Hutang Kad Kredit Punca Aku Tiada Duit Simpanan


Hi. Hutang kad kredit punca aku tiada duit simpanan, dan ini adalah berdasarkan cerita benar tau, bukan rekaan semata-mata. Apabila dikenang-kenang, aku cuma mampu senyum sendirian. Semuanya disebabkan dengan kebodohan diri sendiri yang rakus guna kad kredit, lepas tu bayarnya asyik minimum payment sahaja


Hutang Kad Kredit Punca Aku Tiada Duit Simpanan

Korang yang baru mula bekerjaya, korang bacalah cerita aku tentang kad kredit. Tahun 2006-2007 rasanya yang aku terjebak dengan penggunaan kad kredit. Dengan gaji aku waktu itu, nak apply kad kredit memang senang. Bukan satu bank, dua hingga tiga bank pun boleh apply dengan mudah

Aku ada 4 kad kredit dari 2 bank, setiap bank dapatlah masing-masing Visa dan Mastercard. Lepas tu, mulalah tidak sedar diri berbelanja macam orang have-have, padahal aku bukan gaji besar mana pun. Sehingga akhirnya jumlah semua hutang kad kredit aku mencecah sehingga RM5K! Ni cerita sekitar 20 tahun yang lalu, RM5K tu besar jumlahnya bagi aku

Tapi, aku tekad sangat-sangat waktu tu nak habiskan bayaran semua dalam setahun, janji tiada hutang. Wei, boleh gila aku rasa berhutang dengan bank ni. Kau lambat bayar, berjela-jela surat peringatan dan panggilan telefon dari bank. Stress aku

Dahlah aku ni banyak komitmen lain kena settlekan juga, so mahu tak mahu aku kena korbankan duit yang aku dah letak tepi untuk dijadikan duit simpanan semata-mata untuk bayar hutang kad kredit aku

Sebab inilah gara-gara hutang kad kredit punca aku tiada duit simpanan. Pengajaran sangat bagi aku. Jadi, korang yang baru nak bekerjaya, atau sudah terjebak dengan hutang piutang ni, ambillah ikhtibar. Hidup tidak aman dengan hutang yang tidak perlu sebegini, tapi end up jadi komitmen kau setiap bulan kena bayar

Baca perkongsian aku >>> Tips Langsai Kad Kredit RM5K Dalam Masa Setahun 
Lepas sudah langsaikan kad kredit, barulah aku kayuh perlahan-lahan untuk menyimpan semula. Dan kemudian, beberapa tahun selepas itu, aku berhenti kerja dan memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa untuk membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga

Contoh Simpan Duit Gaji di ASB, 15 Tahun Boleh Cashout RM50K !!!
Untuk korang yang bekerja, tolong sediakan tabung simpanan dan tabung kecemasan. Tabung-tabung sebegini sangat penting untuk kegunaan pada waktu memerlukan

Untuk tabung simpanan tu, korang ada banyak pilihan tempat untuk menabung duit. Paling biasa mestilah di ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Simpanan Emas, Matawang Asing dan sebagainya

Katakan korang nak menyimpan dekat ASB (ini untuk jangkamasa yang panjang), untuk permulaan korang baru start bekerjaya, 
Tahun pertama hingga tahun ke-5 bekerja, target korang simpan RM200 sebulanTahun ke-6 hingga ke-10, target korang simpan RM250 sebulanTahun ke-11 hingga tahun ke-15, target korang simpan RM300 sebulan

Dalam ASB korang sebelum ni ada RM2500, jadi selepas 15 tahun berapa korang akan dapat? Kita ambil kira dua hal. Pertama, duit simpanan tidak pernah dikeluarkan. Kedua, kita tetapkan dividen setahun ASB 4.5% (rasanya ini nilai dividen paling rendah yang pernah diberikan oleh ASB kan?).Aku guna bantuan Compound Savings Calculator  untuk tengok savings goals menyimpan di ASB ni , mari kita tengok jumlah wang yang korang akan dapat selama 15 tahun menyimpan

1- Tahun pertama hingga tahun ke-5


Permulaan simpanan RM2500Simpanan tetap bulanan RM200 untuk 5 tahunDividen 4.5% setahunJumlah simpanan 5 tahun pertama = RM14,500 
2- Tahun ke- 6 hingga tahun ke-10
Simpanan sedia ada RM14,500Simpanan tetap bulanan RM250 untuk 5 tahunDividen 4.5% setahunJumlah simpanan pada tahun ke-10 = RM29,000
3- Tahun ke-11 hingga tahun ke-15
Simpanan sedia ada RM29,000Simpanan tetap bulanan RM350 untuk 5 tahunDividen 4.5% setahunJumlah simpanan pada tahun ke-15 = RM50,000
Nah, dengan comntoh pelan simpanan sebehini, cukup 15 tahun, sekurang-kurangnya korang boleh cashout RM50,000 dalam simpanan. Dan jumlah ini boleh jadi lebih banyak lagi kerana belum mengambil kira faktor bonus ASB. 
Dan sebelum ni, aku pernah juga berkongsi penulisan >>> Tips Berjaya Simpan Duit Gaji , semoga membantu korang yang mencari idea cara menyimpan duit gaji korang

Kalau yang ada masalah kad kredit, dan nak buat kira-kira, korang boleh guna Credit Card Payment Calculator untuk estimate bayaran dan duration nak habiskan hutang kad kredit

Rancang Nak Cashout RM30K Menjelang Umur 55 TahunRasanya semua orang ada impian masing-masing, dan setiap impian tu perlulah disesuaikan dengan kemampuan masing-masing

Aku surirumah tidak bergaji, cumanya sesekali tu aku dapatlah juga imbuhan sedikit melalui bayaran penulisan artikel di blog. Dan aku akui aku ada buat kerja-kerja affiliate untuk mendapat sedikit komisyen. Jadi duit extra yang aku dapat ni, aku mahu buat savings untuk jadikan impian aku sebuah kenyataan, cewah

Korang yang bekerjaya, aku yakin korang pun ada impian masing-masing. Korang kerja, so maybe bolehlah nak berimpian besar. Aku surirumah, nak berimpian besar tu memang tidaklah kerana tak yakin impian besar tu aku boleh capai. Tapi impian nak ada extra duit di usia 55 tahun Insya Allah boleh. Hopefully, boleh dapat lebih dari RM30K, doakan aku ok

RM30K sahaja? Hehe, bolehlah extra cash kan

Ni pengiraan untuk RM30K dalam masa 11 tahunSimpanan permulaan RM10KSimpanan sebulan RM155 selama 11 tahunDividen 4.5% setahunJumlah simpanan selepas 11 tahun = RM30,460
Apabila kita ada matlamat begini, barulah jelas berapa banyak duit yang diperlukan untuk mencapai target. Guna sahaja compound savings calculator tu untuk mengira hasil simpanan korang. Jadi, jom menabung

Dan yang jadi surirumah seperti mrs pip ni, bolehlah layan perkongsian yang ditulis >>> 7 Tips Simpan Duit Cara Surirumah , semoga membantu memberi idea menyimpan duit dan kalau ada idea lain, jangan lupa share di ruang komen ya

Nasihat Jimat Duit Dari Kawan BaikAku ada seorang kawan baik waktu bekerja dulu. Kawan inilah yang selalu bagi aku nasihat tentang keperluan guna duit dengan cara yang betul. Dan nasihat-nasihat dia memang sangat berguna buat aku. 
Antara nasihat yang dia berikan ialah,
1- Jangan sesekali berhutang semata-mata untuk berkahwin. Buatlah majlis kawin sesuai dengan kemampuan diri dan pasangan. Abaikan kata-kata orang sekeliling. Bukan mereka yang akan bayar hutang kamu kelak

2- Bersalin di hospital swasta agak mahal. Kalau membebankan, bersalin sahaja di hospital kerajaan dan guna duit extra nak bersalin di hospital swasta tu, untuk beli barangan keperluan bayi. Bayi lahir sahaja, usahakan untuk buka savings account untuk anak. 
3- Kurangkan makan di luar. Masak sendiri jika boleh. Sediakan masakan yang berkhasiat. Jangan kerap makan fast food, pilihlah real food yang baik untuk badan. Jaga kesihatan dengan baik kerana ia sangat mahal apabila kita sakit. 
4- Batalkan subscription yang tidak penting seperti Astro, melainkan betul-betul nak pakai

5- It's ok untuk tidak pakai branded labels, pakai barangan yang biasa-biasa sahaja lebih baik sambil boleh jimat dan simpan duit berbanding pakai yang mahal-mahal ikut trend, tapi duit pun tiada

6- Invest beli buku bacaan untuk anak-anak berbanding terlalu layan beli permainan. Beli buku yang bermanfaat boleh bagi anak ilmu yang baik. Tidak salah beli mainan, tapi jangan layan nafsu semua mainan mahu beli bagi anak

7- Nak beli rumah, cari rumah yang persekitarannya elok, binaan bangunannya baik. Nanti mau jual semula, senang untuk cari pembeli, dan rumah ada increase value

Semoga kita semua mampu ada duit simpanan sendiri, dan belajarlah dari kesilapan orang yang gagal merancang kewangan mereka,  Ambillah ikhtibar dari mereka

Set target kewangan korang. Rancang baik-baik berapa banyak savings korang nak pada sekian-sekian tahun, bila nak beli rumah pertama, kereta pertama, bila nak kawin, dan sebagainya.
Duit bukanlah segala-galanya, tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit

_______________________________
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2023/12/hutang-kad-kredit-punca-tiada-duit-simpanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Dan Kekurangan Kad Kredit

Kelebihan Dan Kekurangan Kad Kredit

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 225 hits
Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan Kad Kredit dalam Kehidupan Kita Pada masa kini kad kredit telah menjadi satu alat penting dalam pemindahan wang dan membuat pembelian Ia menawarkan kemudahan dan kelonggaran dalam urusan kewangan harian k...
Beli Pampers Dengan Duit E Madani

Beli Pampers Dengan Duit E Madani

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum Hi korang Alhamdulillah Mak Pah dapat duit E Madani RM100 tu kami cuba apply dapat plak So tadi SA beli pampers Mak Pah guna duit tu alhamduillah sangat sangat membantu jimat dan boleh pakai lama gak Mak Pah x selalu buang a...
Zakat Kutip Duit Laju Bagi Lambat

Zakat Kutip Duit Laju Bagi Lambat

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 99 hits
Asyraff Jeffry Kenapa Lembaga Zakat kutip duit laju tapi bila minta bantuan lambat Persatuan Agama lain lagi cepat dalam agihkan bantuan Saya tolong jawab Pertama sekali kita kena faham bahawa tim yang kutip Zakat dan yang agihkan Zakat ada...
Kelantan Lelaki Pakai Baju Wanita Dicekup Curi Duit Tabung Masjid

Kelantan Lelaki Pakai Baju Wanita Dicekup Curi Duit Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 140 hits
MUHAMMAD AYMAN GHAFFASuspek yang ditahan selepas mencuri wang tabung Masjid Kubang Batang Tumpat kelmarin TUMPAT Taktik seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita untuk mencuri wang tabung Masjid Kubang Batang di sini tidak berhasil apab...
Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 249 hits
Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum pagi ini bahawa harga air di negeri itu akan naik mencecah 20 peratus tahun ini Kali ke empat harga naik bagi tempoh 10 tahun selepas DAP memerintah di sana Tak apa Cecah 20 peratus sahaja kali ini Kerana...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco