah mengalami situasi menunggu SMS TAC pada telefon sebelum boleh meneruskan sesuatu transaksi Rata rata pengguna pernah mengalami SMS TAC tak sampai lah SMS TAC salah lah dan macam macam lagi yang m...
Tips Penjagaan Kesihatan Bahagian Intim Dengan 3 Langkah Mudah Bersama Libresse V Care

Tips Penjagaan Kesihatan Bahagian Intim Dengan 3 Langkah Mudah Bersama Libresse V Care

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1139 hits
Tips Penjagaan Kesihatan Bahagian Intim Dengan 3 Langkah Mudah Bersama Libresse V care Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan Seringkas dan sesempoi manapun insan bergelar wanita itu mereka pasti akan ada stand stand tertentu yang aka...
Panas Video Imam Lakukan Sumbang Mahram Dengan Cucu Tersebar

Panas Video Imam Lakukan Sumbang Mahram Dengan Cucu Tersebar

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 2625 hits
Perbuatan sumbang mahram sering berlaku di antara mereka yang mempunyai pertalian kekeluargaan dan kurang mendalami ilmu agama Namun bagaimana pula jika si pelakunya merupakan seorang Imam yang melakukan sumbang mahram dengan cucunya sendir...
Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir

Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 478 hits
Pemantauan ibu kepada pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan atau still birth Menurut Dr Dharmini Veerakumaran Pakar Perbidanan Sakit Puan Pertubuhan Kesihatan Sedunia m...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025