Ia Ya Berlaku Sekian Lama
Orang kena 𝗸𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀 bukan sebab minum teh tarik pagi tadi. Orang kena 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 bukan sebab dia makan daging berlemak malam tadi. Tapi sebab dah 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮 amalkan cara hidup yang tak sihat (maaf kalau ada yang terasa).

Begitu juga dengan isu 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 sekarang ni. Ia bukan baru terjadi 3 tahun yang lepas. Ia adalah kesan dari 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 zaman berzaman. Kegagalan dari era 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 sampai la ke 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 sendiri. Kegagalan yang 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 tak diperbetulkan.
Sejak dulu lagi, peruntukan untuk pendidikan dalam belanjawan 𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶. Keadaan sekolah juga uzur dan banyak sekolah yang 𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 untuk 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘤𝘦 disebabkan kekurangan peruntukan daripada kerajaan. Seolahnya kerajaan tak pedulikan sistem pendidikan kita.
Sistem pendidikan kita pun 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿. Pernah sekolah kita secara tiba-tiba gunakan 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵 untuk subjek 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 hanya kerana seorang PM mahukannya. Dilaksanakan tanpa persediaan yang secukupnya.
Sistem pendidikan kita 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴. Dan dari kebanyakan masa tu, Mahiaddin 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 sama ada bersama BN, PH1.0 ataupun PN. Sistem pendidikan kita ni kalaulah stokin, ia jenis dah keluar semua jari dah. Bukan ibu jari kaki je. Koyak teruk.
Jadi bila Mahiaddin nak salahkan MADANI atas apa yang berlaku baru-baru ini, umpama dia 𝗺𝗲𝗹𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗶𝘁. Kahaknya jatuh ke mukanya sendiri. Sebab dia sendiri pernah jadi Menteri Pendidikan. Masa dia dulu apa perubahan yang dia bawa? Masa dia PM, apa dia buat untuk sistem pendidikan?
Aku sendiri pun 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 dengan gaya 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶𝗻𝗮. Tapi untuk letakkan semua kesalahan pada dia dan kerajaan, itu adalah 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮. Kalau ada salah Fadhlina pun sebab dia 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮 di kementerian.
Orang KPM ni selain daripada ramai walaun, dah lama kita tahu 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶. Tak sedikit kes yang 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗽𝘂 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗿𝗽𝗲𝘁 demi nak tutup aib kementerian. Guru besar dan pengetua yang didapati 𝘀𝗲𝗿𝗼𝗻𝗴 pun cuma ditukarkan. Tak dipecat. Jadi tak ada yang takut nak buat salah.
Fadhlina masa baru jadi menteri dulu penyokong dah lama ingatkan suruh 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗼𝘁𝗮𝗹 dalam kementerian. Tapi itu la. Dia buat pekak je.
Jadi isu sekolah ni bukan isu baru. Dan bukan salah MADANI je. Ini kesalahan semua pihak terutamanya mereka yang 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 sebelum sebelum ini. Ini masanya untuk semua pihak untuk bekerjasama. Bukan menuding jari.
Cukuplah semua perkara nak 𝗱𝗶𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻. Bila masa nak bekerja untuk kepentingan rakyat kalau setiap isu diguna untuk 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗻𝘁𝗮𝗺 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻, bukan untuk 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗶𝗮𝗻. Kalau begini, sampai kiamat pun sekolah kita 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸.
Lebih penting, sebagai 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗡, nasihatkan ahli parti supaya 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Ini tidak. Kalau tengok dalam media sosial, posting penyokong PN 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁, 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 yang mendorong 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗿𝗲𝘀𝗶𝗳 𝗱𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗻𝗮𝘀.
Sedangkan media sosial kita pula terlalu bebas. Kalau kerajaan sekat kandungan tak bertanggungjawab, dia kata pula 𝘀𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮. Sedangkan ini mendorong perlakuan tidak sihat di kalangan remaja juga. Mahiaddin kena bertanggungjawab.
Paling penting sekarang, kerajaan usahakanlah untuk 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 dahulu cara didik anak. Hari ini ramai ibu bapa yang sayang anak cara yang salah. Akibatnya, anak 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵, dan kemudiannya 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 itu di sekolah.
Isu keselamatan di sekolah bukan isu sekolah sahaja. Ia isu semua. Setiap kementerian, setiap agensi ada peranan dan tanggungjawab. Letakkan kesalahan pada Menteri Pendidikan atau KPM memang seronok jadi modal politik tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮. Takkan Mahiaddin yang dah tua bangka pun tak sedar lagi? Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/10/ia-ya-berlaku-sekian-lama.html