Berat Naik Mendadak Waktu Hamil Dietitian Saran Apa Patut Ibu Buat


Ibu hamil biasanya kurang peka dengan diet sihat yang perlu diikuti sepanjang tempoh mengandung. Kebanyakan ibu akan makan mengikut nafsu. Akibatnya berat badan akan naik mendadak dan berpotensi untuk menghidap diabetes.
Sumber foto: www.freepik.com Pegawai Dietetik dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital, LAILA FADHILAH BINTI OMAR, berkongsi maklumat tentang isu kenaikan berat badan mendadak saat ketika hamil.

BERAPA BANYAK SEPATUTNYA BERAT NAIK?
Bagi memudahkan anda untuk memahami formula kenaikan berat badan ketika hamil, lihat info ini. Secara ringkas berat badan ibu hamil harus naik sebanyak:
Bagi wanita yang mempunyai BMI normal sebelum mengandung, jumlah peningkatan ketika trimester pertama adalah 5.2kg. Jumlah peningkatan yang baik setiap minggu adalah 0.40kg.
Sumber foto: www.freepik.com Baca Juga:
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!
Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan, Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku
MANAKALA ibu yang hamil anak kembar pula perlu mendapatkan jumlah kenaikan berat badan antara 15kg – 20kg sepanjang tempoh mengandung iaitu lebih kurang 0.68kg seminggu.
Sebenarnya kenaikan berat badan semasa hamil berbeza mengikut BMI seorang wanita sebelum hamil. Namun secara keseluruhanya (bagi wanita BMI normal) adalah 11.5kg – 16kg.
KENAPA BERAT BADAN BOLEH NAIK?
Pertambahan berat badan yang naik mendadak adalah berpunca dari pengambilan makanan yang tinggi lemak, berminyak, gula, dan berkalori tinggi tanpa kawalan. Ada pendapat yang mengatakan faktor genetik menjadi penyebab kenaikan berat badan ibu hamil, namun tiada hasil kajian yang menyokongnya.
Sumber foto: www.freepik.com Semasa pemeriksaan bulanan dilakukan ke atas ibu hamil, doktor akan menyarankan ibu untuk minum air gula jika didapati beratnya naik terlalu banyak. Fungsi air gula adalah untuk mengetahui sama ada ibu mengandung  itu menghidap gestatinal diabetic mellitus (kencing manis ketika hamil) atau tidak.
Jika penyakit ini dapat dikesan dari awal, pemantauan kesihatan akan dibuat dengan lebih ketat dan si ibu akan diberikan diet seimbang yang harus dia ikuti.
RISIKO BERAT BADAN NAIK MENDADAK
Jika tidak diberi perhatian, ibu hamil mungkin menghidap kencing manis dan darah tinggi tanpa sedar. Si ibu akan berisiko untuk melahirkan melalui pembedahan atau bayi dalam kandungan bersaiz besar. Jika bayi terlebih berat, dia juga berkemungkinan menghidap hypoglycaemia (kurang glukosa dalam darah).
JAGA PEMAKANAN
Bagi mengelak berat badan naik secara mendadak adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, berminyak, banyak gula dan tinggi kandungan kalori.

Selain itu, si ibu perlu belajar untuk mengawal jumlah makanan yang diambil. Susunan waktu makan yang teratur juga boleh membantu untuk mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak.
Apakah Pecahan Berat Badan Ketika Hamil? Adakah Semuanya Berat Ibu Dan Anak?
Tidak. Pecahan berat badan ini adalah pada bayi (3.55kg), uri (0.67kg), air ketuban (0.896kg), payudara (0.448kg), darah (1.34kg), cecair (3.2kg) dan pengembangan rahim (1.12kg).
Sumber foto: www.freepik.com Tiada diet yang terperinci ketika sedang mengandung, si ibu hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan memastikan setiap pemakanan yang diambil seimbang dengan porsi yang sederhana.
Pengambilan susu tidak menyumbang kepada peningkatan berat badan. Berat badan boleh naik jika anda minum susu bersama makanan yang tidak sihat. Jadi janganlah risau untuk minum susu ketika hamil kerana khuatir pertambahan berat badan.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Berat Naik Mendadak Waktu Hamil, Dietitian Saran Apa Patut Ibu Buat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berat-naik-mendadak-waktu-hamil-dietitian-saran-apa-patut-ibu-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil Bakal Ibu Kena Tenang Tenang Saja

Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil Bakal Ibu Kena Tenang Tenang Saja

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 257 hits
Usaha untuk memiliki zuriat sendiri bukanlah mudah Ada pasangan yang terpaksa berusaha lebih untuk punya anak sendiri Salah satu punca susah hamil adalah stress yang dilalui sepanjang hari Jadi bakal ibu perlu elakkan stress ini Perkongsian...
Anak Punk Nekat Ajak Istri Hamil Tua Mudik Modal Rp 7 000 Naik Motor Ekstrem Tanpa Helm

Anak Punk Nekat Ajak Istri Hamil Tua Mudik Modal Rp 7 000 Naik Motor Ekstrem Tanpa Helm

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 217 hits
Pengamen Nekat Ajak Istri Hamil Tua Mudik Modal Rp 7 000 Naik Motor Ekstrem Tanpa Helm
Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya Jangan Lupa Ubat Ubatan Ni Dalam Beg Ibu

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya Jangan Lupa Ubat Ubatan Ni Dalam Beg Ibu

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 210 hits
Bila punya anak kecil usah dilupakan ubat ubatan setiap kali hendak bercuti Musim cuti sekolah dan musim perayaan ini apa kata ibu ayah semak dahulu barang keperluan dan ubat ubatan wajib ada dalam beg sebelum travel Ini penting sebagai per...
Tak Tahu Bila Lagi Saya Akan Hamil Elizabeth Tan Alami Keguguran Di Awal Kehamilan Harapan Jadi Ibu Terhalang

Tak Tahu Bila Lagi Saya Akan Hamil Elizabeth Tan Alami Keguguran Di Awal Kehamilan Harapan Jadi Ibu Terhalang

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 132 hits
Baru baru ini diketahui penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan telah mengalami keguguran anak pertama semenjak mendirikan rumah tangga dengan suaminya Siew Jim pada 21 Mac 2021 lalu Sudah sedia menjadi ibu Kata Elizabeth dia mengakui berasa ter...
Soalan Sensitif Elakkan Bertanya Pada Ibu Berpantang Waktu Raya Nanti Jaga Silaturrahim

Soalan Sensitif Elakkan Bertanya Pada Ibu Berpantang Waktu Raya Nanti Jaga Silaturrahim

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 145 hits
Adat kunjung mengunjung di bulan raya nanti pastinya menambahkan keakraban dan silaturrahim diantara kita Namun jangan keruhkan keadaan dengan soalan soalan yang sensitif dan kurang sedap di dengar Lebih lebih lagi jika ada ibu yang sedang ...
Teringin Makan Mi Segera Waktu Hamil Boleh Ke Ini Penjelasan Doktor

Teringin Makan Mi Segera Waktu Hamil Boleh Ke Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 178 hits
Sebut sahaja mi segera mulalah kita terbayangkan kuahnya yang panas dan pedas Tak pernah menolak Bagaimana pula dengan ibu hamil yang mengidam untuk makan mi segera Sebaik baiknya elakkan makan kerana ia kurang nutrisi untuk kesihatan ibu d...
Dia Sampai Tahap Merajuk Uyaina Tak Pernah Mengidam Waktu Hamil Suami Yang Terkesan

Dia Sampai Tahap Merajuk Uyaina Tak Pernah Mengidam Waktu Hamil Suami Yang Terkesan

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 210 hits
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad bersyukur tidak pernah mengidamkan apa apa sepanjang hamil kedua dua anaknya itu sebaliknya ia dirasai suaminya Raja Syahiran Menerusi perkongsian di Instagram Uyaina berkata suaminya Raja Syahiran yang m...
Buka Posko Opor Bu Bidan Saat Mudik Ibi Ingatkan Air Mineral Berkualitas Dan Bebas Bpa Penting Bagi Ibu Hamil

Buka Posko Opor Bu Bidan Saat Mudik Ibi Ingatkan Air Mineral Berkualitas Dan Bebas Bpa Penting Bagi Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 129 hits
Demi bantu penuhi kebutuhan air mineral berkualitas dan bebas BPA pada ibu hamil dan anak IBI hadirkan Posko OPOR Bu Bidan saat mudik
Apa Ibu Hamil Makan Pengaruhi Anak Dalam Kandungan Elak Makanan Segera

Apa Ibu Hamil Makan Pengaruhi Anak Dalam Kandungan Elak Makanan Segera

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 339 hits
Pemakanan memainkan peranan yang penting untuk perkembangan janin dalam kandungan Disebabkan itulah ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan segar sepanjang mengandung Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan elakkan sama s...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Peluang Keemasan Untuk Anda Yang Mencari Kediaman Impian

Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso