Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko Covid 19


Peningkatan catatan kes COVID-19 di seluruh negara membimbangkan Dr. Premitha Damodaran, Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL). Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, beliau sendiri mengakui belum pernah melalui pandemik yang serius seperti COVID-19 dan menggesa supaya ibu hamil mendapatkan vaksin dalam tempoh antara Minggu 14 dan Minggu 33 kehamilan. 

Sejak akhir-akhir ini terdapat desas-desus dalam kalangan ibu hamil yang terlalu takut untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Walaupun Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman tentang vaksin Pfizer sebagai pilihan vaksin yang sesuai untuk golongan ibu hamil dan menyusukan, Dr. Premitha masih menerima pelbagai soalan daripada pesakitnya tentang keselamatan vaksin tersebut terhadap kandungan mereka. 



“Apabila seorang wanita hamil, tubuhnya mengalami perubahan drastik untuk disesuaikan dengan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungannya. Tahap imuniti si ibu menurun dan si ibu mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit,” katanya. “Secara umumnya, seorang ibu hamil digalakkan untuk mengambil vaksin influenza dan Tdap untuk melindungi dirinya daripada influenza, kancing gigi, difteria dan batuk kokol (whooping cough)”. Batuk kokol adalah sejenis penyakit mudah berjangkit yang boleh meningkatkan risiko kematian dalam kalangan bayi baharu lahir. 
Menurut Dr. Premitha, vaksin batuk kokol yang juga dikenali sebagai pertussis itu lazimnya diberikan kepada bayi selepas 3 bulan kelahiran. Oleh itu, si ibu perlu diberikan vaksin Tdap untuk memastikan antibodi yang dibina dalam badan boleh disalurkan kepada bayi untuk memberikan perlindungan jangka pendek sementara menantikan vaksinasi tersebut. 

“Sebenarnya, golongan ibu sudah lama menerima vaksin sepanjang kandungan untuk menjamin kelahiran bayi yang sihat dan terlindung daripada penyakit. Buat masa ini, kita perlu memastikan ibu-ibu ini mendapatkan vaksin COVID-19 kerana penyakit tersebut telah terbukti lebih berbahaya berbanding penyakit lain,” kata Dr. Premitha. “Dalam kes positif COVID-19 yang melibatkan ibu hamil, kategori klinikal penyakit tersebut boleh bertambah serius dalam masa singkat berbanding individu lain. Sekiranya mereka yang tidak hamil masih boleh dikuarantinkan di rumah bagi Kategori 1 atau 2, keadaan ibu hamil boleh melarat dengan cepat kerana rahim ibu yang mengembang mengikut tempoh kehamilannya khususnya selepas memasuki bulan ke-4 memberi impak terhadap paru-paru si ibu. Sebab itu, ibu hamil yang disahkan positif sering kali ditahan di hospital untuk perhatian lanjut sehingga betul-betul sembuh”. 
“Sebagai Perunding Perbidanan & Sakit Puan, antara tanggungjawab kami adalah untuk memastikan semua ibu menikmati pengalaman kehamilan yang mudah dan menggembirakan. Namun, sejak pandemik ini melanda, kami perlu bekerja lebih keras supaya ibu-ibu ini dapat melahirkan bayi mereka dengan selamat,” tambahnya. 
Bercerita tentang kesan sampingan vaksin COVID-19 yang merisaukan, Dr. Premitha meyakinkan golongan ibu hamil bahawa kesan selepas vaksinasi seperti rasa lenguh, pening kepala, mual dan demam boleh dirawat dan tidak mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi kerana kesan tersebut akan hilang dalam masa terdekat. Sekiranya perlu, doktor akan memberikan ubat paracetamol untuk ibu hamil menangani kesan sampingan tersebut. “Jangan keliru kesan ini dengan kesan alahan. Alahan boleh mengakibatkan serangan kejutan (anaphylactic shock) sehingga muka bengkak dan sukar bernafas,” katanya. “Kita perlu cuba bertahan dengan rasa kurang selesa selepas divaksinkan kerana dalam tempoh hamil, kesihatan ibu adalah yang paling mustahak. Tanpa ibu yang sihat dan bebas penyakit, bagaimana bayi yang sihat dapat dilahirkan?”

“Terbaharu, kita sudah selesai Fasa Satu Program Imunisasi Kebangsaan yang melibatkan antara 80 hingga 90% kakitangan kesihatan seluruh negara. Kini, hospital adalah antara tempat paling selamat untuk anda. Oleh itu, jangan takut untuk datang ke hospital dan berbincang dengan doktor anda tentang sebarang isu melibatkan kehamilan dan vaksin COVID-19,” jelas Dr. Premitha. “Malah, kakitangan kesihatan yang hamil juga digalakkan untuk mengambil vaksin. Sehingga kini, mereka juga tidak mengalami apa-apa isu berkaitan COVID-19 sepanjang kehamilan mereka. Para ibu perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber sahih dan tidak mudah terpedaya oleh sebaran di Media Sosial kerana setiap kehamilan adalah unik. Sebab itu ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor tentang menghadapi kehamilan sepanjang tempoh pandemik”. 
Antara lain, Dr. Premitha menasihatkan golongan suami untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam menjaga keselamatan isteri mereka yang sedang hamil. Para suami perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila keluar bekerja, membeli barang keperluan rumah dan melaksanakan tugas lain sebelum kembali ke rumah untuk bertemu keluarga mereka. 



Penjagaan selepas kelahiran juga amat penting. “Walaupun kakitangan kesihatan boleh menawarkan suasana yang selamat untuk ibu dan bayi di hospital, cabaran sebenar adalah apabila si ibu dan bayi pulang ke rumah,” kata Dr. Premitha. “Kami faham ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan amat teruja untuk menyambut ketibaan ‘orang baharu’ dalam keluarga, tetapi dalam tempoh pandemik ini sebaiknya elakkan kedatangan pelawat yang mahu menyentuh bayi anda. Walaupun mereka nampak sihat pada mata kasarnya, sukar untuk kita membezakan individu sihat dengan individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19”. 
Dengan ribuan kes baharu yang dicatatkan dalam negara setiap hari, Dr. Premitha berharap ibu hamil dan menyusukan akan terus mengikut SOP yang digariskan dan memilih untuk divaksinkan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2021/05/ibu-hamil-perlu-divaksin-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid 19 Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid 19 Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 417 hits
Sejak akhir akhir ini ramai ibu hamil dan menyusukan tertanya tanya adakah selamat bagi mereka untuk mengambil suntikan vaksin Covid 19 bagi melindungi diri daripada virus berkenaan Ada juga yang menyatakan kegusaran akan kesan sampingan ya...
Allah Saja Tahu Anggota Polis Terima Hakikat Ibu Bapa Dan Adik Maut Dijemput Covid 19

Allah Saja Tahu Anggota Polis Terima Hakikat Ibu Bapa Dan Adik Maut Dijemput Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 240 hits
FMT ReportersKetua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai dan pegawai kanan IPD Sentul melawat Siti Nurul Hawana Amran susulan kematian ibu dan bapanya akibat Covid 19 di di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jumaat lalu PETALING JAYA ...
Ibu Bapa Positif Covid 19 Jiran Tampil Bantu Jaga Anak

Ibu Bapa Positif Covid 19 Jiran Tampil Bantu Jaga Anak

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 315 hits
NOR Era Fadzirah Mahat terpaksa menyerahkan anak dan anak buahnya kepada jiran untuk dijaga sementara waktu kerana dia dan suaminya disahkan positif Covid 19 FOTO Ihsan Nor Era Fadzirah Mahat Kuala Lumpur Bersyukur dapat jiran yang baik bia...
Serius Tak Nampak Macam Lepas Bersalin Keceriaan Ain Edruce Jadi Inspirasi Ibu Hamil

Serius Tak Nampak Macam Lepas Bersalin Keceriaan Ain Edruce Jadi Inspirasi Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 412 hits
Selamat melahirkan bayinya pada 19 Mei lalu Instagram pelakon dan pengacara Ain Edruce sudah semestinya diintai oleh seluruh peminatnya Mana tidaknya masing masing tidak sabar menantikan wajah comel puteri sulung artis yang sentiasa ceria i...
Pastikan Ibu Ayah Kita Di Kampung Dapatkan Info Terkini Tentang Covid 19 Lindungi Mereka

Pastikan Ibu Ayah Kita Di Kampung Dapatkan Info Terkini Tentang Covid 19 Lindungi Mereka

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 394 hits
Assalamulaikum Kes harian Covid 19 menunjukkan peningkatan dan ianya amat membimbangkan Kalau kita dapat dilihat bahawa covid 19 dapat disebarkan dengan cepat terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit 3 serangkai i...
Khasiat Chia Seed Sangat Baik Untuk Ibu Hamil Yang Sembelit Cubalah

Khasiat Chia Seed Sangat Baik Untuk Ibu Hamil Yang Sembelit Cubalah

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 194 hits
Jika disahkan GDM atau kencing manis pada ibu hamil pasti akan mendatangkan kerisauan kepada golongan ini Mulalah tercari cari makanan yang boleh kurangkan atau elak GDM Kali ini kami kongsikan khasiat chia seed untuk ibu mengandung Chia se...
Hiburan Lega Bapa Dah Bebas Covid 19 Tasha Manshahar Kini Risau Ibu Masih Di Icu

Hiburan Lega Bapa Dah Bebas Covid 19 Tasha Manshahar Kini Risau Ibu Masih Di Icu

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 298 hits
Penyanyi Tasha Manshahar meluahkan rasa lega apabila bapa kesayangan Mohd Manshahar kini sudah dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID 19 MAEPS Serdang setelah bebas wabak itu baru baru ini Tasha menzahirkan perasaan lega d...
Ibu Hamil Sakan Beraya Amp Ziarah Keluarga Doktor Luah Kecewa Terpaksa Czer Jam 3 Pagi

Ibu Hamil Sakan Beraya Amp Ziarah Keluarga Doktor Luah Kecewa Terpaksa Czer Jam 3 Pagi

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 173 hits
Memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu kerajaan tidak membenarkan seluruh rakyat untuk melakukan aktiviti rentas negeri amalan ziarah menziarahi dan berkumpul bersama ahli keluarga namun ada segelintir pihak yang degil sehingg...
Vaksin Covid 19 Dan Kanak Kanak Ibu Alu Alukan Langkah Perlindungan

Vaksin Covid 19 Dan Kanak Kanak Ibu Alu Alukan Langkah Perlindungan

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 273 hits
SINGAPURA Dengan kes COVID 19 dilaporkan di beberapa sekolah baru baru ini seorang ibu yang ditemubual BERITA Mediacorp menyambut baik pengumuman terbaru pemerintah yang meluluskan sejenis vaksin bagi kegunaan kanak kanak Pada Selasa Mente
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur