Tempat Menarik Di Alor Setar
Alor Setaq Kami Datang!!
Untuk kesekian kalinya, aku diberi tugas untuk mengatur dan merancang perjalanan trip kali ni ke negeri jelapang padi iaitu Kedah! Tu dia. Kali ni kami memilih Kedah sebab nak kan penginapan percuma oleh kerana salah seorang daripada kami mempunyai homestay kat sana. Bagi mengurangkan kos penginapan dan lebihkan kos untuk hiburan, Kedah lah destinasi yang sangat sesuai
3 bulan sebelum tarikh bercuti yang dipilih, aku dah survey flight tiket di Air Asia dan dapat la tiket murah. RM120 je pergi balik. Okay. Tiket flight murah, penginapan tak perlu bayar, so aku teruskan lagi kajian dengan survey apa yang menarik kat sana. Dan disebabkan cuti kali ni temanya berkenaan alam semulajadi, so aku letak banyak-banyak lokasi yang berkaitan dengan alam semulajadi. Nanti aku senaraikan antara tempat-tempat yang kami jejak tu
Perjalanan kami untuk sampai ke Kedah sangat sekejap. Kurang dari 3 jam, kami dah jejak negeri jelapang padi ni. Terima kasih kepada KLIA Express dan Air Asia. Pada mulanya semua ambik plan nak drive ke KLIA2. Tapi bila fikir kos parking dan minyak serta masa, akhirnya KLIA Express menjadi pilihan. Oleh kerana aku yang diberi kuasa untuk mengatur perjalanan kami, aku terus dapatkan KLIA Express deals yang ada kat website Traveloka. Ada diskaun, so yang lain tak banyak bunyi. Yang penting, senang dan cepat. Dalam 28 minit je semua dah terpacak dalam KLIA2. Bagusnya train ni tak sesak, luas, udara nyaman, ada wifi, laju pula tu. Nikmat tuhan mana lagi yang nak didustakan?
Apa-apa pun kalau korang rimas sangat nak layan train, korang boleh terus dapatkan airport limo online booking. Tapi tu la, korang bajet-bajet dulu timing. Sebab dia takkan la sepantas train ni. Tapi cukup mudah la untuk melayan korang dari pintu rumah sampai pintu airport bak puteri dan putera raja. Jangan risau, benda paling penting kau kena tahu dengan Traveloka ni, NO HIDDEN CHARGE. Apa yang korang nampak, itu la jumlahnya. Tak adanya nak check out bayar nanti magic pulak tambah 5 ke 6 ringgit. Haha. So sebab aku nak cepat, train jadi final result. Sampai KLIA2, kami sarapan dulu
Jam menunjukkan tepat jam 11.30 pagi, kami dah landing di airport Alor Setaq. Abang kawan kami hantarkan kereta sebagai pengangkutan sepanjang kami kat Kedah. Maka bermula la perjalanan kami untuk jelajah air-air terjun dan lokasi menarik di Kedah. Ingat! Entry ni untuk lokasi alam semulajadi je tau
Bawah ni aku senaraikan 6 top lokasi yang menarik kat Kedah
1. Gua Gunung Keriang
Gua Gunung Keriang ni terletak di Alor Setar. Ia merupakan antara gua yang semulajadinya terbentuk dari batu kapur. Kalau korang masuk dalam gua ini, korang akan disajikan dengan rupa bentuk batu-batu kapur yang unik. Bagi kemudahan pengunjung, tangga juga disediakan untuk menikmati keindahan di dalam gua. Selain daripada itu, Gunung Keriang ini juga merupakan lokasi yang diminati oleh pendaki-pendaki bagi korang yang nak menyaksikan kecantikan hamparan sawah padi daripada puncak gunung. Untuk membeli sourvenir, ada kedai yang menjual cenderahati dimana barang-barang itu diperbuat daripada batu kapur
2. Air Terjun Seri Perigi
Memang tidak disangkal lagi, megahnya Gunung Jerai ini menyimpan satu lokasi air terjun yang sangat cantik dan nyaman jika dikunjungi. Air Terjun Seri Perigi merupakan satu lokasi yang harus berada di dalam list jika korang kalau datang ke Hutan Simpan Gunung Jerai. Dengan 100m ketinggian air terjun ini, ia mampu menarik pengunjung untuk hadir dan menikmati keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan. Korang boleh berkhemah dan bergambar sepuas-puasnya berlatarbelakangkan air terjun ni
3. Air Terjun Lata Bayu
Air Terjun Lata Bayu ini terletak di daerah Baling. Ketinggian air terjunnya tidak lah setinggi seperti di Air Terjun Seri Perigi tetapi ia mempunyai ciri-ciri sungai yang sesuai untuk bermandi-manda kerana terdapat satu kawasan seperti kolam yang membolehkan korang melakukan aktiviti berenang dan menyelam. Yang ini, aku sangat syorkan sebab kemudahan yang disediakan juga agak lengkap seperti tempat untuk berkhemah dan berkelah,tandas, surau, gerai jual makanan, bilik persalinan dan mempunyai tempat letak kereta yang proper juga. Tapi kena fikir balik kalau korang nak datang pada hujung minggu. Kebiasaanya pengunjung terlalu ramai pada waktu itu
4. Taman Rekreasi Bukit Hijau
Selain daripada Hutan Simpan Gunung Jerai, negeri jelapang padi ini juga mempunyai satu lagi hutan simpan yang menarik untuk dijadikan destinasi pada hujung minggu. Iaitu Hutan Simpan Gunung Inas. Di sini juga terletaknya Taman Rekreasi Bukit Hijau. Apa yang menarik di taman rekreasi ini ialah air terjun 7 tingkatnya. Apa yang best jugak kat sini, korang tak perlu mendaki atau memakan masa berjalan kaki sebab air terjun nya dekat sahaja dengan tempat letak kenderaan. Ada juga laluan yang telah disediakan bagi kemudahan pengunjung
5. Tree Top Walk Sungai Sedim
Satu lagi taman rekreasi yang ada di negeri Kedah ini yang menyediakan loaksi menarik bagi pengunjung yang datang. Iaitu Taman Rekreasi Sungai Sedim. Banyak aktiviti yang akan disajikan kepada korang di sini seperti flying fox, water rafting, abseiling, berkhemah dan banyak lagi. Tetapi apa yang menjadikan taman rekreasi ini sebagai pilihan pengunjung ialah Tree Top Walk nya. Korang akan rasas pengalaman berjalan di dalam hutan dan melihat flora fauna dari ketinggian 36 meter dan diiktiraf sebagai titi gantung terpanjang di dunia iaitu sepanjang 1.5km. Bagi korang yang nak mencabar tahap gayat dan keberanian tu, ini adalah salah satu tempat yang sesuai
6. Ulu Legong Hot Spring
Dah puas mandi manda air sungai yang sejuk? Aku terjah pula ke lokasi yang menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi pada waktu malam. Ulu Legong Hot Spring namanya. Masa aku sampai dalam jam 11. Boleh tahan juga ramainya. Mungkin kerana hujung minggu. Apa yang menariknya, hot spring ni mempunyai 9 kolam yang berlainan suhu airnya dan kedalaman air pula sesuai bagi semua lapisan umur. Korang confirm terkejut kalau sampai ke sini sebab kemudahan yang ada sebijik macam kolam kat KL. Kolam berlantaikan mar-mar dan tandas yang besar memudahkan pengunjung untuk menyalin pakaian. Aku juga syorkan anda ke sini pada waktu malam. Mandi air panas sambil menghirup udara segar. Pergh. Layan beb
So amacam? Ngam tak? Aku harap ada la membantu korang tambah info mengenai tempat-tempat best kat area Kedah ni. Aku pergi dengan member semua ni pun dalam 4 hari 3 malam je. Memang kitorang terjah banyak tempat. So far 6 ni la yang terbaik. Boleh la korang guna kalau ada plan nak ke Kedah dengan kawan-kawan. Okay la. Setakat ni je dulu entry aku kali ni. Ada masa kita jumpa lagi okay. Selamat bercuti. Adios
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.amysyeera.com/2019/10/tempat-menarik-di-alor-setar.html