Ibu Bapa Garang Buatkan Anak Semakin Menjauh Rasa Tak Selesa Takut


Ibu bapa garang buatkan anak semakin menjauh, rasa tak selesa, takut. Peranan ibu bapa dalam kehidupan anak-anak amat penting. Pendekatan mendidik yang berasaskan kekerasan atau sikap garang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perkembangan fizikal dan mental anak-anak.
Ibu Bapa Garang Buatkan Anak Semakin Menjauh, Rasa Tak Selesa, Takut
Berikut perkongsian daripada Shah Hakimi trauma therapist, aktivis kaunselor
Anak akan menjauh dan tak selesa dengan ibu ayah jika terlalu garang dan menakutkan.
Ini ialah perilaku biasa bagi sesiapa pun. Jika kita dimarahi, pastinya akan datang rasa takut. Jika kita rasa takut, kita akan rasa nak lari atau jauhkan diri daripada orang tersebut.
Perilaku di atas juga tidak terlepas pada anak kita. Malah banyak lagi kesan buruk pada anak jika kita terlalu garang dan buatkan anak terlalu takut dengan kita. Namun yang terjadi dan dirasai oleh anak kita lebih menakutkan. Sebabnya ketakutan mereka dirasai setiap hari dan setiap masa apabila berada bersama kita.
Bukan itu sahaja, anak kita akan selalu bingung dan keliru sebabnya tidak tahu bila dan sebab apa kena marah. Sebab ada sahaja yang tak kena dan bermasalah. Bayangkan ketakutan ini akan diusung oleh anak kita sampailah mereka dah tua.
Sampai ada yang sudah dewasa pun, duduk sebelah ibu ayah pun boleh terdiam, ‘blank’, rasa ada yang tak kena, gelisah, sangat sensitif, ada juga akan sakit secara tiba-tiba dan banyak lagi berbeza-beza ikut orang.
Dan biasanya kita tidak akan faham beberapa atau banyak tindakan anak kita yang di sebalik setiap perilaku mereka adalah untuk elak atau lari daripada kita. Sebabnya mereka sangat takut. Mereka akan kurang bercakap dengan kita, mereka lagi suka berada bersama kawan-kawan, mereka akan kurangkan masa untuk bersama kita dan banyak lagi.

Dan sedihnya, kita tidak akan perasan pun yang mereka dah mula berperilaku begitu sejak kecil lagi. Dan jadi lebih kerap dan lagi ekstrem apabila mereka dah dewasa.
Juga, anak yang sudah dewasa pun tak sedar yang mereka cuba elak atau lari daripada ibu ayah mereka dengan pelbagai helah dan alasan yang nampak rasional dan boleh jadi sukar untuk diperdebatkan.
Bukankah anak itu sudah belajar sejak kecil dengan pelbagai strategi licik dan kreatif untuk sedaya upaya kurangkan rasa ketakutan tersebut. Pastinya apabila dewasa, lagi nampak munasabah segala strateginya.
Kesan Terhadap Emosi dan Mental Stres dan Kecemasan
Anak-anak yang sering dimarahi atau dihukum secara keras mungkin mengalami tekanan dan kecemasan yang tinggi. Mereka mungkin berasa takut untuk membuat kesilapan atau menyuarakan pendapat mereka, yang boleh menyebabkan tekanan emosi yang berterusan.
Harga Diri Rendah
Sikap garang dan kritikan berterusan boleh merendahkan harga diri anak-anak. Mereka mungkin merasakan diri mereka tidak berharga atau tidak mampu memenuhi harapan ibu bapa, yang boleh mengakibatkan perasaan rendah diri.

Masalah Perilaku
Anak-anak mungkin menunjukkan tingkah laku negatif seperti memberontak, berbohong, atau menjadi agresif sebagai reaksi terhadap perlakuan garang ibu bapa. Ini adalah cara mereka untuk mengekspresikan kekecewaan atau kemarahan yang terpendam.
Kesan Terhadap Prestasi Akademik Kehilangan Motivasi
Ketakutan terhadap hukuman atau dimarahi boleh menyebabkan anak-anak kehilangan minat dan motivasi untuk belajar. Mereka mungkin belajar semata-mata untuk mengelakkan hukuman, bukannya kerana minat atau keinginan untuk mencapai kejayaan.
Kesukaran Fokus
Stres dan kecemasan yang disebabkan oleh ibu bapa yang garang boleh mengganggu keupayaan anak-anak untuk fokus dalam pelajaran. Ini boleh mengakibatkan prestasi akademik yang merosot.
Kesan Terhadap Hubungan Sosial
Kesukaran Membina Hubungan
Anak-anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang garang mungkin mengalami kesukaran untuk membina hubungan yang sihat dengan rakan sebaya dan orang dewasa lain. Mereka mungkin menjadi pemalu, takut untuk berinteraksi, atau sebaliknya, menjadi terlalu agresif dalam perhubungan.
Kurang Kemahiran Sosial
Kekurangan interaksi positif di rumah boleh mengakibatkan anak-anak kurang kemahiran sosial. Mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik atau menguruskan konflik dengan cara yang sihat.
Adalah penting bagi ibu bapa untuk menyedari bahawa pendekatan mendidik yang terlalu garang boleh memberi kesan negatif jangka panjang terhadap anak-anak. Kasih sayang, komunikasi yang baik, dan pendekatan yang lebih lembut tetapi tegas adalah penting dalam mendidik anak-anak.
Ibu bapa harus berusaha untuk memahami perasaan anak-anak dan memberikan sokongan emosi yang mereka perlukan untuk berkembang dengan sihat dan bahagia.
Sumber: Shah Hakimi trauma therapist, aktivis kaunselor
Baca juga artikel lain: 
Prof Dr Muhaya Kongsikan Tip Macam Mana Tak Nak Jadi Ibu Bapa Garang Pada Anak-Anak
Mama, Ini Cara Elak Garang Macam Singa Bila Nak Suruh Anak Buat Sesuatu
Ayah Kena Tahu Cara Didik Anak Perempuan, Tak Perlu Garang Macam Singa
Anak Nak Bermanja Tapi Takut Ayah Garang. Jadilah Pelindung Yang Boleh Jadi
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Ibu Bapa Garang Buatkan Anak Semakin Menjauh, Rasa Tak Selesa, Takut appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-bapa-garang-buatkan-anak-semakin-menjauh-rasa-tak-selesa-takut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Jangan Takut Takutkan Anak Dengan Hantu Kesannya Anak Jadi Penakut Tinggalkan Parut Psikologi

Ibu Bapa Jangan Takut Takutkan Anak Dengan Hantu Kesannya Anak Jadi Penakut Tinggalkan Parut Psikologi

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 147 hits
Ibu bapa jangan anak dengan hantu kesannya anak jadi boleh tinggalkan parut psikologi Kenapa masih ada yang masih menakutkan anak anak mereka dengan ada hantu semata mata untuk memudahkan urusan kekeluargaan Ibu Bapa Jangan Takut takutkan A...
Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu Bapa Akan Dipindahkan Pada Anak Ini Faktanya

Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu Bapa Akan Dipindahkan Pada Anak Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 169 hits
Perasaan cepat atau pada ibu bapa akan dipindahkan pada anak ini faktanya Apabila ibu bapa berasa takut atau risau kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan dan kerisauan itu kepada anak juga Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu...
Tak Perlu Rasa Rendah Diri Jadi Surirumah 24 Jam Dengan Anak Ibu Paling Beruntung

Tak Perlu Rasa Rendah Diri Jadi Surirumah 24 Jam Dengan Anak Ibu Paling Beruntung

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 138 hits
Istilah surirumah sering dipandang rendah sesetengah orang Hakikatnya inilah kerja yang paling menguntungkan sebagai seorang ibu Sepenuh masa ibu 24 jam dapat membimbing anak anak di depan mata Satu bonus sebagai ibu Jadi jangan pernah rasa...
7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak Anak

7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 215 hits
Perjalanan membesarkan anak anak adalah perjalanan yang penuh warna warni Ada cabaran ada kegembiraan dan pasti ada juga detik detik yang menyedihkan Namun sebagai ibu bapa terutama yang masih mempunyai anak anak kecil ada beberapa perkara ...
10 Strategi Ibu Bapa Membantu Anak Yang Lemah Membaca Di Rumah

10 Strategi Ibu Bapa Membantu Anak Yang Lemah Membaca Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 204 hits
Anak masih belum lancar atau mahir MEMBACA Untuk membantu anak yang lemah membaca ibu bapa boleh mencuba beberapa strategi berikut di rumah 1 Baca Bersama Luangkan masa untuk membaca bersama anak setiap hari Pilih buku yang sesuai dengan ta...
Buang Rasa Malu Suami Rendahkan Ego Jalani Pemeriksaan Kesuburan Kini Bapa Anak Kembar

Buang Rasa Malu Suami Rendahkan Ego Jalani Pemeriksaan Kesuburan Kini Bapa Anak Kembar

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 123 hits
Rezeki kita berbeza beza Ada yang direzekikan untuk punya zuriat lebih awal namun ada pula sebaliknya Namun semuanya perlukan usaha yang bukan sedikit untuk memperoleh zuriat sendiri Perkongsian seorang suami Wandy Mohd mengenai perjalanan ...
Tahi Telinga Anak Keras Bila Lama Tak Dibersihkan Ini Tip Berguna Untuk Ibu Bapa

Tahi Telinga Anak Keras Bila Lama Tak Dibersihkan Ini Tip Berguna Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 114 hits
Tahi telinga anak keras bila lama tak dibersihkan ini tip berguna untuk ibu bapa Tahi telinga atau cerumen adalah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam saluran telinga Fungsi utama tahi telinga adalah untuk melindungi tel...
Ruhainies Dedah Ibu Memang Garang Rampas Telefon Kalau Mesej Lelaki

Ruhainies Dedah Ibu Memang Garang Rampas Telefon Kalau Mesej Lelaki

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 119 hits
Pelakon Ruhainies dedah ibu memang garang dan akan merampas telefon bimbitnya sekiranya bermesej dengan lelaki Pendedahan itu dibuat oleh Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menerusi satu temu bual dalam sebuah p...
Cantik Sungguh Jelita Macam Ibu Anak Sulung Vie Shantie Raih Pujian Ramai

Cantik Sungguh Jelita Macam Ibu Anak Sulung Vie Shantie Raih Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 280 hits
Secantik ibunya Anak sulung kepada usahawan Vie Shantie Khan menarik perhatian ramai bila mempamerkan kecantikan semula jadi sama seperti ibunya Anak sulung hasil perkahwinannya bersama bekas suami Dato Eizlan Yusof itu kini rupanya sudah p...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Gleneagles Follow Up

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans