I Really Need A Vacation And How About Bangkok



………Menguap je kerja nya
Aku taknak makanAku taknak shoppingAku taknak tengok movie
Aku nak bercuti
Menggigil je post bercuti lalu lalang di FB aku

Terbaru, aku macam jatuh cinta dengan Bangkok. Yeaa Bangkok. Ni akibat baca banyak sangat travelog orang sampai jatuh cinta dan terus rasa nak pujuk suami aku untuk book tiket dan hotel
Bangkok ni salah satu destinasi yang boleh korang datang untuk bercuti kat Thailand selain dari Krabi, Koh Samui, Hatyai dan Phuket. So kali ni aku nak share dengan korang apa yang korang boleh buat kat ibu negara Thailand ni. Ada banyak tempat bersejarah yang ada kat Bangkok ni.Tapi tapi tapi, sebelum apa-apa, pastikanlah cari hotel siap-siap. Aku ni memang sejenis manusia yang well-planned. Kalau kata nak travel bulan March, hujung bulan 12 haritu aku dah secure bilik hotel lagi-lagi kalau nak travel jauh atau luar negara. Jadi, korang kena buat Bangkok hotel booking dulu sebelum pergi. Kalau tak, kau menangis je lah tepi pintu lobi
Kat Bangkok, Grand Palace adalah lokasi bersejarah yang wajib korang singgahi walau sepadat mana pun waktu korang di sini. Istana yang dibina pada tahun 1782 ini pernah digunakan sebagai tempat tinggal keluarga diraja. Berkeluasan sekitar 214,000 kaki persegi, untuk melihat kesemua pelusuk kawasan istana ini mengambil masa lebih daripada satu jam. Bukan mudah nak dapat mendekati ruang istana kan? Alang-alang dah dapat masuk tu, teroka habis-habisan ya?Sumber: PinterestMajoriti penduduk Thailand menganut agama Buddha, jadi tak hairanlah kalau kat Thailand ini kaya dengan tokong-tokong dan lokasi patung Buddha. Yang menariknya tentang tempat-tempat macam ni adalah kerana usianya yang kadangkala boleh mencecah ratusan tahun, dengan keadaan yang masih well conserved. Salah satu tokong Buddha klasik ini adalah Wat Pho ataupun Tokong Buddha Berbaring. Kalau nak dibezakan dengan umur tokong yang lain, Wat Pho adalah yang paling tua di Bangkok. Tokong yang dibina oleh King Rama I ini juga merupakan universiti Thailand yang pertama di mana sesiapa yang nak belajar teknik urutan dan rawatan terapi yang lain boleh attend kelas-kelas yang diadakan kat sini. (Oh patutlah orang Thai pandai mengurut. Ada kelas rupanya)
Sathorn Unique Tower ini diberikan nama begitu kerana kondisi menara ini yang terbengkalai setelah 80 peratus siap akibat krisis ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997. Menara berketinggian 49 tingkat ini telah dibina di tengah-tengah bandaraya Bangkok. Bagi pelancong yang berjiwa ekstrem dan ingin menikmati pemandangan yang memuaskan pandangan mata sekitar Bangkok, tak salah untuk korang cuba menawan bangunan tinggi ini. Namun begitu korang perlu membayar beberapa Baht terlebih dahulu kepada pengawal yang menjaga menara ini. Aku? Memang tak teringin lah nak ke tempat tinggi ni. Gayat wehhh! Terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik kat Bangkok seperti Wat Pho, Wat Phra dan Grand Palace, Khao San Road pula dikatakan sebagai pusat berkumpulnya ramai kaki backpackers kat Thailand. Kat sinilah korang dapat jumpa ramai orang yang berjiwa traveler terutamanya dalam golongan mat-mat saleh. Antara yang terdapat kat sini adalah kafe, hotel bajet, kedai-kedai buku dan banyak lagi. Kat sini jugalah mungkin kau boleh jumpa jodoh kau. Eh~ Wat Arun ataupun digelar Temple of the Dawn ini telah wujud sejak zaman peperangan antara Siam dan Burma lagi. Dalam peperangan ini Siam telah dikalahkan, namun begitu mereka yang tidak gugur dalam peperangan menentang Burma termasuklah general angkatan perang, General Taksin, telah membina tokong ini. Kat sinilah juga raja Thailand kemudiannya mula membina istana. Tokong yang  berketinggian sekitar 79 meter ini terletak bersebalahan dengan Sungai Chao Phraya. Waktu yang paling menarik untuk melawati Wat Arun adalah sewaktu sebelum matahari terbenam kerana korang akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan matahari terbenam kat sebalik Sungai Chao Phraya.Sumber: GooglePada sekitar tahun 1950-an, East Asiatic Company telah membeli sebidang tanah kat sekitar sebuah tokong. Salah satu daripada perjanjian pembelian tersebut adalah untuk membuang sebuah patung Buddha yang dibuat daripada plaster yang terletak di tanah ini. Namun begitu, ketika patung ini cuba diangkat menggunakan kren, kabelnya putus kerana beratan patung ini yang agak luar biasa. Kerja-kerja pembuangan patung ini pun dibiarkan semalaman. Dikatakan pada waktu itu musim hujan sedang melanda Thailand, esok paginya, beberapa orang sami telah melalui kawasan patung Buddha ini dan terlihat kilauan cahaya daripada lapisan plaster patung ini. Lapisan ini kemudiannya dibuang mendedahkan sebuah patung Buddha yang berketinggian 3.5 m yang diperbuat daripada 5.5 ton emas asli, inilah dia Wat Traimit, sebuah tokong dengan patung Buddha emas yang tidak diketahui asal-usulnya walaupun setelah banyak kajian dilakukan. Sisa-sisa plaster patung ini juga turut dipamerkan di sini.Banyak lagi sebenarnya cerita Bangkok ni… Tapi cerita je mana best. Memang kena pergi sana~Kalau korang ada plan ke sini nanti aku nak try book Baiyoke Sky Hotel online sebab hotel ni salah satu hotel yang selesa sesuai dengan budget aku (personally) dan senang nak pergi ke mana mana. Lagipun aku kena consider Nuha dalam setiap langkah perjalanan aku. Sekarang ni dah tak boleh book hotel cabuk-cabuk. Kena yang proper sebab aku nak Nuha selesa. Aku tengok-tengok gambar hotel ni pun...Hm...Boleh tahan. Kau tunggu situ nanti aku datang!
Tunggu tau!Dhiya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2019/03/i-really-need-vacation-and-how-about.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I Need A Vacation

I Need A Vacation

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 290 hits
Lately aku lesu sangat Nak kata Nuha meragam tak pun Masa growth spurt dia awal bulan haritu lagi teruk meragamnya aku rasa Bila aku selidik selidik balik aku rasa aku tahu apa puncanya I need a vacationDah lama sebenarnya kami tak bercuti ...
Computer Worm What Is Computer Worm And How To Safe Guard Your System

Computer Worm What Is Computer Worm And How To Safe Guard Your System

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 318 hits
If you have been using a computer for some time now then you probably have heard about a computer worm This is a type of malware or malware software These worms have been around for a while now A computer worm is like a virus because it wil...
How Meditation Can Improve Your Travels

How Meditation Can Improve Your Travels

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 290 hits
By JUSTIN SABLICH from NYT Travel https ift tt 2VRjmZB
How The World S Billionaires Got So Rich

How The World S Billionaires Got So Rich

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 349 hits
Becoming a billionaire ain t easy The Three Comma Club only has 2 153 members but there are many ways the people who made the Forbes 2019 World s Billionaires list built their wealth from selling glass smartphone screens to Apple to growing...
How To Support Your Child In Learning English

How To Support Your Child In Learning English

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 423 hits
As parents we want to support our child s learning as much as we can In a multilingual society it is important that we help our children learn English as they grow and mature as they will be learning several languages all at once Here are s...
How To Start Your Own Successful Blog With Wordpress

How To Start Your Own Successful Blog With Wordpress

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 343 hits
Blogging with WordPress is highly recommended because firstly it is going to remain as popular as it is in the times to come and secondly users will be able to browse through hundreds of plugins and therefore enhance their blogs in any way ...
Discussion How I Annotate My Books

Discussion How I Annotate My Books

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 336 hits
I have been occasionally posted a photo of my books on my insta story in my personal Instagram account So one day I received DM ed from a few friends in my personal Instagram account asked me what are the sticky notes for and why do you tab...
How To Find Chinese Character Stroke Order Using Yellow Bridge

How To Find Chinese Character Stroke Order Using Yellow Bridge

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 675 hits
One of the challenging things parents have to do is trying to teach their children a language which they themselves have no knowledge of This is even more so for Chinese Mandarin Learning Mandarin is like no other language There are all tho...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias