I Saraan Caruman Sukarela Bagi Golongan Bekerja Sendiri
i-Saraan: Caruman Sukarela Bagi Golongan Bekerja Sendiri atau Tiada Pendapatan Tetap. Satu info kemaskini terbaru dari pihak KWSP. Jika anda seorang yang tiada pendapatan tetap, tetapi mahu mencarum dalam KWSP demi simpanan hari tua, bolehlah kunjungi pejabat KWSP berhampiran. Buat masa kini, disebabkan pandemik Covid-19, semua urusan adalah melalui temujanji terlebih dahulu.
Di masa akan datang, jika keadaan sosial negara sudah kembali seperti sediakala, boleh terus hadir di pejabat KWSP.
Baca juga:
1. Berapa lamakah makanan boleh hadam?? 2. Makan salad untuk diet sihat 3. Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika solat? 3. Mudahnya wanita nak bersedekah merebut syurga Allah
i-Saraan: Caruman Sukarela Bagi Golongan Bekerja Sendiri atau Tiada Pendapatan Tetap
KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak ada pendapatan tetap menabung untuk persaraan mereka.
Pencarum i-Saraan layak menerima insentif daripada pihak kerajaan sebanyak 15% daripada jumlah caruman tahunan sehingga jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun.
Temui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP untuk Khidmat Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan) secara PERCUMA di 52 cawangan KWSP seluruh negara.
Tetapkan tarikh, masa dan lokasi pilihan anda melalui Janji Temu Online hari ini !
Rancang janji temu anda dengan mudah dalam talian.
Melalui Janji Temu Online, anda boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk perkhidmatan yang disediakan
Antara kelebihan membuat simpanan melalui i-Saraan ini adalah seperti berikut:
Tiada had minima caruman bulanan (mengikut kemampuan sendiri), boleh mencarum pada bila – bila masa sahaja (sehingga maksima RM 60,000 setahun) dan berhak mendapat dividen tahunan mengikut jumlah terkumpul simpananPengecualian cukai sehingga RM 4000 Merupakan kemudahan persaraan bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap serta bekerja sendiriKhairat kematian sebanyak RM 2500 layak diterima oleh ahli keluarga pencarum sekiranya meninggal dunia (tertakluk kepada terma dan syarat)Mendapat insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum iaitu RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun (dari tahun 2018 hingga 2022 sahaja)
Syarat Kelayakan
Merupakan warganegara MalaysiaMerupakan ahli KWSP yang berdaftarBerumur bawah 55 tahunTelah membuat pilihan i-Saraan
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi pihak KWSP seperti pada pautan berikut;
https://www.br1m.info/skim-i-saraan-kwsp/
Baca juga:
1. Petua hilangkan kesan hitam celah ketiak, peha dan leher 2. Makan salad untuk diet sihatSelamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/09/i-saraan-caruman-sukarela-bagi-golongan.html