7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak Anak


Perjalanan membesarkan anak-anak adalah perjalanan yang penuh warna-warni. Ada cabaran, ada kegembiraan dan pasti ada juga detik-detik yang menyedihkan. Namun, sebagai ibu bapa terutama yang masih mempunyai anak-anak kecil, ada beberapa perkara yang perlu diingat sama dalam perjalanan membesarkan mereka.
#1- Diri Sendiri Juga Perlu Belajar
Ramai yang inginkan anak-anak pandai membaca dan kenal alif, ba, ta di awal usia lagi. Ada yang menghantar anak sebelum masuk tadika lagi ke kelas fardu ain untuk memastikan anak-anak tak ketinggalan apabila masuk sekolah.
Tetapi, dalam kita seronok mendidik anak, jangan dilupa untuk mendidik diri sendiri. Jika sudah lupa tentang ilmu-ilmu asas dalam agama, sewajarnya juga kita belajar semula.
#2- Mempunyai Hubungan Yang Harmoni Dengan Pasangan
Hubungan yang harmoni bukan bermakna tidak bergaduh dan tidak ada masalah. Hubungan yang harmoni adalah apabila masalah timbul, kedua-dua pihak cuba mencari jalan untuk mencapai ketenangan semula. Bukankah tujuan utama pernikahan adalah mencapai kesimbangan dan ketenangan? (Baca lanjut Usahakan Sakinah Dalam Rumah Tangga)
#3- Ketepikan Perkara Yang Tidak Bermanfaat Untuk Anda Dan Anak-anak
Antara cabaran ibu bapa sekarang adalah gajet. Sesetengah ibu bapa sudah tidak mampu mengawal waktu skrin anak-anak apabila larangan kerap kali mengundang amukan dan keadaan yang cukup mengharu-birukan.
Namun, perubahan perlukan latihan. Sebagaimana anda inginkan anak-anak tidak hanya melekat dengan gajet, begitu jugalah anda sebagai ibu bapa perlu melakukannya. Jika kerja anda kerap memerlukan anda bersama gajet, maka berilah penjelasan pada anak-anak bahawa anda perlu bekerja menggunakan gajet, kemudian wujudkan waktu tanpa gajet sejam atau dua dalam sehari untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak.
#4- Ajarkan Mereka Tentang Akhlak Islam Dengan Memberi Teladan Yang Baik
Baginda diutuskan kepada umat Islam untuk menyempurnakan akhlak yang baik. Maka, akhlak bukan perkara yang patut diambil ringan. Ia juga bukan perkara yang boleh difahami dan diketahui sendiri oleh anak-anak.
Contoh mudah adalah apabila anda marahkan anak-anak melakukan sewenang-wenangnya di rumah orang, sedangkan anda belum mengajarkan kepada mereka tentang adab-adab menziarahi orang. Jika sudah diajar sekalipun, ia perlu diulang-ulang kerana kanak-kanak juga boleh lupa dek banyak perkara yang menarik minat mereka.
#5- Bersikap Ihsan Dan Rahmah Terhadap Mereka
Anak-anak masih budak-budak, jadi usah melayan mereka seperti kita sedang melayan seorang manusia dewasa. Mereka berhak dilayan mengikut fasa usia mereka. Bersikaplah ihsan iaitu layan mereka dengan cara yang terbaik dan sesuai. Sayangi mereka tanpa syarat. Sayangi juga pasangan kerana kesannya juga boleh dirasai oleh anak-anak.
#6- Ajar Mereka Untuk Berani Bersuara
Berani bersuara tidak bermakna bersuara dengan kasar dan tanpa adab. Berani bersuara adalah berani menyuarakan perasaan, idea dan pendapat. Usah menganggap apabila mereka mempersoalkan sesuatu, mereka bertindak biadab. Ajarkan mereka cara yang sesuai. Hal ini boleh memupuk mereka untuk berbincang dengan sihat dan tidak memendam emosi.
#7- Berdoa Kepada Allah Agar Anak-anak Sentiasa Dalam JagaanNya
Ada masanya anda tidak dapat melindungi dan memantau anak-anak 24 jam dalam sehari. Mereka juga ada kebarangkalian terdedah dengan unsur-unsur negatif setelah berada di luar rumah apabila berjumpa dengan ramai orang.
Berdoalah kepada Allah agar mereka sentiasa dilindungi daripada sebarang keburukan. Kita hamba yang punyai keterbatasan kudrat dan kemampuan. Maka, serahkanlah selebihnya kepada Allah Yang Maha Mentadbir Urusan makhluk-makhluknya.
Perjalanan membesarkan anak-anak sebenarnya mendidik kita menjadi lebih matang dalam pelbagai perkara. Ambillah peluang untuk belajar setiap hari. Maafkan kelemahan dan kesilapan yang lalu dan terus bersemangat untuk jadi ibu bapa yang lebih baik pada masa akan datang.
 
Sumber: tzkrh.com
The post 7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak-anak appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/7-perkara-perlu-diingat-ibu-bapa-dalam-perjalanan-membesarkan-anak-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu Bapa Akan Dipindahkan Pada Anak Ini Faktanya

Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu Bapa Akan Dipindahkan Pada Anak Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 169 hits
Perasaan cepat atau pada ibu bapa akan dipindahkan pada anak ini faktanya Apabila ibu bapa berasa takut atau risau kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan dan kerisauan itu kepada anak juga Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu...
Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih Bella Astillah Mengalir Air Mata Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Anak

Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih Bella Astillah Mengalir Air Mata Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Anak

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 211 hits
Penyanyi dan juga pelakon Bella Astillah dirakam sebak dan menangis hiba ketika anak lelakinya Ayden Adrian memberikan ucapan sempena hari ibu buat dirinya Dalam hantarn video yang dimuat naik di IG Era Je itu Bella bersama ibunya dilihat m...
Anak Muda Aceh Nongkrong Bareng Amanah Influncer Ibu Kota Bahas Industri Kreatif

Anak Muda Aceh Nongkrong Bareng Amanah Influncer Ibu Kota Bahas Industri Kreatif

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 154 hits
Anak muda Aceh memiliki potensi kreatif yang luar biasa dan sudah saatnya mereka ikut berkontribusi dalam industri baik di Aceh Indonesia maupun secara global
Ibu Bapa Sumbang 30 Bekas Pulut Semangat Meriahkan Hari Guru Smk Sri Aman

Ibu Bapa Sumbang 30 Bekas Pulut Semangat Meriahkan Hari Guru Smk Sri Aman

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 180 hits
PASIR PUTEH Golongan ibu bapa menghadiahkan 30 bekas pulut semangat sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik sempena sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman di sini hari ini Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa...
Aneh Lelaki Kahwini Ibu Mentua Selepas Kematian Isteri Dengan Restu Bapa Mentuanya

Aneh Lelaki Kahwini Ibu Mentua Selepas Kematian Isteri Dengan Restu Bapa Mentuanya

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 241 hits
AgensiNew Delhi Pelik tapi realiti ia berlaku di India apabila seorang lelaki jatuh cinta dan akhirnya mengahwini ibu mentuanya Lebih mengejutkan apabila perkahwinan mereka itu dikatakan mendapat restu bapa mentua lelaki berkenaan Kisah itu...
Detik Detik Anak Bunuh Ibu Kandung Di Aceh Kepala Dihantam Batu Saat Tidur

Detik Detik Anak Bunuh Ibu Kandung Di Aceh Kepala Dihantam Batu Saat Tidur

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 150 hits
Dalam proses rekonstruksi itu juga terlihat detik detik tersangka memukul kepala ibu kandungnya
Peniaga Jual Mi Segera Dalam Cawan Depan Sekolah Ibu Kecewa Sangka Anak Beli Air

Peniaga Jual Mi Segera Dalam Cawan Depan Sekolah Ibu Kecewa Sangka Anak Beli Air

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 163 hits
Peniaga jual dalam cawan depan sekolah ibu kecewa sangka anak beli air Sebagai ibu bapa tentunya nada berasa kecewa bila ada peniaga yang mengambil kesempatan menjual makanan ringan dan segera kepada murid murid Peniaga Jual Mi Segera Dalam...
Perangai Budak Budak Makin Panas Ibu Bapa Buka Suara Dedah Bang Sihyuk Sering Palau Newjeans Di Syarikat

Perangai Budak Budak Makin Panas Ibu Bapa Buka Suara Dedah Bang Sihyuk Sering Palau Newjeans Di Syarikat

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 97 hits
Nampaknya kontroversi antara NewJeans dan Bang Si hyuk semakin panas Artikel Berkaitan Terbaru pada 13 Mei ibu bapa kepada 5 ahli NewJeans telah menulis e mel panjang kepada HYBE bersuara tentang layanan tidak adil syarikat kepada kumpulan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching