Penyakit Yang Sering Menyerang Bayi Kanak Kanak Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah


Penyakit yang sering menyerang bayi dan kanak-kanak, ibu bapa jangan ambil mudah. Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kerana sistem imun mereka yang masih dalam perkembangan.
Penyakit Yang Sering Menyerang Kanak-kanak, Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah Walaupun ia dikatakan masalah kesihatan biasa tetapi jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan doktor, ia boleh mengancam nyawa. Dalam hal ini, setiap ibu bapa penting mempunyai pengetahuan asas mengenai jenis-jenis penyakit dan bagaimana untuk meningkatkan sistem pertahanan badan anak.

1.Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) ini merupakan penyakit kanak-kanak yang digeruni kerana mudah berjangkit antara satu sama lain. Antara ciri-ciri anak terkena jangkitan HFMD adalah:
–Ruam pada tangan, kaki dan kawasan lampin
-Ulser di tekak, mulut dan lidah
-Hilang selera makan
Ia boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan hidung, air liur dan cecair daripada ruam individu yang dijangkiti. Tetapi HFMD ialah penyakit jangkitan virus kecil yang biasanya berlangsung selama beberapa hari sahaja.
2.Ekzema
Penyakit kedua yang selalu dihadapi oleh kanak-kanak adalah ekzema. Berbeza dengan HFMD, ekzema tidak berjangkit antara satu sama lain. Kebiasaannya, kanak-kanak yang ada masalah kulit ekzema mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama.
Mempunyai kulit yang kering, gatal dan meradang, kanak-kanak sering mengalami ekzema di bahagian pipi, dahi dan kulit kepala.

3. Asma
Kasihannya apabila melihat anak-anak menghidap penyakit asma bukan? Bukan sahaja pada zaman kanak-kanak, malah asma ini juga berlarutan penyakitnya sehingga ke alam dewasa.Salah satu tanda utama asma termasuk batuk yang kerap, lebih teruk kalau terkena jangkitan virus, atau dicetuskan oleh senaman atau udara sejuk.
Gejala lain termasuk bunyi berdehit seperti kepenatan semasa menarik nafas, sesak nafas dan kesesakan dada. Asma pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan keletihan, sukar tidur dan pemulihan yang tertangguh selepas jangkitan pernafasan.
4.Cacar air
Cacar air atau chicken pox dikatakan adalah penyakit wajib berlaku kepada kanak-kanak. Ia merupakan jangkitan virus, yang disebabkan oleh virus varicella-zoster. Kanak-kanak akan mempunyai ruam gatal dengan lepuh kecil berisi cecair dan biasanya berlaku jika tidak diberikan vaksin.
Selalunya, mereka akan mengalami demam dahulu sebelum timbulnya ruam sehingga hilang selera makan. Apa yang merisaukan adalah apabila chicken pox pecah, ia akan membentuk kudis dan mengambil masa untuk sembuh.
5.Selesema dan influenza biasa
Nama sahaja berbeza tetapi kedua-dua penyakit ini berkongsikan simptom yang sama. Tetapi, penyebab kepada penyakit ini datang dari virus yang berbeza.Virus influenza menyebabkan selesema, manakala virus yang berbeza boleh menyebabkan selsema.
Kalau dibiarkan dengan lebih lama, selesema boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk iaitu radang paru-paru.
6.Jangkitan telinga
Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mengalami jangkitan telinga ketika waktu kanak-kanak bukan? Penyakit ini merupakan antara penyakit yang popular menyerang kanak-kanak.
Bukan sahaja sakit, jangkitan telinga ini disebabkan oleh bakteria atau virus yang menjangkiti ruang di belakang gegendang telinga.‘Telinga tengah’ dipenuhi dengan nanah yang menolak gegendang telinga, menyebabkan banyak ketidakselesaan.
7.Gastroenteritis
Mungkin ramai yang tidak biasa dengan nama penyakit ini namun ‘Gastroenteritis’ ialah jangkitan bakteria atau virus dalam perut atau usus. Untuk pengetahuan anda, jangkitan selalunya berlaku jika kanak-kanak menyentuh barang yang tercemar dan kemudian menyentuh makanan atau mulut mereka, atau jika mereka berkongsi minuman dengan orang yang dijangkiti.
Tanda-tanda utama biasanya:
-Muntah
-Cirit-birit
-Sakit perut
-Sakit badan
-Hilang selera makan.

8.Alergi
Inilah antara situasi yang paling tidak selesa apabila bersentuhan dengan bahan-bahan pencetus allergi. Antara gejala yang boleh berlaku kalau kanak-kanak mengalami alahan atau alergi, hidung tersumbat, hidung berair, jangkitan telinga, batuk, sakit tekak dan hidung berdarah.
Beberapa pencetus yang paling biasa ialah:
-Bulu, air liur dan kutu haiwan
-Rumput, lalang, debunga
-Habuk
-Asap rokok
-Kulat dinding
9.Rotavirus
Kalau anak bakal mencapai usia lima tahun atau sudah berumur lima tahun, mak ayah kena berjaga-jaga. Rotavirus menjangkiti usus dan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk.
Di Malaysia, kira-kira 22 hingga 50 peratus daripada kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh Rotavirus. Bahaya!
10.Sembelit
Pemakanan yang sihat dapat menjaga kesihatan usus kanak-kanak yang membesar. Kalau anda perhatikan, anak anda membuang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu, atau jika najisnya besar dan keras, mereka mungkin mengalami sembelit.
Tanda-tanda lain termasuk meneran atau berasa sakit apabila kanak-kanak cuba membuang air besar, pendarahan semasa atau selepas buang air besar, atau mengalami sakit perut yang bertambah baik selepas pergi ke tandas. Jadi, siapkan makanan yang penuh dengan sayur-sayuran serta air yang cukup.
Kesimpulannya dengan menjaga kebersihan dan mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat membantu melindungi kanak-kanak daripada pelbagai penyakit. Sentiasa berwaspada dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda penyakit.
Baca artikel lain juga: Penyakit Angin Pasang, Kanak-kanak Lelaki & Perempuan Boleh Kena, Jangan Urut Sembarangan
Kanak-Kanak 2 Tahun Menderita Penyakit Gangrene, Jari Bertukar Hitam, Tunggu Masa Potong!
Dua Jenis Penyakit Mata Ini Banyak Berlaku Pada Bayi & Kanak-Kanak, Buatlah Ujian Penglihatan Mata Seawal Yang Boleh
 
 

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Penyakit Yang Sering Menyerang Bayi & Kanak-kanak, Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penyakit-yang-sering-menyerang-bayi-kanak-kanak-ibu-bapa-jangan-ambil-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Air Gula Jangan Merungut Gdm Ibu Hamil Boleh Bahayakan Diri Bayi

Minum Air Gula Jangan Merungut Gdm Ibu Hamil Boleh Bahayakan Diri Bayi

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 93 hits
Setiap kali hamil rutin minum air gula selalu buat ramai yang merungut Jangan merungut kerana proses ini untuk membantu malah mengesan masalah kesihatan yang bukan sahaja membahayakan ibu hamil bahkan bayi dalam kandungan Perkongsian mengen...
Lebih Mudah Dan Nyaman Pakai Laptop Asus Ai Jangan Ada Lagi Pilihan Yang Lain

Lebih Mudah Dan Nyaman Pakai Laptop Asus Ai Jangan Ada Lagi Pilihan Yang Lain

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 154 hits
BloggerBorneo com Dalam era digital yang semakin maju kebutuhan akan perangkat yang mendukung aktivitas sehari hari menjadi sangat penting Salah satu perangkat yang memiliki peran vital adalah laptop ASUS sebuah perusahaan teknologi terkemu...
6 Bekas Penuntut Upnm Dihukum Gantung Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

6 Bekas Penuntut Upnm Dihukum Gantung Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 81 hits
Ibu bapa arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain sujud syukur selepas hakim mengumumkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Menerusi video yang dimuat naik oleh Astro Awa...
Remaja Lembam Lahirkan Bayi Bapa

Remaja Lembam Lahirkan Bayi Bapa

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 121 hits
nbsp Gambar hiasan DUNGUN Rahsia seorang remaja perempuan yang juga orang kelainan upaya lembam berusia 13 tahun dipercayai diperkosa bapa kandung terbongkar apabila dia melahirkan bayi di sebuah klinik kesihatan di daerah ini semalam Mangs...
Hantar Ambil Anak Di Sekolah Memanglah Penat Ibu Bapa Pasti Akan Rindu Momen Indah Ini

Hantar Ambil Anak Di Sekolah Memanglah Penat Ibu Bapa Pasti Akan Rindu Momen Indah Ini

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 97 hits
Hantar dan ambil anak di sekolah memanglah penat ibu bapa pasti akan rindu momen indah ini Menghantar dan mengambil anak setiap hari ke sekolah mungkin dilihat sebagai satu rutin yang memenatkan bagi sesetengah ibu bapa Hantar Ambil Anak Di...
Bayi 8 Bulan Alami Pendarahan Otak Disyaki Didera Ibu Teman Lelaki

Bayi 8 Bulan Alami Pendarahan Otak Disyaki Didera Ibu Teman Lelaki

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 95 hits
JOHOR BAHRU Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan mengalami pendarahan otak akibat disyaki didera oleh ibu dan teman lelaki wanita itu Ketua Polis Daerah Pontian Mohammad Shofee Tayib berkata bayi itu dibawa ke Hospital Pontian untuk mend...
Makin Senang Nak Bersalin Ibu Hamil Kena Buat Senaman Mudah Ni

Makin Senang Nak Bersalin Ibu Hamil Kena Buat Senaman Mudah Ni

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 63 hits
Semakin dekat hari nak bersalin ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar Senaman macam mana Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar perg...
Hiburan Dulu Selisih Bahu Tak Bertegur Sekarang Dah Terlambat Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Enggan Maafkan Keluarga Tertuduh

Hiburan Dulu Selisih Bahu Tak Bertegur Sekarang Dah Terlambat Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Enggan Maafkan Keluarga Tertuduh

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 94 hits
Ibu bapa kepada mangsa bunuh Allahyarham Zulfarhan memaklumkan pintu kemaafan yang pernah dibuka suatu ketika dahulu sudah pun ditutup buat keluarga tertuduh Menyifatkan ia sebagai sudah terlambat bapa arwah Zulfarhan Zulkarnain Idros 60 be...
Plasenta Tak Normal Bahayakan Ibu Hamil Jangan Tanggung Risiko

Plasenta Tak Normal Bahayakan Ibu Hamil Jangan Tanggung Risiko

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 149 hits
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu Kenal pasti risikonya Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang bole...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Bola Sepak Mssm 2024

Lirik Lagu Dusta Ukays

Makanan Yang Meredakan Emosi

Valdy Nyonk Mengapa Kau Berubah Chord

Chella Julia Enda Sanggup Agi Chord

Nota Grammar Paling Mudah