Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Pinggul Atasi Dengan Cara Ini Sangat Membantu


Ramai wanita mengalami masalah sakit pinggul semasa mengandung. Kesakitan biasanya akan mula berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Pun begitu, ia juga boleh bermula seawal trimester pertama.
Sememangnya, apabila seorang wanita itu mengandung, ia akan diiringi dengan pelbagai kesakitan. Sakit punggung semasa hamil adalah salah satu daripadanya.

Berdasarkan hasil kajian pada tahun 2018 menunjukkan bahawa lebih kurang 32% wanita mengandung melaporkan sakit pinggul pada satu tempoh kehamilan.
Menurut American College of Obstetricians and Gynecologist (ACOG), hormon yang dihasilkan badan semasa kehamilan akan melonggarkan sendi.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin mengalami sakit pada bahagian pinggul semasa mengandung, antaranya:

1. Relaksin
Umumnya, hormon relaksin akan meningkat semasa kehamilan. Seperti namanya, ia akan mengendurkan tisu yang menghubungkan tulang anda ke seluruh badan menyebabkan ketidakselesaan pelvis, terutamanya sakit belakang atau sakit pinggul.
2. Pertambahan berat badan
Apabila bayi dan ibu semakin bertambah berat badan, ia akan memberikan tekanan pada tulang dan sendi anda. Peningkatan berat badan berlebihan pula boleh menyebabkan berlakunya sakit punggung ketika hamil serta ketidakselesaan lain.
3. Postur badan yang lemah
Postur badan boleh berubah seiring dengan kenaikan berat badan, di mana pengagihan berat lebih difokuskan pada bahagian perut.
Selain itu, sekiranya bayi dalam kandungan cenderung berada pada satu posisi lebih banyak berbanding lain, ia juga boleh menjadi punca rasa sakit.
4. Transient osteoporosis
Sesetengah masalah sakit pinggul mungkin disebabkan oleh demineralisasi tulang pinggul anda atau lebih dikenali sebagai osteoporosis sementara.
Keadaan ini biasanya bermula pada trimester kedua atau ketiga. Ia mungkin berkaitan dengan tahap kalsium dan kalium. Osteoporosis pinggul sementara adalah keadaan jarang berlaku yang menyebabkan kehilangan tulang sementara pada bahagian atas tulang paha (femur).

5. Kedudukan tidur
Posisi tidur sebelah (mengiring) boleh menyumbang kepada punca sakit punggung semasa hamil kerana ia memberi tekanan pada sendi anda. Pun begitu, disebabkan menjadi 1 masalah biasa untuk wanita mengandung tidak cukup tidur, maka tidur mengiring merupakan pilihan posisi tidur paling menyelesakan.
Atasi sakit pinggang
1. Gunakan bantal
Letakkan bantal pada bahagian bawah perut dan antara kedua-dua lutut. Selepas seminggu, rasa sakit pada pinggul akan mulai berkurangan apabila tulang belakang pulih daripada penjajaran lemah (poor alignment).
2. Kekal aktif sepanjang tempoh kehamilan
Siapa kata wanita mengandung tidak boleh bersenam? Pada dasarnya, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang mungkin pilihan terbaik untuk mengelakkan daripada mengalami sakit pinggul.
3. Teknik regangan
Teknik regangan asas boleh membantu mengembalikan keseimbangan dan menguatkan otot-otot yang teralih atau lemah semasa tempoh kehamilan. Cubalah!

4. Bantuan kiropraktik
Bagi sesetengah wanita, masalah sakit punggung ketika hamil boleh diatasi dengan bantuan kiropraktik – akan membantu memastikan semua ligamen berada pada penjajaran yang betul.
5. Kasut yang sesuai
Sebaiknya, pakailah kasut yang bertapak rata. Untuk bersenam pula, pilihlah kasut sukan yang dapat memberikan sokongan lengkungan yang baik semasa melakukan aktiviti fizikal harian.
6. Menjaga postur badan
Cuba untuk amalkan postur badan yang baik semasa duduk, berdiri atau ketika mengangkat mahupun membawa barang yang berat.
7. Hindari aktiviti tertentu
Elakkan daripada melakukan aktiviti tertentu yang boleh memburukkan lagi masalah sakit punggung ketika hamil. Antara aktiviti yang perlu dihindari adalah seperti menyilang kaki, berdiri untuk tempoh masa yang lama, memvakum rumah atau mengangkat benda berat.
8. Tali pinggang kehamilan
Jika perlu, dapatkan tali pinggang kehamilan untuk memberikan sokongan pada sendi pinggul anda sepanjang hari.
Sumber: Hello Doktor
The post Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Pinggul, Atasi Dengan Cara Ini. Sangat Membantu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-selalu-ada-masalah-sakit-pinggul-atasi-dengan-cara-ini-sangat-membantu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Cara Terbaik Cuci Steril Botol Susu Supaya Anak Tak Sakit Bukan Hanya Bilas Guna Air

Ini Cara Terbaik Cuci Steril Botol Susu Supaya Anak Tak Sakit Bukan Hanya Bilas Guna Air

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 127 hits
Tahukah anda ibu bapa perlu mencuci dan mensteril botol susu anak dengan betul sehinggalah mereka berusia 12 bulan Tetapi ramai yang terlupa bukan botol susu sahaja yang perlu dibersihkan Jangan lupa gunakan berus cuci botol susu Malah beru...
Punca Sakit Bahu Dan Tengkuk Serta Cara Mengatasinya

Punca Sakit Bahu Dan Tengkuk Serta Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 138 hits
Sakit bahu dan tengkuk adalah masalah biasa yang boleh mengganggu aktiviti harian Masalah ini sering berpunca daripada gaya hidup postur badan atau kecederaan Berikut adalah punca utama dan cara mudah untuk memahaminya 1 Postur Badan yang S...
Ujian Darah Pranatal Boleh Tunjuk Petanda Kanser Untuk Ibu Hamil

Ujian Darah Pranatal Boleh Tunjuk Petanda Kanser Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 134 hits
Banyak ibu mengandung yang memilih untuk menjalani ujian darah semasa kehamilan bagi memeriksa gangguan janin seperti sindrom Down Namun dalam kes yang jarang berlaku ujian ini juga dapat memberikan petunjuk tentang adanya kanser yang terse...
Lelaki Terkilan Motosikal Dicuri Lepas Follow Up Masalah Jantung Isteri Hamil Di Hospital

Lelaki Terkilan Motosikal Dicuri Lepas Follow Up Masalah Jantung Isteri Hamil Di Hospital

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 103 hits
Seorang lelaki terkilan apabila motosikal miliknya dicuri ketika mendapatkan perkhidmatan susulan masalah jantung yang dihidapi isterinya Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki itu di laman TikToknya dia yang dikenali sebagai Nur Ai...
Atikah Suhaime Akui Fasa Hamil Mencabar Emosi Tak Stabil Mula Sakit Sakit Badan

Atikah Suhaime Akui Fasa Hamil Mencabar Emosi Tak Stabil Mula Sakit Sakit Badan

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 71 hits
Pelakon Atikah Suhaime yang kini sedang sarat hamil mengakui emosi dirinya kini tidak stabil Menerusi satu hantaran dimuat naik di TikTok baru baru ini menurut Atikah dia ketika ini berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil ditambah pula...
Ai Dan Teknologi Mudah Alih Ubah Cara Diagnosa Autism

Ai Dan Teknologi Mudah Alih Ubah Cara Diagnosa Autism

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 234 hits
The combination of artificial intelligence and mobile technology is revolutionizing healthcare diagnostics especially for conditions like autism This tech partnership is not just improving patient care through earlier detection and interven...
Mh370 Hanya Dua Cara Pesawat Boleh Ditemui

Mh370 Hanya Dua Cara Pesawat Boleh Ditemui

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 110 hits
Kita ketika ini dihujani pelbagai penjelasan dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan pasca kehilangan pesawat MH370 Semuanya menyentuh soal teknikal pesawat operasi CARI DAN MENYELAMAT dan sebagainya Namun bagi juruter...
Sijil Spm Kepentingan Cara Dapatkan Semula Jika Hilang

Sijil Spm Kepentingan Cara Dapatkan Semula Jika Hilang

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 108 hits
Kebanyakan individu yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pastinya mempunyai sijil keputusan peperiksaan tersebut Sijil tersebut memaparkan keputusan terperinci calon dalam setiap mata pelajaran yang diambil ketika Tingkatan 5...
Cara Buat Kuetiau Yong Tau Foo Secara Homemade Mudah Je Rupanya

Cara Buat Kuetiau Yong Tau Foo Secara Homemade Mudah Je Rupanya

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 270 hits
Setiap kali menikmati Yong Tau Foo suka makan kuetiau Chee Cheong Fun Ha lepas ni bolehlah buat sendiri Mudah sangat cara mmebuatnya Hidangan ini jika dibeli agak mahal harganya lebih lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak Jika k...
Fostering An Entrepreneurial Mindset

Drama Sekam Di Dada

Bonus888 Top 21 By Marion Pgslot Bonus888 Life 31 888 1 2568

Mca Urges Probe Into Epf S Mahb Sell And Buy Move

Logo Halal Jakim Perlu Tingkat Pemantauan Di Semua Premis Sinar Harian 16 01 2025

Lirik Lagu Nirmala Noh Salleh

My Uae Cepa Kenapa Perjanjian Ini Penting Untuk Malaysia

Lirik Lagu Rindu Asmara Beby Acha


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Apa Anak Mahu Semua Kita Beri Jangan Terpaling Mak Mak Biar Betul Caranya

Kempen Myptptn Anytime Anywhere Istimewa Untuk Peminjam Ptptn

Sesi Akhir Persekolahan 2024 2025

Belajar Coding Naik Saham Di Tempat Kerja

Huraian Jenis Jenis Muamalat

Cabaran Kehidupan Berumahtangga Dulu Dan Sekarang