Ibu Bapa Positif Covid 19 Jiran Tampil Bantu Jaga Anak



Murnaena Muhammad Nasir
NOR Era Fadzirah Mahat terpaksa menyerahkan anak dan anak buahnya kepada jiran untuk dijaga sementara waktu kerana dia dan suaminya disahkan positif Covid-19. FOTO Ihsan Nor Era Fadzirah Mahat Kuala Lumpur: "Bersyukur dapat jiran yang baik, biasanya orang lain pasti jauhkan diri tetapi mereka sanggup ambil risiko tolong jaga anak kami buat sementara waktu ini," kata ibu dua anak, Nor Era Fadzirah Mahat.
Nor Era Fadzirah, 27, memberi reaksi itu selepas dia dan suaminya, Mohamad Ramzi Mohamed Yusof, 30, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Khamis lalu.
Dia tiada pilihan lain dan terpaksa membuat keputusan menyerahkan anaknya kepada jiran, tambahan pula kakaknya, Nor Fadzilah Mahat, 36, dan suaminya, Wan Mohamad Khairy Ahmad Harun, 35, turut disahkan positif Covid-19 kerana menetap di rumah yang sama di Setapak, di sini.
Menurutnya, hanya dua anaknya yang berusia 10 bulan dan tiga tahun, selain anak kepada kakaknya yang berusia lima tahun disahkan negatif daripada wabak itu.
"Keputusan (ujian calitan) keluar jam 11 malam pada hari sama dan klinik maklumkan semua orang dewasa positif, manakala keputusan kanak-kanak pula negatif.
"Pada waktu itu, kami semua buntu sebab anak kecil lagi, urusan penjagaan macam mana," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Menurutnya, mujur jiran sebelah rumahnya yang sudah dikenalinya sejak tiga tahun menghulurkan bantuan secara sukarela menjaga dua orang anaknya dan anak buahnya itu.
"Agak sedih sebenarnya bila sebut pasal anak sebab tak pernah berenggang dan kami terpaksa berjauhan dalam masa yang lama.
"Kerana itu kami ingin nasihatkan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati kerana kanak-kanak tidak salah, kita sebenarnya pembawa virus itu apabila kita keluar bekerja dan sebagainya.
"Orang tua kita, anak dan golongan berisiko yang menjadi mangsa. Memanglah setengah kanak-kanak mempunyai antibodi lebih kuat tapi kita tidak tahu apa akan jadi nanti dan kami tidak mahu ambil risiko," katanya.
Nor Era Fadzirah berkata, dia percaya jirannya dalam urusan penjagaan kerana sudah mengenali hati budi masing-masing selain turut mempunyai dua orang anak yang berusia tiga dan tujuh tahun.
"Semalam, jiran sendiri sudah menjalani ujian calitan dan keputusannya negatif. Saya harap sangat pada ujian kali kedua keputusan masih sama.
"Pada awalnya memang kami ingin bagi keluarga sendiri jaga iaitu mak cik saya tetapi jiran nasihat lebih baik duduk dengan mereka.
"Ini kerana mak cik saya menghidap asma dan kesihatannya mungkin berisiko jika dijangkiti Covid-19," katanya.
Menurutnya, sebagai langkah berhati-hati dia mengemas barang keperluan anaknya itu dengan memakai set alat perlindungan peribadi (PPE) buatan sendiri.
Malah, katanya, dia turut mengurangkan sentuhan dan mengasingkan diri daripada anaknya sebaik keputusan keluar dan menyerahkan penjagaan anak kepada jiran pada pagi Jumaat lalu.
"Alhamdulillah, setakat ini mereka baik-baik saja. Anak saya yang bongsu juga sudah mula minum susu tepung jadi tiada masalah.
"Tiga kediaman di kawasan rumah kami juga ada keluarga positif dan kami masing-masing maklumkan di kumpulan WhatsApp supaya orang lain dapat berhati-hati.
"Dari segi barang basah dan keperluan lain, jiran serta ahli keluarga lain ada tolong belikan dan hantar sementara kami kuarantin di rumah sekarang," katanya.
Katanya, kini dia dan ahli keluarga yang positif Covid-19 sudah berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa dan bakal membuat pemeriksaan kesihatan di sana hari ini.
Terdahulu, perkongsian suaminya mengenai anaknya yang terpaksa diserahkan kepada jiran sebagai langkah pencegahan Covid-19 mendapat perhatian warganet di aplikasi TikTok dengan tontonan lebih 519,000 kali setakat ini.
Menerusi video berdurasi 1 minit 1 saat itu kelihatan anaknya yang seolah-olah keliru dengan situasi itu menangis kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapanya di pagar rumah sebelum diambil jirannya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/ibu-bapa-positif-covid-19-jiran-tampil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempat Bantu Ambil Wuduk Anak Reda Bapa Dijangkiti Covid 19 Meninggal Dunia

Sempat Bantu Ambil Wuduk Anak Reda Bapa Dijangkiti Covid 19 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 621 hits
Runtun jiwa seorang wanita yang juga merupakan doktor perubatan apabila bapanya disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi akibat Covid 19 malam tadi Menerusi laman Instagram Dr Sakinah Kamarul ...
Hiburan Lega Bapa Dah Bebas Covid 19 Tasha Manshahar Kini Risau Ibu Masih Di Icu

Hiburan Lega Bapa Dah Bebas Covid 19 Tasha Manshahar Kini Risau Ibu Masih Di Icu

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 309 hits
Penyanyi Tasha Manshahar meluahkan rasa lega apabila bapa kesayangan Mohd Manshahar kini sudah dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID 19 MAEPS Serdang setelah bebas wabak itu baru baru ini Tasha menzahirkan perasaan lega d...
Bantu Video Call Di Icu Frontliner Turut Sebak Lihat Momen Akhir Anak Amp Ibu Nazak

Bantu Video Call Di Icu Frontliner Turut Sebak Lihat Momen Akhir Anak Amp Ibu Nazak

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 232 hits
Sejak pandemik COVID 19 melanda negara kita pelbagai SOP telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bertujuan untuk membendung penularan wabak menjadi lebih teruk Antara SOP yang perlu dipatuh ialah waris kepada pesakit yang positif COVID 19 ti...
Bangun Mak Buka Mata Mak Anak Anak Menangis Pilu Melihat Ibu Mereka Yang Nazak Disebabkan Covid 19

Bangun Mak Buka Mata Mak Anak Anak Menangis Pilu Melihat Ibu Mereka Yang Nazak Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 550 hits
Bangun mak buka mata mak Anak anak menangis pilu melihat ibu mereka yang nazak disebabkan Covid 19 Hari ini 24 Mei jam 4 45 pagi tadi ibu mertua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah Meninggal dunia di Hospital Shah Alam Arwah mening...
Tips Dan Teknik Anak Kecil Tercekik Makanan Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu

Tips Dan Teknik Anak Kecil Tercekik Makanan Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 473 hits
Assalamualaikum Hi Semua Nadhie suka membaca perkongsian dari page seperti Public Health Malaysia yang selalu berkongsi tentang apa sahaja topik topik berkaitan kesihatan Samada terhadap orang dewasa kanak kanak warga emas berkaitan isu sem...
Video Frontliner Buat Video Call Bantu Anak Tatap Wajah Ibu Buat Kali Terakhir Undang Sebak Ramai

Video Frontliner Buat Video Call Bantu Anak Tatap Wajah Ibu Buat Kali Terakhir Undang Sebak Ramai

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 350 hits
Pemergian insan tersayang terutamanya ibu dan bapa pasti memberi kesan kepada sesiapa sahaja Namun perasaan itu pasti lebih meruntun apabila kita sebagai waris tidak dapat menguruskan urusan pemergian mereka apatah lagi untuk berada dekat d...
Allah Saja Tahu Anggota Polis Terima Hakikat Ibu Bapa Dan Adik Maut Dijemput Covid 19

Allah Saja Tahu Anggota Polis Terima Hakikat Ibu Bapa Dan Adik Maut Dijemput Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 249 hits
FMT ReportersKetua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai dan pegawai kanan IPD Sentul melawat Siti Nurul Hawana Amran susulan kematian ibu dan bapanya akibat Covid 19 di di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jumaat lalu PETALING JAYA ...
Tak Pernah Jalan Tanggungjawab Sebagai Bapa Perasaan Ibu Ralat Apabila 90 Dari Harta Arwah Anak Dapat Pada Bekas Suami

Tak Pernah Jalan Tanggungjawab Sebagai Bapa Perasaan Ibu Ralat Apabila 90 Dari Harta Arwah Anak Dapat Pada Bekas Suami

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 369 hits
308 total views 308 views today Sesebuah keluarga itu pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian malah setiap daripada mereka juga mempunyai jalan cerita yang berbeza beza Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang peguam yang dikenali dengan...
Stop Paksa Anak Hug Kiss Semua Orang Perkara Ni Ibu Bapa Perlu Sedar

Stop Paksa Anak Hug Kiss Semua Orang Perkara Ni Ibu Bapa Perlu Sedar

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 445 hits
Dari kecil lah anak anak perlu diasuh dan di didik tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan Pendidikan awal ini sangat penting untuk perlindungan diri mereka Ikuti perkongsian daripada Puan Walaupun anak masih kecil sudah t...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord

Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million