Suka Fesyen Diana Nasir Ajak Si Kembar Buat Tie Dye Shirt Sendiri Cantik Betul Hasilnya
Tahukah mama papa, aktiviti seni dapat membantu anak untuk meluahkan emosi mereka? Pendedahan kepada seni sejak anak masih kecil memberi kesan yang positif pada diri mereka. Anak-anak yang sedang membesar sukakan cabaran, penerokaan serta bertanya tentang sesuatu kepada orang yang lebih dewasa.
Ini adalah kerana mereka sedang melalui proses perkembangan dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial. Pada usia lebih kurang 3-6 tahun, perasaan ingin tahu dalam diri anak sangat tinggi dan mereka amat menggemari aktiviti seni berbentuk hands-on.
Artikel Menarik: [“Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya.” Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengar Anak Bercakap]
Apabila anak melakukan sesuatu aktiviti, mereka akan menjadi lebih aktif, berkeyakinan tinggi dan lebih cerdas. Bagus kan? Bila anak melakukan kerja seni, mereka akan banyak melakukan pemerhatian dan percubaan. Dengan itu, ia merangsang daya imaginasi dan kreativiti mereka.
Artikel Menarik: [Kagum Tengok Cara Hanis Tegur Alisa Bila Kata Manggis Tak Sedap. Lembut Tapi ‘Sampai’]
The Angguns Buat Tie Dye!
Salah satu aktiviti seni yang bagus adalah seperti yang dikongsikan oleh Diana Nasir ini. Melalui akaun Instagramnya, dia telah memuatnaik sebuah video anak kembarnya mewarna pakaian cara tie dye. Dapat dilihat keterujaan The Angguns semasa melakukan aktiviti tersebut. Diana memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk melakukan kerja mewarna.
Paling teruja bila lihat hasilnya. Di penghujung video, anak-anak kembar Diana mengenakan baju T yang mereka warnakan sendiri. Memang cantik dan berseni! Menurut Diana, anak-anaknya membuat kerja yang baik dan sempat pula berseloroh jangan pula si kembar ambil semua baju putih untuk diwarnakan.
Artikel Menarik: [Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi? Jom, Baca Untuk Ketahui!]
Jom, tengok hasil kerja seni Anggun Darleesa dan Anggun Darleena ini!
View this post on Instagram
A post shared by Lady D (@diananasir86)
Ketika anak sedang explore seni, janganlah berkira sangat dengan mereka. Biarkan mereka buat sepah atau jadi kotor. Itu semua dapat membentuk kreativiti dan kemahiran mereka. Anak juga akan lebih fokus dan paling bagus, mereka tidak akan BERMAIN GAJET! Jadi, biarkan anak bereksplorasi dan lakukan aktiviti seni selalu.
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Suka Fesyen, Diana Nasir Ajak Si Kembar Buat ‘Tie Dye Shirt’ Sendiri. Cantik Betul Hasilnya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/suka-fesyen-diana-nasir-ajak-si-kembar-buat-tie-dye-shirt-sendiri-cantik-betul-hasilnya/