I Gave Birth Part I



Bismillah

5 September 2019 yakni hari ini sepatutnya merupakan dua date aku untuk bersalin anak pertama. 
However, Allah knows better, I gave birth 19 days earlier. Yeapp! 
Cerita dia macam ni. 
14 Ogos yang lalu, aku pergi check up macam biasa kat klinik kesihatan dan waktu tu agak teruja sebab doktor akan scan untuk tengok keadaan baby since kandungan aku dah masuk 36 minggu. Tunggu punya tunggu, sampai lah giliran aku jumpa doktor. 
Lepas dah scan semua, alhamdulillah baby is growing well cuma doktor cakap kedudukan anak aku masih breech presentation which means kepala bayi kat atas dan punggung dia kat bawah. Masa tu, aku masih tenang sebab doktor kata ada satu cara yang boleh diikhtiarkan iaitu External Cephalic Version atau lebih ringkasnya orang panggil ECV. 
Sebelum tu, doktor dah explain siap-siap, ECV ni selamat untuk dibuat sekiranya bayi dalam kandungan tiada komplikasi yang boleh memudaratkan bayi itu sendiri ataupun ibu. Walau bagaimanapun, tetap ada risiko yang perlu dipertimbangkan sebelum pesakit bersetuju untuk teruskan prosedur ni. 
Kalau pernah dengar orang-orang dulu cakap fasal nak jumpa bidan kampung nak pusing bayi yang duduk songsang dalam perut, haa lebih kurang macam tu la. Cuma ECV ni prosedur yang kita buat dengan doktor perubatan yang bertauliah serta adanya fasiliti perubatan yang lengkap just in case perlukan pembedahan kecemasan, kiranya nyawa ibu dan anak tu terjamin keselamatannya, Inshaallah

Ha, waktu ni aku dah start bergenang airmata tapi pada masa yang sama duk minta Allah salurkan ketabahan dan redha untuk ujian kecil yang Dia bagi kat aku ni. Setelah mengambil kira pro dan kontra tentang prosedur ECV ni, aku pun bersetuju untuk cuba. Maka, doktor kat klinik kesihatan tu pun aturkan temujanji aku dengan doktor pakar O&G di Hospital Kuala Krai. 
Balik dari klinik, suami aku call dan aku pun beritahu fasal ECV ni. So, suami aku decide untuk balik dan teman aku jumpa doktor pakar pada hari temujanji tu. 
Empat hari kemudian, 18 Ogos 2019 tepat jam 8 pagi, aku ditemani mak dan suami aku jadi orang yang paling awal sampai kat Klinik Pakar O&G Hospital Kuala Krai. Aku dah kena puasa siap-siap dari jam 1 pagi malam sebelumnya just in case perlu buat emergency surgery. 
Tunggu punya tunggu, jam 9 lebih aku dipanggil masuk. Alhamdulillah, suami aku dibenarkan untuk masuk menemani aku untuk prosedur ECV. Masuk ja, macam biasa aku kena baring dan doktor akan scan tengok keadaan bayi dalam kandungan dulu samada boleh teruskan dengan ECV ataupun tidak. 
Allah punya kuasa, kita merancang.. Tapi kena yakin yang perancangan Dia lebih baik dan Dia Lebih Tahu atas setiap sesuatu yang Dia rancangkan untuk kita. Lepas dah scan, doktor cakap sepatutnya jumlah air ketuban aku perlu paras 8 hingga 10 tapi bila scan masa tu berkurang dan rendah sangat cuma ada 4 dan bayi dalam kandungan aku terbelit tali pusat. Jadi, ECV adalah mustahil untuk dilakukan dalam situasi berkenaan. 
Kemudian, doktor cakap cara terbaik ialah dengan emergency C-section since aku pun dah standby puasa dari jam 1 pagi. Waktu tu, aku dah sebak dan memang harapkan kekuatan dari Allah ja untuk aku melepasi fasa tu dengan tenang dan waras. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab suami dan mak aku ada di sisi aku dalam situasi macam ni

Serius, sangat-sangat bersyukur. 
Jadi, aku perlu masuk wad untuk tunggu giliran ditolak masuk ke dewan bedah. 
Jam 12 lebih, nurse dah tukar baju wad aku ke baju untuk pembedahan dan aku pun bersedia untuk ditolak masuk ke dewan bedah. Airmata memang tak berhenti mengalir bukan sebab sedih, tapi sebab terharu dengan effort suami dan mak aku yang tak putus bagi kata semangat untuk tenangkan aku

Sebelum masuk dewan bedah, aku sempat minta ampun dengan suami aku. Minta dihalalkan makan minum, perbuatan yang terlebih terkurang. Minta dia redha dengan pembedahan aku. Minta doa dia supaya pembedahan lancar, moga aku dan anak kami selamat dan sihat

Waktu dalam dewan bedah, aku diletakkan dalam ruangan menunggu supaya nurse dan doktor boleh monitor keadaan aku sebelum mulakan pembedahan. Sedang elok lepas azan zohor, aku betul-betul ditolak masuk ke dewan bedah. 
Perasaan waktu tu, Allah ja yang tahu. First time kot masuk dewan bedah. Dinding putih sekeliling aku. Yang aku nampak cuma lampu dewan bedah betul-betul atas aku dan skrin yang monitor tekanan darah dan jantung aku kat sebelah aku

Doktor minta izin untuk bius aku separuh dan cucuk ubat bius dekat tulang belakang aku. Rasa sakit sikit tapi masih bearable. Alhamdulillah, syukur Allah bagi kekuatan. Lepas tu, aku dah tak rasa apa dah dari bahagian pinggang sampai ke kaki tapi aku masih sedar dan tahu apa yang sedang berlaku. Alhamdulillah, tahu-tahu ja, aku dengar salah seorang pembantu dewan bedah azan bila doktor bedah keluarkan anak dari perut aku

Risau dan berdebar pada mulanya sebab aku belum dengar tangisan anak aku. Dalam 5 minit lepas tu baru aku dengar suara tangisan dia. Tu pun sayup-sayup ja, Allahu. Aku tak berhenti ucap syukur kat Allah. 
Tepat jam 2.02 petang, aku selamat bersalin anak lelaki seberat 3.31kg. 
Beberapa minit lepas tu, doktor kendong anak aku dan tunjuk pada aku kemudian minta aku justify jantina anak dan suruh aku kucup anak aku

Aku anggarkan dalam 5 hingga 10 saat macam tu ja aku dapat tengok dan kucup anak aku sebab anak aku terpaksa dimasukkan ke NICU sebab pernafasan dia laju. Jadi, doktor nak support dia dengan oksigen dan kena monitor keadaan dia dulu sampai lah kembali stabil

Syukur alhamdulillah, walaupun aku belum dapat pegang anak aku lagi, tapi aku lega bila daddy dia boleh ikut masuk tengok dia kat NICU. Daddy dia sempat azan dan iqamatkan dia. Syukur alhamdulillah, we have been blessed with such a strong son. 


Okay, aku stop sini dulu. Bab selepas keluar dari dewan bedah, aku sambung dalam next entri. Inshaallah. 
Bye






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://yuyuatiqa.blogspot.com/2019/09/i-gave-birth-part-i.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Celebrity Legs And Feet In Tights 5th Anniversary Spectacular Part Two A Rainbow Of Pantyhose

The Celebrity Legs And Feet In Tights 5th Anniversary Spectacular Part Two A Rainbow Of Pantyhose

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 373 hits
There will be a new post tonight Anniversary week continues with this collection of celebs in red orange yellow green blue and purple pantyhose In order of appearance and tights colorRed Heather Thomas Karlie Kloss Sabrina Carpenter Karen G...
Travelog Usa 2019 Part 21 Los Angeles Taipei Kuala Lumpur

Travelog Usa 2019 Part 21 Los Angeles Taipei Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 406 hits
Hard Rock Cafe Los Angeles Assalamualaikum Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab Insya Allah Ini adalah sa...
Top 10 Scary Homes You Should Never Move Into Part 2

Top 10 Scary Homes You Should Never Move Into Part 2

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 209 hits
Download 5KPlayer and get 4K Video Converter for Free http bit ly 5kplayeren Play 4K HEVC videos music and streaming video hassle free Top 10 Scary Homes You Should Never Move Into Part 2 Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i
Top 10 Places Scarier Than Area 51 Part 3

Top 10 Places Scarier Than Area 51 Part 3

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 206 hits
Top 10 Places Scarier Than Area 51 Part 3 Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i Become A Most Amazing Top 10 Member https bit ly 2OgwCmN Watch The Previous Part Here https www youtube com watch v 946RLJy9TyQ Hello and welco
Travelogue Thailand Part Iii Restoran Halal Di Bangkok Soi 17 1 Sedap Lagi Murah

Travelogue Thailand Part Iii Restoran Halal Di Bangkok Soi 17 1 Sedap Lagi Murah

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 573 hits
Travelogue Thailand Part III Restoran Halal di Bangkok Soi 17 1 Sedap Lagi Murah Allhamdulillah tiba di Bansomdejchaopraya Rajabhat University dengan kepenatan seharian travel dari pagi sehingga 6 30 petang baharu tiba di Bansomdejchaopraya...
Citylink Haprak Part 2

Citylink Haprak Part 2

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 340 hits
AssalamualaikumKisah ni panjang Sebab tu aku buat part by part Ok balik kepada cerita semalam Aku terus pm Citylink Panjang lebar jugak aku membebel kat situ Mesej aku dengan seller shopee belum berbalas Lagilah aku panas Tengoklah hasil ke...
Kau Bukan Jodoh Aku Part 2

Kau Bukan Jodoh Aku Part 2

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 421 hits
Assalamualaikum Ini adalah sambungan daripada entry Dalam entry sebelum ni aku ada cerita sedikit macam mana aku ada crush since sekolah menengah Selain tu aku ada cerita jugak aku mimpi something and dari mimpi tu inilah entry sambungan ny...
Pengalaman Pakai Purdah Dan Niqab Part 3

Pengalaman Pakai Purdah Dan Niqab Part 3

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 2187 hits
Assalamualaikum semua Ok ini adalah entry sambungan daripada Klik link tu untuk baca okayh Sebelum ni aku dah cerita apa pandangan orang semua kan So harini nak share pasal cabaran nak dapatkan niqab plak Dalam entry ni jugak aku akan share...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke