Hutang Dhuha Menjadikan Nikmat Ditarik Allah










HUTANG DHUHA

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya

Didalam bukunya bertajuk “Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya

Seperti yang tercatat di satu hadis :
"Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, 
“ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim )

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini

Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?

Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil (melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :
“Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh

Jom kita sebarkan kerana Allah. 
#FastabiqulKhairat #HealingUmmah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/06/hutang-dhuha-menjadikan-nikmat-ditarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Sudah Tetapkan Rezekimu Jemputlah Dengan Cara Yang Benar Dan Baik

Allah Sudah Tetapkan Rezekimu Jemputlah Dengan Cara Yang Benar Dan Baik

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 274 hits
Alhamdulillahi Rabbil aalamiin Segala puji hanya milik Allah Dzat Yang Maha Memberi Rezeki yang tiada bertepi Dialah Allah yang tiada tuhan selain Nya yang mencukupi rezeki seluruh makhluk Nya Shalawat dan salam semoga senantiasa terlimpah ...
Ratusan Orang Joget Di Dalam Masjid Sambil Teriak Lafadz Allah Warganet Kembali Dibuat Geger

Ratusan Orang Joget Di Dalam Masjid Sambil Teriak Lafadz Allah Warganet Kembali Dibuat Geger

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 673 hits
Warganet kembali dihebohkan dengan sebuah video yang memperlihatkan banyak orang di masjid memperagakan gerakan joget sambil meneriakkan lafadz Allah La Ilaaha Illallah Aksi orang orang tersebut diduga dilakukan di dalam sebuah masjid Hal i...
Jangan Tergesa Gesa Baca Al Fatihah Saat Shalat Karena Allah Menjawab Bacaan Kita

Jangan Tergesa Gesa Baca Al Fatihah Saat Shalat Karena Allah Menjawab Bacaan Kita

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 295 hits
Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Qur an Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat Al Fatihah merupakan surah yang pertama tama diturunkan dengan lengkap di antara surah surah yang ada dalam Al Qur an Surah ini dise...
Siti Khadijah Penyeri Keluarga Kami Ayu Akui Hamil Usia 41 Tahun Rezeki Allah

Siti Khadijah Penyeri Keluarga Kami Ayu Akui Hamil Usia 41 Tahun Rezeki Allah

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 306 hits
Penantian yang cukup berbaloi Setelah 5 tahun menanti cahaya mata perempuan impian Ayu Abas yang juga isteri Tomok tercapai selepas dia selamat melahirkan seorang puteri seberat 2 98kg pada 4 Jun lalu Ayu telah berkongsi mengenai perjalanan...
Alhamdulillah Insya Allah Masjidil Haram Kembali Dibuka Pada 21 Juni 2020

Alhamdulillah Insya Allah Masjidil Haram Kembali Dibuka Pada 21 Juni 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 395 hits
Alhamdulillah Insya Allah Masjidil Haram Kembali Dibuka Pada 21 Juni 2020 Kerajaan Arab Saudi mulai melonggarkan kebijakan lockdown Sebab sebagian besar masjid di wilayah itu telah dibuka untuk menggelar sholat berjamaah termasuk Masjid Nab...
Umar Ra Mengimpikan Bidadari Seperti Ini Dan Diperkenankan Allah

Umar Ra Mengimpikan Bidadari Seperti Ini Dan Diperkenankan Allah

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 384 hits
Selamat datang ke blog Dakwah MayaUmar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah Kali ini kami akan menyampaikan kisah menarik tentang bidadari syurga yang Allah ciptakan khas untuk Saidina Umar Al Khattab sebagaimana yang...
Politik Berpandukan Hidayah Allah

Politik Berpandukan Hidayah Allah

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 258 hits
FIRMAN Allah Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia kamu menghukum dengan adil Sesungguhnya Allah dengan itu memberi pengajaran yang sebaik...
Usaha Meraih Cinta Allah Swt

Usaha Meraih Cinta Allah Swt

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 481 hits
Assalammualaikum wbtUSAHA MERAIH CINTA ALLAH SWT Ada banyak sangat cara maraih cinta manusia Sebenci bencinya boleh berubah menjadi paling sayang sekali Sebab itulah selalu orang tua tua pesan kalau tidak suda jangan berlebihan daripada ben...
Insya Allah Selasa Ini Tungguuuuu

Insya Allah Selasa Ini Tungguuuuu

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 361 hits
Zikri Kamarulzaman Pakatan Harapan bersama sekutunya yakin akan dapat memutuskan calon perdana menteri mereka menjelang Selasa ini kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Insya Allah Hari ni majlis pimpinan PH mesyuarat selepas daripada m...
Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Calpis Soda One In A Million

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Content Marketing For New Business

Dikurung Ditekap Seterika Selepas Didakwa Hamilkan Teman Wanita

Harga Sayur Tempatan Meningkat 150 Peratus

Tanya Chatgpt Di Whatsapp


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Muna Shahirah Datanglah Sayang Chord

Ini Pasal Deep

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025