Ibu Hamil Gatal Gatal Faraj Ada Keputihan Mungkin Jangkitan Fungal Kena Rawat Segera


Sesetengah wanita mengandung mungkin akan merasa gatal-gatal pada kemaluan, ia sering berlaku. Ada juga wanita hamil yang mempunyai masalah lendir atau keputihan yang lebih dari sebelum hamil. Keadaan ini mungkin disebabkan ibu hamil tersebut dijangkiti fungal.

Apakah itu jangkitan fungal dan adakah ia sesuatu yang serius? Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi tentang hal ini di laman Facebooknya.
JANGKITAN FUNGAL KETIKA HAMIL Kegatalan pada kemaluan bermakna rasa tidak selesa, rasa mahu digaru dan adakalanya pedih di bahagian kemaluan luar (labia majora dan minora). Selain itu terdapat juga lendiran dari faraj yang berwarna putih, seperti susu basi. Adakalanya mendatangkan ketidakselesaan ketika melakukan jima’ dan rasa pedih dan terbakar ketika kencing.
Namun begitu jangkitan fungal pada kemaluan ketika hamil mendatangkan kerisauan kepada ibu yang hamil dari aspek keselamatan ubat yang digunakan dan keselamatan bayi yang dikandungkan.
“Salam doktor…saya sedang hamil 28 minggu. Saya menghadapi masalah keputihan dan apabila kering berwarna kekuningan dan berbau. Sebelum ini saya telah mengambil ubat yang dimasukkan ke dalam faraj ketika kandungan berusia 3-4 bulan. Apa yang perlu dilakukan?”
Jangkitan fungal (yeast infections) juga dikenali sebagai monilial vaginitis atau vaginal candidiasis, disebabkan oleh fungal Candida albicans. Memang terdapat beberapa fungal secara semulajadi di faraj, tetapi jika ia membiak dengan banyak dan dalam kadar yang laju ianya akan mendatangkan masalah.
Sumber foto: www.freepik.com Ketika hamil, hormone estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen, menyebabkan fungal senang membiak. Estrogen juga akan menyebabkan fungal lebih senang melekat di dinding faraj.
Kadang kala wanita hamil suka melakukan douching, iaitu memasukkan air berubat (atau herba) ke dalam faraj ketika mandi. Ini akan membunuh kuman dan fungal yang baik, dan menyebabkan bacteria dan fungal yang merosakkan bertambah banyak. Pengambilan antibiotic tanpa kawalan tanpa nasihat doctor juga menyebabkan masalah yang sama, terutama jika diambil dalam jangka waktu yang lama.
“Bolehkah saya mendapatkan rawatan fungal itu dari farmasi. Saya lihat banyak krim yang dijual di sana..”
Walaupun ubat fungal banyak didapati di farmasi, pastikan anda berjumpa dengan ahli farmasi. Masalahnya pembantu farmasi yang berada di kaunter kadang kala tidak ada pengetahuan mengenai penyakit dan ubat.
Sumber foto: www.freepik.com Berjumpalah dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dijalankan untuk memastikan ianya benar-benar jangkitan fungal. Jangan cuba merawat diri sendiri. Kemungkinan kegatalan yang disangkakan sebagai fungal itu sebenarnya disebabkan oleh penyakit lain, seperti jangkitan kuman bakteria.
Baca Juga:
“Never Use Word MANDUL.” Belum Hamil Lepas Kahwin Lama, Jumpa Doktor Untuk Tahu Masalah
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!
“Betul ke doktor ubat yang disumbatkan dalam faraj itu tak merbahaya?”
Bagi wanita yang hamil, saya selalu memberikan preskripsi suppository yang dimasukkan ke dalam faraj. Ianya lebih selamat digunakan ketika hamil berbanding dengan ubat tablet yang perlu ditelan, kerana ianya boleh membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan. Ianya haruslah dimasukkan ke dalam faraj setiap hari selama seminggu berturut-turut pada waktu tidur.
Krim sapu juga boleh digunakan pada kulit kemaluan di sebelah luar, terutama jika kulit menjadi kemerah-merahan akibat jangkitan fungal yang semakin merebak.
“Tapi saya pernah mencuba suppository tu. Namun ianya berulang..”
Masalah jangkitan fungal yang berulang, bukanlah disebabkan oleh ubat yang tidak bagus. Ianya akan sentiasa berulang-ulang dan wanita itu haruslah menjaga kebersihan diri dengan lebih kerap. Ramai wanita yang tidak sabar dalam rawatan. Selepas beberapa hari, kegatalan semakin berkurang, selalunya pesakit sudah berhenti dari meneruskan rawatan. Akibatnya fungal itu akan membiak semula. Rawatan itu memerlukan beberapa hari sebelum ianya memberikan kesan.
Sumber foto: www.freepik.com Buat sementara jika terlalu gatal, boleh tuamkan dengan ice pack atau rendam dalam besen yang mengandungi air sejuk selama sepuluh minit. Membasuh kemaluan luar dengan air (tanpa sabun) juga akan mengurangkan kegatalan pada kemaluan.
”Doktor, boleh tak jangkitan fungal menjangkiti anak saya?”
Jangkitan fungal tidak akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Namun jika terdapat jangkitan fungal pada kemaluan ibu ketika proses kelahiran, kemungkinan anak yang dilahirkan juga mengalami jangkitan fungal yang sama.
Bayi akan mendapat thrush iaitu keputihan pada sebelah dalam mulut dan lelangit dan kadang kala di lidah. Ianya tidak serius dan boleh dirawat. (Tapi perlu diingat bayi juga boleh mendapat thrush walaupun ibunya tiada jangkitan fungal di faraj)
“Doktor, saya ini kerap mengalami masalah kegatalan dan keputihan ini. Saya malu dengan suami saya. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelak agar tidak berulang?”
Kata kunci utama bagi mengelakkan jangkitan fungal ialah ‘kebersihan diri’. Fungal (kulat) suka tempat yang lembab. Kalau terasa gatal dan lembap, cepat-cepatlah membersihkan diri. Antara tip-tip yang boleh saya berikan ialah :
1. Pakai pakaian underwear yang diperbuat dari kapas dan elakkan menggunakan pantyhouse atau seluar yang ketat terutama diperbuat dari synthetic.
2. Lekas tukarkan pakaian yang basah akibat berpeluh selepas bersenam. Cucilah kemaluan apabila gatal.
3. Cuba tidur malam tanpa menggunakan underwear.
4. Elakkan berendam dalam air buih atau perfumed soap terlalu lama.
5. Bersihkan kemaluan luar dengan air suam. Jangan gunakan teknik douching.
6. Selalu cuci kemaluan dari depan ke belakang, bagi mengelakkan kuman dari anus boleh merebak ke faraj.
7. Mengamalkan yogurt yang mengandungi Lactobacillus acidophilus akan mengurangkan fungal yang tidak baik faraj.
#HealthDrZubaidi
Semoga dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini dapat memberi manfaat kepada ibu hamil yang mungkin sedang mengalami masalah ini. Yang penting, jika ada masalah begini rujuklah dengan doktor dan jangan cuba untuk merawatnya sendiri.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
The post Ibu Hamil Gatal-Gatal Faraj & Ada ‘Keputihan’, Mungkin Jangkitan Fungal. Kena Rawat Segera! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-gatal-gatal-faraj-ada-keputihan-mungkin-jangkitan-fungal-kena-rawat-segera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Usia Paling Aman Bagi Ibu Hamil Yang Hendak Mudik Lebaran

Ini Usia Paling Aman Bagi Ibu Hamil Yang Hendak Mudik Lebaran

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 133 hits
Bagi ibu hamil yang hendak melakukan mudik lebaran trimester kedua merupakan waktu paling aman untuk menjalaninya
Buka Posko Opor Bu Bidan Saat Mudik Ibi Ingatkan Air Mineral Berkualitas Dan Bebas Bpa Penting Bagi Ibu Hamil

Buka Posko Opor Bu Bidan Saat Mudik Ibi Ingatkan Air Mineral Berkualitas Dan Bebas Bpa Penting Bagi Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 108 hits
Demi bantu penuhi kebutuhan air mineral berkualitas dan bebas BPA pada ibu hamil dan anak IBI hadirkan Posko OPOR Bu Bidan saat mudik
Tak Tahu Bila Lagi Saya Akan Hamil Elizabeth Tan Alami Keguguran Di Awal Kehamilan Harapan Jadi Ibu Terhalang

Tak Tahu Bila Lagi Saya Akan Hamil Elizabeth Tan Alami Keguguran Di Awal Kehamilan Harapan Jadi Ibu Terhalang

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 112 hits
Baru baru ini diketahui penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan telah mengalami keguguran anak pertama semenjak mendirikan rumah tangga dengan suaminya Siew Jim pada 21 Mac 2021 lalu Sudah sedia menjadi ibu Kata Elizabeth dia mengakui berasa ter...
Berat Naik Mendadak Waktu Hamil Dietitian Saran Apa Patut Ibu Buat

Berat Naik Mendadak Waktu Hamil Dietitian Saran Apa Patut Ibu Buat

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 130 hits
Ibu hamil biasanya kurang peka dengan diet sihat yang perlu diikuti sepanjang tempoh mengandung Kebanyakan ibu akan makan mengikut nafsu Akibatnya berat badan akan naik mendadak dan berpotensi untuk menghidap diabetes Sumber foto www freepi...
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil Bakal Ibu Kena Tenang Tenang Saja

Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil Bakal Ibu Kena Tenang Tenang Saja

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 190 hits
Usaha untuk memiliki zuriat sendiri bukanlah mudah Ada pasangan yang terpaksa berusaha lebih untuk punya anak sendiri Salah satu punca susah hamil adalah stress yang dilalui sepanjang hari Jadi bakal ibu perlu elakkan stress ini Perkongsian...
Dia Sampai Tahap Merajuk Uyaina Tak Pernah Mengidam Waktu Hamil Suami Yang Terkesan

Dia Sampai Tahap Merajuk Uyaina Tak Pernah Mengidam Waktu Hamil Suami Yang Terkesan

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 181 hits
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad bersyukur tidak pernah mengidamkan apa apa sepanjang hamil kedua dua anaknya itu sebaliknya ia dirasai suaminya Raja Syahiran Menerusi perkongsian di Instagram Uyaina berkata suaminya Raja Syahiran yang m...
Hiburan I Nak Anak Ni Dia Tak Salah Perkahwinan Sumbang Mahram Hamil Plot Drama Lelaki Itu Raih Perhatian Ramai

Hiburan I Nak Anak Ni Dia Tak Salah Perkahwinan Sumbang Mahram Hamil Plot Drama Lelaki Itu Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 223 hits
Dapat dilihat di platform media sosial drama arahan Erma Fatima yang berjudul Lelaki Itu kini menjadi bualan ramai sejak episod memaparkan plot terkahwin adik beradik tanpa pengetahuan masing masing disiarkan Bakal timang cahaya mata Lakona...
Terekam Cctv Ini Penampakan Pria Berjaket Oranye Diduga Pelaku Pembunuhan Wanita Hamil Di Kelapa Gading

Terekam Cctv Ini Penampakan Pria Berjaket Oranye Diduga Pelaku Pembunuhan Wanita Hamil Di Kelapa Gading

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 151 hits
Rekaman CCTV dalam ruko menunjukkan petunjuk pelaku pembunuhan wanita hamil RN yang tewas bersimbah darah di Kelapa Gading
Terkahwin Adik Beradik Sendiri Amp Hamil Lakonan Hannah Delisha Amp Aedy Ashraf Jadi Bualan

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Amp Hamil Lakonan Hannah Delisha Amp Aedy Ashraf Jadi Bualan

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 176 hits
Kini drama berjudul Lelaki Itu hangat menjadi bualan ramai apabila ia memaparkan plot terkahwin adik beradik sendiri di luar pengetahuan masing masing Drama lakonan hebat Aedy Ashraf dan Hannah Delisha itu mengenai situasi tersebut telah me...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord