Wanita Kongsi Detik Ngeri Hilang Dalam Hutan Lalu Jalan Kubur Lama


Wanita Kongsi Detik Ngeri ‘Hilang’ Dalam Hutan, Lalu Jalan Kubur Lama
Kebanyakan daripada kita memang bergantung sepenuhnya pada aplikasi Waze atau Google Maps setiap kali nak ke tempat yang belum pernah dilalui.
Mudah, cepat dan biasanya tepat. Itulah sebab ramai pengguna, terutama kaum wanita, menjadikannya peneman setia di jalan raya.
Namun, siapa sangka, aplikasi yang sepatutnya membantu boleh pula ‘menyesatkan’ sampai ke tengah hutan?
Itulah pengalaman ngeri yang dilalui oleh seorang wanita ini, apabila perjalanan pulang yang sepatutnya hanya 16 minit bertukar menjadi detik cemas selama beberapa jam.
“Saya, anak buah dan baby saya yang baru berusia 3 bulan malam tadi…” Menerusi perkongsian di Facebook, wanita berkenaan menceritakan semula detik cemas yang dialaminya malam kejadian.
“Terima kasih polis Semenyih, polis Kajang dan pasukan bomba yang dah selamatkan saya, anak buah dan baby saya yang baru berusia tiga bulan malam tadi. Terutamanya dua polis peronda yang akhirnya dapat jumpa kami,” tulisnya.
Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam apabila dia dalam perjalanan pulang selepas menghantar pembantu rumah ke Kampung Batu 3, Semenyih.
Disebabkan pertama kali ke kawasan itu, dia menggunakan Waze untuk panduan jalan balik ke rumah di Diamond City.
“Dalam Waze cuma ambil masa 16 minit,” jelasnya.
Namun, perjalanan yang mulanya nampak biasa bertukar pelik apabila Waze mula membawa laluan melalui kawasan perkuburan lama yang sunyi sepi.
Tiada satu pun kenderaan lain kelihatan, hanya kubur, pokok dan suasana yang semakin gelap. Berdebar dan mula rasa tak sedap hati, wanita itu cuba mencari jalan keluar. Tapi semakin dicari, semakin dalam pula dia masuk ke kawasan yang kelihatan seperti hutan tebal.
“Jangan tanya saya hutan mana, memang tak tahu. Line pun tak ada, harapkan kecemasan 999. Panggilan yang masuk semua putus-putus.
“Yang saya ingat kiri sungai. Jalan berlubang-lubang, cuma sebesar laluan motor. Pokok dan semak samun.
“Saya tak dapat dan tak jumpa jalan keluar bila dah bertemu penghujung jalan berlubang besar dan sangat dalam. Kereta lowered jangan cerita, memang pecah.
“Anak nangis tak berhenti dan saya pula anxiety. Tercungap-cungap nak cari nafas. Allah je tahu, tawakal menunggu bantuan,” kongsinya.
Polis dan suami akhirnya temui mereka selepas dua jam Selepas hampir dua jam terperangkap di dalam hutan, wanita itu akhirnya ditemui oleh dua anggota polis peronda bersama suaminya yang bergegas pulang dari tempat kerja.
“Mereka sendiri sesat cari kami dan tak sangka macam mana kereta tu lepas masuk ke dalam hutan. Dan macam mana kami boleh berada di dalam hutan. Memang bukan laluan lazim,” tambahnya.
Katanya, dia masih tidak pasti sama ada kejadian itu berpunca daripada kesilapan Waze, gangguan mistik atau mungkin kesilapan dirinya sendiri.
Trauma masih terasa, tapi syukur masih bernyawa Yang pasti, dia bersyukur anggota keselamatan datang membantu walaupun dalam keadaan sukar.
Wanita ini mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut. Namun, dalam masa sama, dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga bersama bayi kecilnya.
BACA: Nak Tarik Pokok Halang Jalan, Tiba-tiba Abang Ni ‘Lesap’ Sekali Dengan Pokok
BACA: Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin, Tiba-tiba Parcel Sampai
BACA: Ingatkan Dok Tarik Apa, Sekali “Zoom In” Kita Yang Ketar
Sumber: Fadylla Ism via Kami Penduduk Semenyih ( Rasmi )/FB 
The post Wanita Kongsi Detik Ngeri ‘Hilang’ Dalam Hutan, Lalu Jalan Kubur Lama appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/20/wanita-kongsi-detik-ngeri-hilang-dalam-hutan-lalu-jalan-kubur-lama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Gaza Kongsi Momen Dengar Azan Berkumandang Selepas Gencatan Senjata

Wanita Gaza Kongsi Momen Dengar Azan Berkumandang Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 310 hits
Wanita Gaza Kongsi Momen Dengar Azan Berkumandang Selepas Gencatan Senjata Pada 8 Oktober lalu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan perjanjian gencatan senjata di Gaza yang berkuat kuasa pada Khamis Dalam perjanjian itu ia mer...
Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia Dedah Perangai Mengejutkan Orang Kita

Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia Dedah Perangai Mengejutkan Orang Kita

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 250 hits
Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia Dedah Perangai Mengejutkan Orang Kita Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan ramai pelancong dari seluruh dunia Bukan sahaja kerana lokasi pelancongan yang cantik makanan yang menggoda...
Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 378 hits
Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang Seorang wanita warga emas di timur China dilaporkan menelan lapan ekor katak hidup selepas mempercayai petua tradisional yang dikatakan mampu merawat sakit ...
Polis Mohon Kerjasama Kesan Wanita Hilang

Polis Mohon Kerjasama Kesan Wanita Hilang

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 311 hits
Polis Mohon Kerjasama Kesan Wanita Hilang JOHOR BAHRU 19 Okt Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar pada jam 1 30 pagi hari ini Ketua Polis Dae...
Kereta E Hailing Hilang Kawalan Penumpang Wanita Maut Di Puchong

Kereta E Hailing Hilang Kawalan Penumpang Wanita Maut Di Puchong

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 162 hits
MOHD FAHMI ISMAILSeorang wanita maut manakala dua lelaki cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Puchong Batu 14 berhampiran stesen minyak BHP Kampung Baru Puchong malam tadi PUCHONG Seorang w...
Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam

Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 216 hits
Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam Setiap orang memiliki pengalaman yang tidak dapat dilupakan Sama ada pengalaman manis pahit atau mengerikan semuanya meninggalkan kesan mendalam dalam diri ...
Hilang Sabar Dan Tiada Persefahaman Punca Utama Uqasha Senrose Fail Cerai Kamal Adli Tiada Usaha Pujuk

Hilang Sabar Dan Tiada Persefahaman Punca Utama Uqasha Senrose Fail Cerai Kamal Adli Tiada Usaha Pujuk

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 389 hits
Pelakon Uqasha Senrose hari ini mengejutkan ramai apabila dia dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Kamal Adli pada awal Oktober lalu Hadir ke mahkamah syariah hari ini Uqasha yang ditemani peguamnya Nurfarhana memaklumkan punca percer...
Silap Kalau Pembangkang Ingat Anwar Takut Hilang Kuasa Dia Adalah Pejuang Dan Sikapnya Melawan

Silap Kalau Pembangkang Ingat Anwar Takut Hilang Kuasa Dia Adalah Pejuang Dan Sikapnya Melawan

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 201 hits
Alif JamilKadangkala saya kesian melihat pembangkang harini Kegigihan dan keghairahan mereka untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim tu membuatkan mereka lupa siapa sebenarnya Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim bukan jenis pemimpin yg takut hilang kuasa a...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari