Ibu Hilang Sekejap Nangis Jika Anak Bawah 2 Tahun Berperangai Macam Ni Ada Sebabnya


Kenapa anak 1 tahun 6 bulan ke bawah menangis sangat kuat bila tak nampak ibu atau penjaganya? Ramai juga yang anggap anak anak akan lebih mengada-ngada dan manja bila dengan ibu.
Menurut Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose ada sebab kenapa anak di usia ini berperangai sedemikian.
Bagi anak berumur 1 tahun 6bulan ke bawah, sebenarnya kita tidak boleh mengatakan dia berperangai buruk jika dia menangis nak ikut anda masuk tandas, atau tidak boleh jauh dari anda langsung.
Pada usia ini, bahagian otak bawah atau reptilian brain yang sedang develop. Bahagian otak ini, menjaga keselamatan dan perlu rasa selamat untuk perkembangan seterusnya.
Bila mama pergi dari dia ke toilet ke atau ke mana, anak itu tengok mamanya hilang dan rasa keselamatannya tergugat. Itu yang buat dia menangis. Itu bukan manja. Jangan salah faham dan bukan juga berperangai buruk. Itu tabii dan perkembangan normal seorang kanak-kanak.
Anak kecil menangis bukan kerana dia berperangai buruk, dia menangis untuk berkomunikasi dan menyampaikan keperluannya. Maka selidiklah apa yang dia perlukan dan tunaikan.
Ibu risau, bila ibu bapa muda tersilap faham begini, kerana kesannya buruk. Kerana takut anak menjadi manja,sedangkan pada usia ini, anak amat perlukan belaian ibu dan bapa. Dan kerana kononnya takut anak itu manja, maka dibiarkan anak itu sorang-sorang dan menangis melalak beberapa jam. Akhirnya, tahap untuk rasa selamat itu tidak berakhir, sudah 6 tahun pun masih clingy dan esteem diri yang rendah kerana berasa dia tidak penting dan tidak dikasihi. Ia sangat memberi kesan pada perkembangan psikologinya.
Anak yang dikatakan berperangai buruk jika sudah lebih 4 tahun, perangainya mungkin menyepak dan merontak-ronta bukan kerana dia berada dengan ibunya. Tetapi kerana dia tidak dididik dengan kasih-sayang dan ketegasan, loving and firm. Kerana anak yang dididik dengan loving and firm, dia tahu had-had kelakuan yang dibenarkan. Yang menjadi berperangai buruk adalah yang dididik tanpa meletakkan had-hadnya atau pun boundaries.
Contoh, tengok TV sampai pukul 2 pagi pun dibenarkan…atau bila memukul kawan-kawan, ibu bapa tengok sahaja dan tidak mengambil tindakan memberitahu perbuatan itu salah. Walaupun pada ketika itu anak itu masih 2 tahun, ibu bapa perlu membetulkan kelakuan anak itu dan mulakan perlahan-lahan. dan berulang sehingga anak itu faham. Ianya mungkin mengambil masa beberapa bulan.
Kita hanya boleh mengatakan seorang anak itu berperangai buruk sekiranya anak itu telah berusia 4 tahun keatas kerana pada usia ini, barulah seorang anak itu sudah mula boleh berfikir dan memahami reason. Namun, tidak yang kompleks….tapi sudah boleh sedikit. Dan bila sedari kecil ibu bapa berusaha memberi penerangan atau reason, anak itu akan membesar menjadi seorang yang mudah memahami, reasonable.
“children raised with reasons become reasonable”
Yang dikatakan berperangai buruk itu maksudnya anak itu melakukan perkara-perkara yang tidak boleh diterima dalam sosial, seperti memukul kawan, menyepak, merampas, menjerit-jerit marah, berguling-guling hendakkan barang di kedai….namun perlu difahmai ini bukan kerana anak itu berada dengan ibunya…ia adalah kerana didikan yang diterima sebelum ini lebih kepada permissive dimana semuanya tidak mengapa, diikut semua kehendak anak itu…apa yang kita katakan sebagai ‘permissive parenting’ …Kelemahan Permissive parenting adalah anak tidak dikenalkan dengan peraturan dan contoh perangai baik sejak kecil.
Bagi pendapat dan pegangan Ibu, anak berperangai buruk diantara sebab utamanya BUKAN kerana anak itu dengan ibunya atau bapanya, …it is the parenting. Sebab ramai para ibu yang bijak mengendalikan dan mendidik anak-anaknya..dan anak tidak berperangai buruk bila dengan mereka
Sumber: Ibu Rose
The post Ibu Hilang Sekejap Nangis. Jika Anak Bawah 2 Tahun Berperangai Macam Ni Ada Sebabnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hilang-sekejap-nangis-jika-anak-bawah-2-tahun-berperangai-macam-ni-ada-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggalkan Sekejap Anak 2 Tahun Dalam Kereta Ibu Cemas Kereta Terkunci

Tinggalkan Sekejap Anak 2 Tahun Dalam Kereta Ibu Cemas Kereta Terkunci

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 307 hits
Hanya kerana tinggalkan sekejap anak berusia dua tahun yang sedang menyusu botol dalam kereta kerana menghantar anak yang lain masuk sekolah seorang ibu berdepan detik cemas Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Yunus Ali beliau bersama anggota Ja...
Tahniah Mat Dan Isteri Bakal Timang Anak Kedua Penghujung Tahun Ini Mesti Comel Macam Zayne

Tahniah Mat Dan Isteri Bakal Timang Anak Kedua Penghujung Tahun Ini Mesti Comel Macam Zayne

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 636 hits
Pengacara berbangsa Inggeris yang kini sudah memeluk Islam dan menetap di Malaysia Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler berkongsi berita gembira dia dan isteri bakal menimang cahaya mata kedua pada penghujung tahun ini Mat Dan yang mer...
Ini Sebabnya Bayi 6 Bulan Ke Atas Menangis Macam Sakit Sakit Bila Ibu Tinggalkannya Sekejap

Ini Sebabnya Bayi 6 Bulan Ke Atas Menangis Macam Sakit Sakit Bila Ibu Tinggalkannya Sekejap

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 366 hits
Uwaaa uwaa Adik kejap ye mama nak pergi toilet Adik duk dalam playpan ni jap ye Ni ada teddy bear alo lo lo Uwaa uwaa Baby masih tetap menangis bila nampak mamanya meninggalkan dia sendirian Mama dah tak tahan dah terpaksa juga ke emergency...
Jurusolek Makeup Nenek 60 Tahun Jadi Seperti Anak Dara Semua Kedutan Hilang

Jurusolek Makeup Nenek 60 Tahun Jadi Seperti Anak Dara Semua Kedutan Hilang

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 576 hits
Seorang jurusolek dari Indonesia Ari Izam menjadi bualan ramai di internet kerana kebolehannya mengubah penampilan seorang nenek berusia 60 tahun kelihatan seperti seorang gadis remaja Melalui perkongsian di laman Instagramnya Ari Izam berk...
Setelah Puluhan Tahun Perbuatan Terlarang Ibu Anak Dan Menantu Terbongkar

Setelah Puluhan Tahun Perbuatan Terlarang Ibu Anak Dan Menantu Terbongkar

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 252 hits
Jajaran Polres Indragiri Hulu Riau membongkar perbuatan terlarang yang melibatkan satu keluarga besar Kapolres Indragiri Hulu AKBP Efrizal mengatakan total tujuh tersangka yang dibekuk dari satu keluarga tersebut Total barang bukti narkoba ...
Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 306 hits
Cabaran membesarkan anak tak sama Jika masa kecil kita tak cukup rehat sebab anak selalu merengek menangis tak tahu apa yang dia nak apabila anak masuk alam persekolahan lain pula cabarannya Dengan kecanggihan teknologi yang semakin hebat s...
Bertuah Bergelar Ibu Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Tengok Anak Hilang Stres

Bertuah Bergelar Ibu Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Tengok Anak Hilang Stres

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 354 hits
Untuk menghindari masalah kesihatan kita perlu menjaga aspek pemakanan atau bersenam Tapi 1 perkara yang ramai tidak tahu menjadi ibu juga sebenarnya dapat memperbaiki tahap kesihatan Kelebihan menjadi ibu Pastinya anda tidak percaya bahawa...
Ini Sebabnya Mask Tak Sesuai Untuk Anak Bawah 2 Tahun Tak Ada Hal Penting Duduk Rumah

Ini Sebabnya Mask Tak Sesuai Untuk Anak Bawah 2 Tahun Tak Ada Hal Penting Duduk Rumah

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 495 hits
Dalam keadaan sekarang ibu bapa yang ada anak kecil perlu fikirkan beberapa kali untuk membawa anak keluar Bukan apa tak semua golongan sesuai memakai pelitup muka Penjelasan mengenai pemakaian pelitup muka bagi kanak kanak bawah 2 tahun in...
Lepas Anak Lahir Isteri Akan Hilang Nikmat Tidur Lena Selama 6 Tahun

Lepas Anak Lahir Isteri Akan Hilang Nikmat Tidur Lena Selama 6 Tahun

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 309 hits
Keseronokan menyambut kelahiran bayi dalam sebuah rumah tangga akan mengubah 360 kehidupan pasangan suami isteri Dalam seronok dan bahagia mendengar suara tangisan dan menatap wajah comel si kecil ada banyak cabaran lain yang mungkin member...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator