Bam U Turn Selepas Misbun Bersuara


 
Presiden BAM Norza Zakaria berkata tawaran dibuat kepada Misbun Sidek membolehkannya membimbing pemain remaja ke Kejohanan Remaja Dunia 2023 di Spokane, Washington dari 25 Sept hingga 8 Okt.KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat “pusingan-U” dengan memberikan tawaran kepada Misbun Sidek menghabiskan kontrak sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) hingga hujung tahun ini.
Presiden BAM, Norza Zakaria, yang melangkaui keputusan dibuat jawatankuasa khas baru-baru ini, berkata tawaran dibuat kepada Misbun itu membolehkannya membimbing pemain remaja ke Kejohanan Remaja Dunia 2023 di Spokane, Washington dari 25 Sept hingga 8 Okt ini.
Sehubungan itu, beliau yang tampil untuk menjernihkan keadaan, meminta maaf bagi pihak BAM kepada Misbun dan menyatakan isu tersebut timbul susulan masalah komunikasi antara kedua-dua pihak sebelum ini.
“Untuk tawaran kembali jawatan Misbun dan jika beliau tidak berminat, boleh jumpa kita dan jawatankuasa khas bersedia bertemunya bagi menyelesaikan secara baik supaya kita tidak mahu ada masalah selain enggan ada pihak rasa teraniaya dan dipinggirkan,” katanya pada sidang media.
Norza berkata, beliau sebenarnya dimaklumkan oleh Timbalan Presiden BAM, V Subramaniam, yang mengetuai jawatankuasa khas bagi menyiasat kegagalan di Kejohanan Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia, bulan lalu, bahawa Misbun menerima keputusan untuk ditamatkan kontrak lebih awal.
Sekiranya Misbun tidak bersetuju dengan keputusan itu, Norza berkata beliau akan berjumpa dengan bekas pemain negara tersebut bagi meleraikan permasalahan yang timbul.
“Jika ketika itu Misbun tidak setuju, saya akan pergi jumpa sebab saya ada hubungan istimewa dengannya. Saya tidak pernah tidak menghormatinya…saya mahu minta maaf bagi pihak BAM kerana kita adalah satu keluarga besar dan pernlu ada musuh dalam usaha selesaikan perkara ini,” katanya.
Sumbangan besar
Menyorot kembali hubungan istimewanya dengan Misbun sebelum ini, Norza berkata beliau sememangya amat menghormati jurulatih berusia 63 tahun itu susulan sumbangan besarnya dalam sukan badminton tanah air sebelum ini.
Ads by KioskedBeliau berkata, sebaik memegang jawatan presiden BAM pada 2017, beliau yang ketika itu kurang pengalaman dalam badminton, menyatakan hasrat kepada ahli majlis BAM untuk mengambil semula khidmat Misbun yang meninggalkan badan induk sukan tersebut pada 2011.
“Hala tuju saya ketika itu sebagai presiden adalah memandangkan saya berada dalam era akhir Lee Chong Wei, saya tertanya-tanya siapa selepasnya. Saya beritahu Chong Wei boleh tak kenalkan dengan Misbun kerana beliau pernah lahirkan Chong Wei dan Roslin Hashim,” katanya
Sebelum ini, biarpun gagal membimbing pemain remaja mencatat kejayaan membanggakan pada Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol, Norza berkata beliau mahu Misbun terus diberi kepercayaan bagi membimbing skuad negara bagi menghadapi saingan Kejohanan Remaja Asia 2023.
Bagaimanapun, beliau berkata selepas skuad remaja gagal menyerlah di Yogyakarta, jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat punca kegagalan tersebut sehingga membawa kepada keputusan mereka menamatkan hubungan dengan BAM.
Oktober lalu, Malaysia gagal ke suku akhir Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol dan menamatkan acara berpasukan campuran di tangga kesembilan menumpaskan Denmark, 4-1 dan lebih menyedihkan apabila buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan layak ke suku akhir bagi saingan perseorangan.
Skuad remaja negara menampilkan persembahan hambar di Yogyakarta apabila mereka tumpas kepada juara bertahan, Thailand, 0-3, di peringkat suku akhir acara berpasukan campuran manakala tiada seorang pun wakil layak ke separuh akhir bagi saingan perseorangan.
Jumaat lalu, Subramaniam pada sidang media memaklumkan mereka dan Misbun bersetuju secara bersama untuk berpisah.
Namun, Misbun pada Isnin lalu sebaliknya mendakwa keputusan itu bercanggah dengan apa dimaklumkan kepada media dan memberitahu beliau sebenarnya diberhentikan selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas bagi membentangkan “post mortem” kegagalan skuad remaja di Yogyakarta.- FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/not-true-lau-says-of-claim-he-was_2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I M Proud Of Misbun Sidek Even If Bam Isn T

I M Proud Of Misbun Sidek Even If Bam Isn T

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 212 hits
The Misbun Sidek controversy erupted a week ago and I had actually wanted to pen a piece here joining our sacked badminton coach in smashing the Badminton Association of Malaysia I thought it was just not right for BAM to treat their coach ...
I Ll Never Disrespect Him Norza Akui Miscommunication Punca Konflik Antara Bam Dan Misbun

I Ll Never Disrespect Him Norza Akui Miscommunication Punca Konflik Antara Bam Dan Misbun

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 216 hits
Norza Zakaria akan meletakkan jawatan presiden BAM hujung tahun ini lebih awal daripada yang diumumkannya sebelum ini BAM mohon maaf pujuk Misbun kembali Presiden Persatuan Badminton Malaysia Tan Sri Dr Norza Mohamad Zakaria pada sidang med...
Letak Jawatan Presiden Bam Norza Kata Tiada Kaitan Kemelut Misbun

Letak Jawatan Presiden Bam Norza Kata Tiada Kaitan Kemelut Misbun

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 439 hits
Norza Zakaria akan meletakkan jawatan presiden BAM hujung tahun ini lebih awal daripada yang diumumkannya sebelum ini KUALA LUMPUR Presiden Persatuan Badminton Malaysia Norza Zakaria membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk mele...
Bam Mohon Maaf Pujuk Misbun Kembali

Bam Mohon Maaf Pujuk Misbun Kembali

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 290 hits
Aida Adilah Mataida adilah hmetro com myKuala Lumpur Tidak mahu isu ini berpanjangan Persatuan Badminton Malaysia mengambil keputusan untuk berdamai dengan Datuk Misbun Sidek dan memohon maaf kepada legenda badminton negara itu di atas keme...
Ini Kejutan Dilakukan Shaheizy Sam Buat Bell Ngasri Selepas Menang Bintang Popular Abpbh

Ini Kejutan Dilakukan Shaheizy Sam Buat Bell Ngasri Selepas Menang Bintang Popular Abpbh

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 296 hits
Penyandang gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH sebanyak tiga kali Shaheizy Sam bangga sahabatnya Bell Ngasri merangkul trofi sama hasil perih jerihnya lebih tiga dekad dalam dunia seni
Apa Saya Buat Pada Awak Park Boyoung Akui Menangis Selepas Terima Komen Jahat

Apa Saya Buat Pada Awak Park Boyoung Akui Menangis Selepas Terima Komen Jahat

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 397 hits
Seorang selebriti pastinya tidak akan lari dari menerima kritikan dari orang ramai ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Park Bo young telah tampil dalam program Lee Young ji di YouTube No Prepare di mana pelakon itu ada mengulas mengenai komen j...
Pernah Popular Dengan Kumpulan Rap Terkenal Toophat Ini Keadaan Terkini Malique Dan Keluarga Selepas Lama Menyepi

Pernah Popular Dengan Kumpulan Rap Terkenal Toophat Ini Keadaan Terkini Malique Dan Keluarga Selepas Lama Menyepi

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 486 hits
Pernah popular dengan kumpulan Rap terkenal TooPhat Ini keadaan terkini Malique dan keluarga selepas lama menyepi Kehilangannya di dalam industri hiburan ternyata masih menjadi tanda tanya peminat sehingga ke hari ini Manakan tidak kelibat ...
Gagal Saingi Running Man Program Dihoskan Joo Woojae Ditamatkan Siaran Selepas Sebulan

Gagal Saingi Running Man Program Dihoskan Joo Woojae Ditamatkan Siaran Selepas Sebulan

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 306 hits
Bukan senang program hiburan Korea mampu bertahan dalam pasaran yang kian mampat kini ARTIKEL BERKAITAN Menurut MBC program akan menamatkan tayangan pada 30 Julai ini selepas hanya sebulan bersiaran dengan 8 episod tayangan Malah ianya dita...
Wujudkan Menu Rahmah Salahuddin Ayub Meninggal Dunia Selepas Pembedahan Otak

Wujudkan Menu Rahmah Salahuddin Ayub Meninggal Dunia Selepas Pembedahan Otak

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 342 hits
Terbaru rakyat Malaysia menerima satu khabar berita sedih mengenai permegian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub pada jam 9 23 malam tadi Berita permegian arwah disahkan sendiri oleh anak perempuannya Fatihah...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord