Ibu Ayah Kalau Tak Nak Anak Menipu Bila Anak Buat Salah Elak Marah Sampai Jerit Jerit


Anak anda sudah pandai menipu? Tidak dapat dinafikan memang ada banyak faktor anak menipu. Tahukah ibu bapa bahawa salah satu faktor anak-anak sudah pandai menipu adalah disebabkan hasil sikap ibu bapa sendiri.
Ibu Ayah Kalau Tak Nak Anak Menipu Apabila ibu bapa ada sikap suka marahkan anak gila-gila (menjerit, memperkecilkan anak, melabel, menghina, menghempas barang, mengherdik dan mengguna kekerasan fizikal) setiap kali dan setiap masa.
Anak-anak TIDAK LAHIR sebagai penipu dan TIDAK BELAJAR jadi penipu dalam semalaman. Menipu adalah skil TERPELAJARI dan malangnya, ibu bapa atau penjaga utama anak sendiri adalah guru menipu yang paling berkuasa, tanpa sedar.
Kajian University of Washington yang di terbitkan dalam Journal Cognitive Development mereka mendapati, anak-anak semuda 15 bulan:
☑️ Boleh mengesan emosi marah bila melihat interaksi sosial orang sekeliling walaupun belum faham nama emosi tersebut ialah ‘marah’ . Mereka menggunakan informasi emosi tersebut sebagai panduan peribadi mereka.
☑️ Berkebolehan menggunakan pelbagai signal emosi dan penglihatan dari sekeliling untuk faham PUNCA kelakuan seseorang.
☑️ Mempunyai fahaman canggih tentang dunia sosial dan reaksi manusia MENDAHULUI kemahiran bercakapnya.
Bila Anak Buat Salah, Elak Marah Sampai Jerit-jerit Maksudnya apa? Contohnya begini:
Anda mempunyai sikap suka jerit-jerit dan baling-baling barang bila sedang marah. Anak kecil anda sering melihat anda jerit-jerit dan baling-baling barang bila marahkan abangnya yang seringkali sepah-sepahkan mainan di seluruh rumah. Dia melihat abangnya menangis ketakutan setiap kali dimarahi.
Maka anak kecil anda yang telah menonton perbuatan ini beberapa kali akan faham: jerit-jerit dan baling-baling barang ialah perbuatan emosi marah ➕ sepah-sepahkan mainan itu punca yang buat mak marah ➕ abang menangis ketakutan itu akibat bila kena marah.
Bila anak faham ciri-ciri orang yang sedang marah ➕punca atau perkara yang boleh buat orang jadi marah ➕ akibat bila seseorang marah ➡️ Anak akan cari jalan untuk ‘selamatkan’ dirinya dari situasi tersebut dengan MENGUBAH KELAKUANNYA agar terlepas dari dimarahi.
Anak akan mencari jalan mengelak dari dimarahi antaranya dengan menafikan perbuatan, mengubah cerita kejadian sebenar malah menuduh orang lain sebagai pelaku. Ia menyedihkan kerana anak belajar menipu demi menyelamatkan dirinya dari ibu bapanya sendiri. Tambah menyedihkan jika anak-anak di marahi dua kali ganda teruk bila ibu bapanya mendapat tahu bahawa dia menipu demi menyelamatkan diri.
Hasilnya? Anak belajar menipu dengan yang lebih hebat, seiring masa. Jadi, bagaimana cara untuk buat anak tahu bahawa kita marah atau tidak suka dengan perbuatannya tanpa buat anak rasa teruk tentang dirinya sendiri dalam masa yang sama?

DISIPLINKAN PERBUATAN ANAK, BUKAN EMOSI ANAK.
Dua contoh situasi:
Anda menjumpai cermin mata anda yang telah dipatahkan anak dan disorokkan anak untuk elak dimarahi oleh anda. Dua hal ini pasti akan berlaku:
a. Kecewa dengan perbuatan anak yang menyorokkan cermin mata tersebut sehingga menyusahkan anda mencari sehingga berhari-hari.
b. Kecewa kerana anak takut nak mengaku dan berkata benar kepada anda.
Anda hanya perlu INGAT:
– EMOSI jujur anak TIDAK PATUT di hukum. Yang patut di hukum atau didisiplinkan ialah PERBUATAN salahnya. Maka ,fokus kepada betulkan perbuatannya berbanding menghukum emosinya:
☑️ SAHKAN perasaan takut anak.
☑️ BERITAHU perasaan sebenar anda tentang perbuatan anak menyorokkan cermin mata anda.
Misalnya:
“Mama faham abang tak mengaku sebab abang takut mama marah atau sedih. Tapi bila mama tak jumpa cermin mata mama, mama susah nak buat kerja sebab mata mama tak nampak. Banyak kerja office mama tak dapat siapkan”
Kemudian..Sambung perbincangan kalian tentang bagaimana cara anak boleh berterus-terang kepada anda dengan rasa selamat.
MULAKAN dengan cari punca anak takut nak berterus- terang kepada anda. Misalnya dengan bertanya:
“Abang takut nak bagitahu mama sebab mama suka menjerit ke kalau mama marah?”
Kemudian….➡️➡️➡️➡️ Buat perjanjian 2 hala tentang cara kedua pihak boleh perbaiki keadaan di masa hadapan :
” Mama minta maaf sebab buat abang takut bila marah jerit-jerit. Mama janji mama tak akan marah jerit-jerit kalau abang mengaku silap. Abang pula kena janji kena cakap jujur dengan mama lepas ni, OK?”
Kemudian….➡️➡️➡️➡️Tunjuk akibat (consequences) perbuatan anak dan bimbing anak cara untuk memperbaiki atau bertanggungjawab atas kesilapannya.
Misalnya:
” Sebab kerja mama banyak tak siap dan esok bos mama suruh hantar, so abang kena sama-sama tolong mama ye. Mama tanda kertas, abang pula tolong check kalau ada bahagian yang mama terlupa nak tanda, ok?”
***Pastikan anda pegang janji untuk bertenang bila anak mengaku silapnya di masa hadapan. Usah musnahkan kepercayaan anak dengan tetap berperangai marah gila-gila.
***Ucapkan penghargaan anda kepada keberanian dan kejujuran anak, setiap kali.
***Kesilapan dan kecuaian tak boleh dielakkan, maka bimbing anak tentang cara untuk kurangkan sikap cuainya. Dan, sentiasa sabar tunjuk cara baiki kesilapan-kesilapan barunya di masa hadapan. Ingat, kita juga tak sempurna dan kita juga tidak serba tahu tentang semua perkara.

APA PUN, YANG PENTING:
Marah teruk-teruk atau gila-gila TIDAK ADA NILAI PELAJARAN POSITIF buat anak.
*Anak belajar ‘direct’ dari tingkahlaku anda bahawa cara untuk menggendali rasa marah, sedih dan kecewa itu adalah dengan cara menyakiti orang lain.
*Anak kecil tiada kemahiran menyelaraskan emosi yang baik seperti orang dewasa. Mereka AMAT BERGANTUNG kepada orang dewasa untuk bantu dia melaras emosinya.
Cuba bayangkan jika anda dan rakan-rakan berada di dalam sebuah situasi cemas. Kalian mengharapkan seorang ketua yang dapat mengawal situasi. Tentulah kalian rasa lebih tenang dan fokus bila ada ketua yang tenang berbanding yang jenis menggelabah ayam kan?
Begitulah perumpamaannya anak yang bergantung harap kepada orang dewasa dalam mengawal sesuatu situasi.
Yang rasa puas bila dapat marah gila-gila ini cuma orang dewasa saja. Anak kecil yang di marahi pula tak lebih dari sekadar ‘punching bag’ yang tak dapat apa-apa selain rasa teruk tentang diri sendiri. Ini salah satu bentuk penderaan verbal (lisan): “Emotional abuse happens when a child is repeatedly made to feel worthless, unloved, alone or scared” :kishelpline Australia.
Marah yang terkawal dan penuh sivik itu = satu bentuk pendidikan berkesan. Marah gila-gila ikut emosi itu = satu bentuk penganiayaan.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASS
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
NOTA: Artikel ini diolah daripada artikel asal Pa & Ma
The post Ibu Ayah Kalau Tak Nak Anak Menipu, Bila Anak Buat Salah, Elak Marah Sampai Jerit-jerit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-ayah-kalau-tak-nak-anak-menipu-bila-anak-buat-salah-elak-marah-sampai-jerit-jerit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyik Tarik Tangan Ibu Bila Nak Sesuatu Mak Ayah Perlu Risau Petanda Anak Lambat Bercakap

Asyik Tarik Tangan Ibu Bila Nak Sesuatu Mak Ayah Perlu Risau Petanda Anak Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 157 hits
Kanak kanak biasanya akan menunjuk dengan jari bila mahukan sesuatu ditambah dengan bunyi bunyian di hujung hujungnya Namun jika anak hanya menarik tangan ibu dan menunjukkan apa dia mahu tanpa mengeluarkan suaranya ada baiknya anak diperik...
Keliru Nak Pilih Tadika Anak Ini Ciri Ciri Tadika Terbaik Mak Ayah Perlu Cari

Keliru Nak Pilih Tadika Anak Ini Ciri Ciri Tadika Terbaik Mak Ayah Perlu Cari

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 242 hits
Memilih sekolah pertama untuk anak sememangnya begitu menyukarkan Mana tidaknya ia pasti menjadi sekolah yang begitu memberi kesan dan menampakkan perkembangan baik pada anak kita Jadi tidak hairanlah mak ayah mahukan sekolah yang benar ben...
Anak Sulung Kuat Sentap Ibu Bapa Jangan Mudah Marah Marah

Anak Sulung Kuat Sentap Ibu Bapa Jangan Mudah Marah Marah

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 157 hits
Lahirnya anak kedua di dalam suatu keluarga kadang kala membuatkan terasa seperti dipinggirkan Padanya adik itu seakan akan mengambil tempat dirinya Anak sulung biasanya dilihat menjadi subjek eksperimen yang pertama kali membesarkan anak s...
Tak Putus Doa Nak Pastikan Anak Bijak Dan Dengar Kata Ibu Amalkan Ni Masa Hamil

Tak Putus Doa Nak Pastikan Anak Bijak Dan Dengar Kata Ibu Amalkan Ni Masa Hamil

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 296 hits
Matlamat untuk menjadikan anak bijak dan dengar kata serta tidak bermasalah sebenarnya harus bermula daripada awal iaitu ketika mengandung lagi Kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara ...
Mak Ayah Elak Buat Perkara Ni Di Rumah Pada Anak Anak Tanpa Sedar Jejaskan Emosi Anak

Mak Ayah Elak Buat Perkara Ni Di Rumah Pada Anak Anak Tanpa Sedar Jejaskan Emosi Anak

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 202 hits
Tanpa sedar percakapan kita setiap hari dengan anak memainkan peranan yang besar bagi membentuk diri anak kita Emosi yang baik sikap yang konsisten malah terpuji semua ini datangkan dari percaturan komunikasi yang kita lakukan pada anak Dis...
Anak Kandung Dalangi Pembunuhan Juragan Mainan Di Comal Pemalang Sewa Eksekutor Untuk Habisi Ayah

Anak Kandung Dalangi Pembunuhan Juragan Mainan Di Comal Pemalang Sewa Eksekutor Untuk Habisi Ayah

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 176 hits
Pembunuhan Muhammad Aldar juragan mainan di Kecamatan Comal Pemalang ternyata diotaki anak kandungnya MB
Ayu Nourul Sudah Berbaik Normal Ibu Anak Bergaduh Ajai

Ayu Nourul Sudah Berbaik Normal Ibu Anak Bergaduh Ajai

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 174 hits
DAMANSARA Penyanyi dan komposer Ajai mendedahkan hubungan anak sulungnya Ayu Nazirah dan bekas isteri Nourul Depp sudah kembali pulih
Video Misteri Kasus Ayah Bunuh 4 Anak Wasiat Pesan Darah Puas Bunda

Video Misteri Kasus Ayah Bunuh 4 Anak Wasiat Pesan Darah Puas Bunda

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 131 hits
Seorang ayah di Jagakarsa Jakarta Selatan tega membunuh 4 anaknya sendiri
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa