Ibu Balik Berniaga Tengok Bayi 3 Bulan Tak Sedarkan Diri Dijaga Suami Bapa Positif Dadah
Luluh hati ibu apabila pulang ke rumah dan melihat bayinya berusia tiga bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dijaga oleh suami.
Kejadian yang berlaku di Gelang Patah, Johor itu disahkan meninggal dunia ketika di bawah jagaan bapanya yang positif dadah, petang semalam.
Ibu dan nenek baru pulang berniaga
Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, ibu dan nenek mangsa yang baharu pulang dari berniaga gerai makan di Gelang Patah, mendapati bayi berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata nenek dan ibu bayi malang berkenaan mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Gelang Patah bagi mendapatkan rawatan.
ARTIKEL MENARIK [Beruntung Anak Rapat Dengan Suami. Itu Tandanya Ayah Bagus Di Rumah. Ibu Senang Hati!]
“Sampai sahaja di rumah, ibu bayi itu menjerit meminta tolong sambil mendukung bayinya yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Nenek bayi berkenaan bersama ibu mangsa kemudian membawa bayi berkenaan yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Klinik Kesihatan Gelang Patah untuk menerima rawatan.
“Kira-kira jam 5.40 petang, nenek dan ibu bayi berkenaan sampai di bahagian kecemasan Klinik Kesihatan Gelang Patah dan disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa seorang doktor di situ,” katanya dalam satu kenyataan.
Bapa positif dadah
Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa tinggal di rumah dan dijaga oleh lelaki berusia 31 tahun, yang juga bapa kanak-kanak berkenaan ketika nenek dan ibunya keluar berniaga warung makanan di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, pada setiap awal pagi.
Selain mangsa, dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan empat tahun yang juga anak lelaki terbabit turut tinggal di rumah itu.
“Siasatan pada badan mangsa tidak menunjukkan sebarang kecederaan. Menurut ibu mangsa, bayinya mula pandai mengiring dan mahu meniarap itu lahir tidak cukup minggu (36 minggu) dan sering muntah susu selepas minum susu.
LAGI ARTIKEL MENARIK [Semua Nak Jadi Ibu Ayah Yang Baik, Cuma Ilmu Parenting Ni Kita Terlupa!]
“Bayi itu lahir dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ibu mangsa tidak dapat membuat sijil lahir kerana perlu mendapatkan surat sumpah dari mahkamah terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata, bapa bayi malang itu sudah ditahan dengan ujian air kencingnya mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Bayi malang itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan akan menjalani proses bedah siasat jam 9 pagi ini bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya.
Sumber: Berita Harian
The post Ibu Balik Berniaga, Tengok Bayi 3 Bulan Tak Sedarkan Diri Dijaga Suami. Bapa Positif Dadah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ibu-balik-berniaga-tengok-bayi-3-bulan-tak-sedarkan-diri-ketika-dijaga-suami-bapa-positif-dadah/