Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Salah Faham Tentang Air Gula Ini Tip Dietitian


Ibu hamil ada GDM, jangan salah faham tentang air gula, ini tip dietitian. Ramai ibu mengandung sering menyalahkan air gula yang diminum semasa ujian toleransi glukosa oral (OGTT) sebagai punca mereka disahkan menghidap diabetes gestasi (GDM).
Ibu Hamil Ada GDM Namun begitu, menurut Dietitian Puan Nur Hafizah M Sobri, peningkatan bacaan gula ini bukan disebabkan air gula semata-mata, tetapi ada faktor lain yang perlu difahami.
Fahami Sebab Bacaan Gula Naik Ketika Mengandung: Menangkis Salah Faham Mengenai Air Gula dan GDM
Jangan Salah Faham Tentang Air Gula, Ini Tip Dietitian 1. Kenapa Bacaan Gula Tinggi Ketika Mengandung tetapi Normal Semasa Tidak Mengandung?
Semasa mengandung, perubahan hormon berlaku dalam badan. Perubahan ini menyebabkan hormon insulin (yang bertanggungjawab mengawal paras gula dalam darah) menjadi kurang efektif atau dihasilkan dalam jumlah yang lebih rendah.
Tubuh ibu mengandung memberi tumpuan kepada perkembangan bayi, namun jika kawalan gula darah tidak diurus dengan baik, ia boleh memberi kesan buruk bukan sahaja kepada bayi tetapi juga ibu. Malah, ibu berisiko mendapat diabetes dalam tempoh 5 hingga 15 tahun selepas bersalin.
2. Kenapa Perlu Minum Air Gula ‘Pure’ dan Bukan Air Biasa?
Air gula ‘pure’ digunakan dalam ujian kerana sebarang bahan lain seperti lemak, protein, atau karbohidrat selain gula boleh melambatkan kadar penyerapan gula. Ini boleh menghasilkan bacaan yang tidak tepat. Oleh itu, untuk memastikan hasil ujian yang betul, air gula yang tulen digunakan.
3. Hanya Satu Bacaan Tidak Normal, Adakah Ia Serius?
Bacaan gula sebelum dan selepas minum air gula memberikan maklumat berbeza.
Bacaan sebelum minum air gula: Menunjukkan keupayaan badan mengawal paras gula semasa puasa (selepas 8 jam tidak makan).
Bacaan selepas minum air gula: Menunjukkan keupayaan badan mengawal paras gula selepas makan (dalam masa 2 jam).
Walaupun hanya satu bacaan tidak normal, ia cukup untuk menunjukkan badan tidak dapat mengawal gula dengan baik.

4. Kenapa Tidak Kena GDM Sebelum Ini tetapi Sekarang Ada?
Beberapa faktor risiko meningkatkan kemungkinan mendapat GDM, antaranya:
Peningkatan usia ibu.
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 27kg/m².
Sejarah melahirkan anak besar.
Sejarah keluarga (ibu bapa atau adik-beradik) dengan diabetes.
Risiko ini akan bertambah dengan masa.
5. Bagaimana Hendak Mengawal GDM dengan Baik?
Berikut adalah langkah penting untuk ibu mengawal GDM:
(i) Diet yang Sesuai untuk Ibu GDM
Berjumpalah dengan Pegawai Dietetik di klinik atau hospital untuk mendapatkan panduan pemakanan yang betul. Diet yang seimbang akan membantu mengawal gula dalam darah tanpa menyebabkan ibu lapar dan memastikan bayi membesar dengan sihat.
Tip Diet Sementara Menunggu Temujanji Dietitian:
(i) Amalkan konsep suku-suku separuh yang diubah suai:
Suku karbohidrat (contohnya nasi, mi, roti).
Suku protein (contohnya ayam, ikan, daging, telur).
Separuh sayur-sayuran hijau (2 senduk nasi saiz biasa).
Makan tepat pada waktunya (jangan tinggalkan waktu makan).
Minum air kosong secukupnya.
(ii) Ubat Mengikut Saranan Doktor
Jika perlu, doktor akan memberikan ubat yang sesuai. Jangan risau, rawatan ini selamat untuk ibu dan bayi.
(iii) Patuh kepada Temujanji yang Ditetapkan
Temujanji yang kerap diperlukan untuk memantau kesihatan ibu dan bayi. GDM boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk bayi menjadi terlalu besar atau tidak membesar dengan baik.
Dengan memahami sebab sebenar GDM dan cara menguruskannya, ibu-ibu dapat mengawal keadaan dengan baik. Langkah proaktif ini bukan sahaja melindungi kesihatan bayi tetapi juga ibu dalam jangka masa panjang. Jangan takut untuk bekerjasama dengan pakar kesihatan dan teruskan usaha untuk menjalani kehamilan yang sihat.
Sumber: Nur Hafizah M Sobri
Baca artikel lain juga: Ibu Hamil Jangan Merungut Kena Minum Air Gula, Doktor Bagi Bukan Saja-Saja!
Ibu Mengandung Jangan Sampai Muntah Bila Minum Air Gula, Nanti Kena Ulang Lagi Sekali
Mama Tak Perlu Stres Kena Minum Air Gula, Teknik Perlu Betul!
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Ibu Hamil Ada GDM, Jangan Salah Faham Tentang Air Gula, Ini Tip Dietitian appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-ada-gdm-jangan-salah-faham-tentang-air-gula-ini-tip-dietitian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 177 hits
Memang mencabar menjadi ibu ayah kepada anak anak supaya anak mendengar kata dan hormat kita yang menjaganya sejak kecil lagi Namun kadang kala kita terlepas cakap sehingga merungut penat bekerja dan silap dalam mendidik anak anak sehingga ...
12 Perkara Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu Tentang Jangkitan Kuman Semasa Bulan Disember

12 Perkara Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu Tentang Jangkitan Kuman Semasa Bulan Disember

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 174 hits
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat terutamanya di kalangan kanak kanak Dalam tempoh ini kemasukan pesakit ke wad kanak kanak telah meningkat hampir 300 de...
9 Ide Ootd Ibu Hamil Hijab Yang Simple Modern Dan Kekinian

9 Ide Ootd Ibu Hamil Hijab Yang Simple Modern Dan Kekinian

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 102 hits
Tampil stylish saat hamil tentu bikin hari hari bumil makin happy apalagi kalau antara baju dan hijab ternyata sangat matching yang membuat penampilan tampak berbeda Dengan pilihan outfit yang tepat para ibu hamil tetap bisa terlihat modis ...
7 Khasiat Ajaib Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

7 Khasiat Ajaib Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 92 hits
image thetruthaboutcancer Saat wanita sedang hamil pasti akan ada perasaan bangga karena berarti akan kedatangan calon buah hati yang lucu Ada banyak hal yang perlu kamu lakukan terhadap istrimu yang sedang hamil salah satunya adalah menjag...
Tentang Alam Quantum

Tentang Alam Quantum

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 182 hits
Alam kuantum adalah dunia yang sangat berbeda dari dunia sehari hari yang kita alami Di sini hukum fisika klasik tidak berlaku dan kita menemukan fenomena aneh seperti superposisi keterikatan kuantum dan tunneling kuantum Superposisi adalah...
Ulasan Viduthalai 2 Cerita Penilaian Semua Tentang Filem Tamil Ini

Ulasan Viduthalai 2 Cerita Penilaian Semua Tentang Filem Tamil Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 111 hits
Viduthalai 2 Drama Intens Vetrimaaran Terlalu Banyak Pesanan Moral Viduthalai arahan Vetrimaaran yang menampilkan Soori sebagai watak utama adalah sebuah karya hebat yang mengangkat isu penting tentang kekejaman polis terhadap golongan yang...
Slot Tuntut Kesabaran Tentang Penglibatan Chiesa

Slot Tuntut Kesabaran Tentang Penglibatan Chiesa

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 362 hits
LONDON Pengurus Liverpool Arne Slot telah memberi amaran tidak akan ada penyelesaian segera untuk pemain kemasukan awal musim Federico Chiesa yang sedang berusaha untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya selepas lama tidak bermain akiba...
Mencari Jawapan Tentang Dji Neo Vs Hover X1 Comparison

Mencari Jawapan Tentang Dji Neo Vs Hover X1 Comparison

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 203 hits
Lama dah sebenarnya mencari drone untuk travel Survey sejak mula mula model DJI pertama Tapi modal pulak tak berapa nak ada Terpaksala survey dengan mata saja tanpa beli Namun sejak sebulan dua lepas ada bajet lebih sikit nak beli juga untu...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suasana Pantai Rekang Bachok Kelantan Di Waktu Pagi

Asian K Pop Stars As A Platform For Uniting New Talents Across Asia

Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris