Ibu Goo Hara Didedahkan Buat Kecoh Di Majlis Pengebumiannya Rakam Video Untuk Bukti Pemilikan Harta
Kasihan dengan mendiang Goo Hara kan? Sepanjang 26 tahun hidup pun dia dah terseksa, selepas meninggal dunia pun masih ramai yang cuba ambil kesempatan ke atas dirinya. Mesti anda ada terbaca mengenai kisah ibu penyanyi itu yang tiba-tiba munculkan diri untuk rebut harta peninggalan anaknya itu walhal dia lari tinggalkan keluarga semasa mereka masih kecil.
Abang kepada Goo Hara iaitu Goo Hoin berkeras akan melawan permintaan ibunya yang tak masuk akal itu menerusi tindakan undang-undang. Sebelum ini, abang kepada mendiang mendedahkan bahawa sejak Hara berusia 9 tahun, ayah mereka yang berusaha keras mencari rezeki untuk menampung keluarga mereka. Ini disebabkan oleh ibu mereka yang lari tinggalkan rumah dan melepaskan tanggungjawab dengan begitu sahaja.
Bukan itu sahaja, Hoin telah mendedahkan lagi perangai buruk ibunya sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan saman ke atas wanita yang melahirkannya itu.
Saya sebenarnya berharap tiada kontroversi menyelubungi harta peninggalan adik saya tetapi saya berasa sangat terganggu sehingga rasa nak mati. Lantas, saya buat keputusan untuk melindungi adik saya.
Menurut abangnya lagi, situasi ini tercetus apabila ibu yang tak pernah hubungi mereka selama 20 tahun telah menghadiri pengebumian anak gadisnya itu secara tiba-tiba. Bertambah sakit hati kerana walaupun majlis pengebumian baru sahaja tamat, peguam yang diupah ibunya sudah datang dan meminta separuh daripada hartanah yang dimiliki oleh Hara.
Tak boleh dimaafkan kerana dia sanggup mengambil peguam untuk melakukan perkara sedemikian.
Menurut peguam itu lagi, meskipun ibu Goo Hara tiada hak penjagaan ke atas anaknya itu, dia masih memegang amanah kepada wasiat tersebut mengikut undang-undang. Goo Hoin turut berkongsi sebab utama dia melawan permintaan tidak berhati perut ibunya itu.
Walau apa pun yang terjadi, tak masuk akal seorang ibu yang meninggalkan anaknya mendapat bahagian harta yang sama dengan si ayah yang berusaha menjaga mereka.
Ibu Goo Hara juga telah menimbulkan kekecohan semasa majlis pengebumian Hara. Sudah melepaskan hak penjagaan selebriti itu pada tahun 2006, tetapi wanita tua itu beria-ia mahu menjadi ketua berkabung bagi pihak keluarga mereka.
Ahli keluarga yang lain semua menahannya lantas dia membuat kekacauan. Dia memegang telefon bimbitnya dalam keadaan yang pelik, rupanya dia sedang merakamkan kejadian itu sebagai bahan bukti nanti. Jadi, kami ambil telefon tersebut dan memadam video yang dirakamnya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah yang membuak-buak dengan pendedahan abang Goo Hara ini. Siapa sangka insan yang sepatutnya menjaga kita merupakan musuh dalam selimut. Semoga roh Goo Hara tenang sahaja.
Sumber: JTBC Plus
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/ibu-goo-hara-didedahkan-buat-kecoh-di-majlis-pengebumiannya-rakam-video-untuk-bukti-pemilikan-harta/