I Ll Never Disrespect Him Norza Akui Miscommunication Punca Konflik Antara Bam Dan Misbun


Norza Zakaria akan meletakkan jawatan presiden BAM hujung tahun ini, lebih awal daripada yang diumumkannya sebelum ini. (Gambar Bernama) klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


BAM mohon maaf, pujuk Misbun kembali Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Dr Norza Mohamad Zakaria pada sidang media di Bukit Kiara. (Foto ©NSTP/FATHIL ASRI) “KEPUTUSAN ‘merehatkan’ Datuk Misbun Sidek adalah sama pada hari saya meletakkan jawatan sebagai Presiden BAM. In fact, saya akan mempercepatkan lagi tempoh perletakan jawatan saya by end of this year”.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata demikian dalam sidang media pada Rabu bagi menjelaskan situasi sebenar mengenai pemecatan Misbun sebagai bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Malah beliau juga mendedahkan bahawa ‘miscommunication’ menjadi punca konflik yang berlaku antara persatuan itu dengan Misbun . Norza hormati Misbun sebagai seorang legenda. (Foto ©flashsukan.com.my) Jelas Norza, hubungan beliau dengan Misbun adalah sangat baik.

“Pertama kali, saya nak nyatakan bahawa kita (BAM) mendengar apa keluhan daripada Misbun dan tidak menafikan bahawa beliau banyak berjasa dalam badminton negara.

“Hubungan saya dan Datuk Misbun Sidek sangat istimewa dan saya takkan ‘disrespect’ beliau kerana beliau adalah seorang legend,” jelasnya.



Mengulas lanjut mengenai isu yang berlaku, Norza menyatakan semuanya bermula pada akhir tahun 2022 sewaktu World Championship di Sepanyol yang mana beliau telah ditekan oleh Ahli Majlis berikutan tidak memperoleh pencapaian yang ditetapkan di bawah kendalian Misbun.

Namun begitu, beliau tetap memberikan kepercayaan kepada Misbun untuk membawa atlet remaja ke peringkat yang lebih tinggi dan prestasi tidak memberangsangkan berlaku sehingga di Asia World Championship.



“Proses menamatkan perkhidmatan Datuk Misbun adalah daripada Task Force dan dimaklumkan kepada saya bahawa beliau telah menerima keputusan itu.

“Datuk Misbun call saya pada 26 Julai dan ucapannya seperti yang dikatakan oleh Datuk Subramaniam kepada saya di mana beliau menerima keputusan BAM.

“Kalau ketika itu Datuk Misbun katakan dia tak setuju, saya akan terus jumpa dia. I’ll never disrespect him,” ujar Norza. Lee Chong Wei mengharapkan konflik ini segera selesai. (Foto ©FlashSukan) Dalam pada itu, bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wee menegaskan tidak berpihak kepada mana-mana pihak sebaliknya beliau percaya dengan keputusan yang dilakukan oleh pihak BAM demi kebaikan atlet-atlet dibawah persatuan itu.

“Saya tidak memihak kepada siapa-siapa kerana saya bekas atlet. Tetapi BAM akan buat yang terbaik untuk atlet kita. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin,” katanya.



Sebelum ini, BAM membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Misbun atas persetujuan bersama membuat persetujuan bersama Misbun berikutan prestasi buruk skuad badminton negara di Kejohanan Remaja Asia.

Namun begitu, kenyataan tersebut disangkal oleh Misbun dan menegaskan beliau diberhentikan tanpa ‘mutual understanding’ seprti yang di maklumkan sebelum ini.

Tidak mahu isu ini berpanjangan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan untuk berdamai dengan Datuk Misbun Sidek dan memohon maaf kepada legenda badminton negara itu di atas kemelut yang tercetus sejak lima hari lalu.

Tampil untuk menjernihkan keadaan, Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, apa yang tercetus ketika ini adalah kerana masalah komunikasi dan tampil membuat keputusan dengan menyediakan dua tawaran kepada Misbun.

Norza dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini berkata, tawaran itu adalah untuk memberikan Misbun kuasa kembali mengendalikan skuad perseorangan remaja sehingga kontraknya tamat hujung tahun ini untuk dia memimpin skuad remaja negara ke Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat dari 25 September hingga 8 Oktober 2023 .

Sekiranya beliau menolak tawaran pertama, Misbun boleh bertemu dengan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

Tegas Norza, beliau tidak mahu adanya pihak yang teraniaya atau dipinggirkan kerana beliau hanya mahu yang terbaik untuk persatuan.

"Ini adalah keputusan yang saya buat sendiri dan melangkaui keputusan ahli jawatankuasa tugas khas dan mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ahli majlis.

"Saya rasakan bahawa mesti ada satu penyelesaian kepada semua kemelut ini.

"Bagi saya hubungan saya dengan Misbun ini sangat istimewa. Sampaikan banyak keputusan yang dia buat (Misbun) mendapat restu dari saya," katanya.

Norza berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BAM dia atas segala yang tercetus membabitkan kedua-dua belah pihak.

"Saya dimaklumkan sebelum ini oleh Datuk Subramaniam (Timbalan Presiden BAM) bahawa Misbun terima dan jika Misbun tak bersetuju saya akan jumpa dengan dia (Misbun) sebab kami ada hubungan istimewa.

"Saya tidak pernah tidak menghormatinya. Tapi ini masalah komunikasi. Kita satu keluarga yang besar dan kita tidak seharusnya berbalah dan menjadi musuh disebabkan perkara seperti ini," katanya.

Isu perselisihan antara BAM dan Misbun bermula apabila kontrak Misbun yang sepatutnya tamat Disember ini ditamatkan lebih awal dengan BAM memaklumkan bahawa ia adalah persetujuan bersama.

Misbun kemudiannya tampil membuat kenyataan bahawa dia tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh BAM itu dan mendakwa perpisahannya dengan BAM bukanlah atas persetujuan bersama seperti yang diumumkan oleh badan induk itu sebelum ini.

Sebaliknya, bekas Pengarah Pembangunan Remaja negara berusia 63 tahun itu berkata, keputusan berhubung perkara berkenaan sudah dirancang tanpa sebarang perbincangan dengan dirinya atau dipanggil untuk membela diri.

Malah, Misbun berkata dia adalah mangsa atas kegagalan keseluruhan skuad remaja negara di Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, dua minggu lalu ketika beliau hanya bertanggungjawab ke atas pemain perseorangan.

SOURCE: FlashSukan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2023/08/ill-never-disrespect-him-norza-akui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Jawatan Presiden Bam Norza Kata Tiada Kaitan Kemelut Misbun

Letak Jawatan Presiden Bam Norza Kata Tiada Kaitan Kemelut Misbun

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 301 hits
Norza Zakaria akan meletakkan jawatan presiden BAM hujung tahun ini lebih awal daripada yang diumumkannya sebelum ini KUALA LUMPUR Presiden Persatuan Badminton Malaysia Norza Zakaria membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk mele...
I M Proud Of Misbun Sidek Even If Bam Isn T

I M Proud Of Misbun Sidek Even If Bam Isn T

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 170 hits
The Misbun Sidek controversy erupted a week ago and I had actually wanted to pen a piece here joining our sacked badminton coach in smashing the Badminton Association of Malaysia I thought it was just not right for BAM to treat their coach ...
Bam President Norza To Step Down By Year End

Bam President Norza To Step Down By Year End

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 180 hits
BAM president Norza Zakaria said his decision to step down was not related to the controversy involving the national body and former Academy Badminton Malaysia junior singles coaching director Misbun Sidek PETALING JAYA Badminton Associatio...
Bam U Turn Selepas Misbun Bersuara

Bam U Turn Selepas Misbun Bersuara

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 316 hits
Presiden BAM Norza Zakaria berkata tawaran dibuat kepada Misbun Sidek membolehkannya membimbing pemain remaja ke Kejohanan Remaja Dunia 2023 di Spokane Washington dari 25 Sept hingga 8 Okt KUALA LUMPUR Persatuan Badminton Malaysia membuat p...
Bam Mohon Maaf Pujuk Misbun Kembali

Bam Mohon Maaf Pujuk Misbun Kembali

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 235 hits
Aida Adilah Mataida adilah hmetro com myKuala Lumpur Tidak mahu isu ini berpanjangan Persatuan Badminton Malaysia mengambil keputusan untuk berdamai dengan Datuk Misbun Sidek dan memohon maaf kepada legenda badminton negara itu di atas keme...
Misbun Dedah Punca Ditamat Kontrak

Misbun Dedah Punca Ditamat Kontrak

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 256 hits
AHMAD SYAHIR KASSIMBEKAS Pengarah Pembangunan Remaja Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia Datuk Misbun Sidek meluahkan rasa terkilan dan kecewa kerana penamatan kontraknya dibuat tanpa persetujuan bersama Jurulatih berpengalaman itu me...
Wakil Rakyat Pan Antara Ditahan Menagih Syabu

Wakil Rakyat Pan Antara Ditahan Menagih Syabu

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 233 hits
BHonlineMAKASSAR SULAWESI SELATAN Dua anggota majlis perwakilan tempatan daerah Sinjai ditahan ketika cuba mengambil dadah kristal methamphetamine atau syabu di sebuah hotel di bandar Makassar akhir bulan lalu Pengarah Bahagian Narkotik Sul...
Tahun Cinta Ini Antara Selebriti Terpalit Khabar Angin Atau Sah Bercinta Pada 2023

Tahun Cinta Ini Antara Selebriti Terpalit Khabar Angin Atau Sah Bercinta Pada 2023

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 226 hits
Nampaknya 2023 ini merupakan tahun percintaan buat ramai selebriti Korea ARTIKEL BERKAITAN Pada tahun ini ada banyak pengumumuman atau khabar angin mengenai hubungan percintaan dan perkahwinan yang melibatkan ramai selebriti popular Korea S...
Hiburan Individu Dakwa Ebit Lew Punca Jadi Gelandangan Ini Respon Caprice Kena Belajar Dari Mondy

Hiburan Individu Dakwa Ebit Lew Punca Jadi Gelandangan Ini Respon Caprice Kena Belajar Dari Mondy

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 174 hits
Terdahulu seorang wanita telah mendakwa pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew telah menghentikan bayaran sewa rumah yang dibantunya sebelum ini Menurut wanita itu Ebit sering lewat membayar sewa rumah sehingga keluarganya dihalau oleh tuan rumah t...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense