I Lestari Kwsp Semakan Status Pengeluaran Jadual Pembayaran
i-LESTARI KWSP:SEMAKAN STATUS PENGELUARAN & JADUAL PEMBAYARAN
Sudah menjadi rutin bulanan kepada ahli KWSP, untuk membuat SEMAKAN STATUS PENGELUARAN & JADUAL PEMBAYARAN 2020 i-LESTARI KWSP bagi memudahkan urusan ahli menguruskan kewangan mereka.
Disini, kami ingin fokuskan dua perkara utama yang perlu anda tahu dan buat berkaitan urusan i-Lestari :
1)SEMAKAN STATUS PENGELUARAN i-LESTARI
2)SEMAKAN JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI
CARA BUAT SEMAKAN STATUS PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
Semakan iLestari KWSP boleh dibuat secara online di portal rasmi KWSP.
KWSP baru sahaja melancarkan portal rasmi iLestari bagi memudahkan urusan permohonan baru / semakan status permohonan.
Untuk semakan status permohonan i-Lestari, sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my
Kepada ahli yang sudah mendaftar, anda boleh log in dan membuat semakan i-Lestari secara atas talian
Pergi ke laman i-Lestari kwsp.
Sila pilih withdrawl/pengeluaran
Sila pilih withdrawl history
CARA BUAT SEMAKAN JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI
Anda boleh rujuk jadual dibawah untuk membuat semakan jadual pembayaran untuk bulan OGOS dan bulan seterusnya.
KWSP baru sahaja melancarkan portal rasmi iLestari bagi memudahkan urusan permohonan baru / semakan status permohonan.
Info lanjut sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my
Untuk tutorial cara memohon pengeluaran secara online, boleh rujuk tutorial ini.
SENARAI MASALAH SEMASA PENGELUARAN i-LESTARI
Nombor akaun tidak aktif yang diberikan tidak lagi aktif
Menggunakan akaun pihak ketiga seperti menggunakan nombor akaun pasangan,ahli keluarga atau kawan
Salah bagi nombor akaun bank semasa mengisi pengeluaran i-Lestari
CARA MENYELESAIKAN MASALAH SEMASA PENGELUARAN i-LESTARI
Jika ada masalah berkaitan nombor akaun bank, sila rujuk disini
Jika ada masalah berkaitan CEK JURUWANG KWSP,sila rujuk disini
SOALAN LAZIM
Seperti dimaklumkan Perdana Menteri, ahli boleh memohon pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020.
Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum).
Namun ianya bergantung juga baki jumlah simpanan akaun 2 ahli.
Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.
Pengeluaran hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun sahaja iaitu dari April 2020 hingga Mac 2021.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel
[email protected]
KWSP HOTLINE : 03-8922-4848
ENQUIRY KWSP.
HP : 03-8922-6000
FAKS : 03-8922-6222
The post i-LESTARI KWSP:SEMAKAN STATUS PENGELUARAN & JADUAL PEMBAYARAN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/i-lestari-kwsp-semakan-status-pengeluaran-jadual-pembayaran.html