Hutan Jelai Buat Masa Ini Selamat Daripada Bertukar Menjadi Lombong Nadir Bumi


 

KUALA LUMPUR - Kehijauan kawasan Hutan Jelai Pahang seluas 924 padang bola buat masa ini selamat daripada bertukar menjadi lombong nadir bumi.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam menolak terma rujukan yang dicadangkan oleh syarikat perlombongan untuk penilaian kesan palam sekitar (EIA) terhadap projek tersebut.
Sumber memberitahu Malaysiakini keputusan itu dicapai dalam mesyuarat pihak berkepentingan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JAS Norhazni Mat Sari semalam.
"Terma rujukan (TOR) untuk laporan EIA itu tidak diperakui.

"Jadi buat masa ini, ketua projek perlu menyediakan TOR yang lebih wajar," kata sumber itu.
Projek yang dicadangkan diterajui oleh syarikat perlombongan mineral Aras Kuasa Sdn Bhd (AKSB), yang ingin mengekstrak nadir bumi lantanida dari kawasan hutan itu.
Digunakan secara meluas untuk tujuan industri dan saintifik, lanthanida adalah  serupa yang diproses oleh syarikat nadir bumi Australia Lynas Corporation di Malaysia.
Untuk rekod, secara kimianya, lantanida merujuk kepada lima belas unsur logam nadir bumi, yang bermula dengan lantanum yang bernombor atom 57 dan berakhir dengan lutetium yang bernombor atom 71
Menurut ringkasan mesyuarat yang dilihat oleh Malaysiakini, 27 pihak berkepentingan yang mewakili pelbagai agensi kerajaan, ahli akademik, perunding pakar dan NGO hadir untuk mempertimbangkan terma rujukan tersebut.
Antara kuncinya bahawa tapak perlombongan yang dicadangkan terletak di dalam Hutan Simpan Kekal, tanpa usaha untuk mengubah statusnya.
Berbeza dengan penjelasan terma rujukan AKSB yang menggambarkan tapak perlombongan sebagai tanah terbiar dan telah dibalak hutannya, Jabatan Perhutanan memberitahu mesyuarat itu bahawa sebanyak 397 hektar dari keluasan 660 hektar belum pernah dibalak lagi.
Kawasan hutan selebihnya seluas 263 hektar juga belum ditebang sepenuhnya dan pembalakan terakhir dilakukan di kawasan itu pada tahun 2008, menurut dokumen ringkasan mesyuarat itu.
Ini diperkukuhkan lagi dengan imej satelit yang menunjukkan kawasan itu masih lagi hutan tebal.
Sementara itu, timbul persoalan mengenai cadangan AKSB untuk melombong bijih nadir dengan kaedah "in-situ leaching".
Ringkasan mesyuarat menyatakan AKSB tidak dapat menjelaskan bahan-bahan lain yang mungkin larut ke dalam tanah semasa proses perlombongan yang boleh menimbulkan risiko kepada kampung Orang Asli berdekatan.
Dua kampung Orang Asli - Kampung Jintir dan Pos Lanai - masing-masing terletak dua dan enam kilometer di sebelah tenggara dari tapak projek yang dicadangkan itu.
Pada September tahun lalu, penduduk kampung Orang Asli Pos Lanai mengemukakan surat bantahan terhadap cadangan projek nadir bumi di Jelai kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Kebimbangan lain yang ditimbulkan termasuk ketidakpastian mengenai kemungkinan pelepasan bahan pencemar ke Sungai Telum, sungai utama yang mengalir melalui kawasan yang dicadangkan, yang juga memiliki beberapa anak sungai.
Dokumen ringkasan mesyuarat itu juga menyatakan cadangan AKSB berdasarkan projek perlombongan di selatan China, yang mungkin tidak sesuai di Malaysia.
Ini pembangunan besar kedua dicadangkan untuk kawasan yang telah menimbulkan kebimbangan terhadap alam sekitar.
Sebelum ini, terdapat rancangan membina empangan berhampiran Pos Lanai tetapi projek itu dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2019. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/hutan-jelai-buat-masa-ini-selamat-dari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lombong Nadir Bumi Dirancang Di Hutan Jelai Boleh Muatkan 924 Padang Bola

Lombong Nadir Bumi Dirancang Di Hutan Jelai Boleh Muatkan 924 Padang Bola

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 315 hits
Rancangan sedang dibuat untuk menambang nadir bumi di hutan Jelai di Pahang dengan projek yang dicadangkan di kawasan yang boleh memuatkan 924 padang bola Setakat ini projek tersebut yang merangkumi 660 hektar belum diluluskan Bagaimanapun ...
Berani Berubah Lahan Tani Menjadi Andalan Ketahanan Pangan Warga Di Masa Pandemi

Berani Berubah Lahan Tani Menjadi Andalan Ketahanan Pangan Warga Di Masa Pandemi

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 281 hits
Bagi warga lahan tani ini menjadi penolong di masa pandemi Mereka dapat memilih jenis sayuran dan dibeli dengan harga yang murah
Selamat Hari Hutan Antarabangsa 2021

Selamat Hari Hutan Antarabangsa 2021

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 620 hits
Hari ni merupakan Hari Hutan Antarabangsa Hutan sememangnya menjadi kecintaan saya sejak dari dulu Segala rasa marah tertekan atau apa apalah yang tak menyenangkan akan hilang sebaik saja saya dapat menikmati keindahan hutan dan bunyi orkes...
Tak Ada Kes Mak Kutu Lari Ibu Ini Kongsi Main Kutu Cara Selamat Cukup Masa Duit Masuk

Tak Ada Kes Mak Kutu Lari Ibu Ini Kongsi Main Kutu Cara Selamat Cukup Masa Duit Masuk

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 356 hits
Golongan wanita memang gemar bermain kutu apabila cukup bulan setiap pemain akan mendapat nilai yang dipersetujui Menyimpan cara ini sangat mudah dan cepat untuk mendapatkan nilai yang besar Namun menyimpan cara ini ada pros and cons nya Ji...
Tiada Data Fakta Sains Mengatakan Sidang Parlimen Tidak Selamat Diadakan

Tiada Data Fakta Sains Mengatakan Sidang Parlimen Tidak Selamat Diadakan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 255 hits
Ahli Parlimen Subang Wong Chen menempelak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berhubung risiko yang tinggi jika Parlimen bersidang Beliau berkata kerajaan tidak perlu bimbang kerana sepanjang tempoh Parlimen...
Runtuhan Struktur Besi Binaan Suke 2 Mangsa Disahkan Maut 3 Selamat Polis

Runtuhan Struktur Besi Binaan Suke 2 Mangsa Disahkan Maut 3 Selamat Polis

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 323 hits
Astro AwaniLima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak Foto Astro AWANI Shahir Omar KUALA LUMPUR Dua wanita maut manakala tiga ...
Selamat Hari Lahir Ke 12 Akif Imtiyaz

Selamat Hari Lahir Ke 12 Akif Imtiyaz

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 557 hits
Selamat Hari Lahir Ke 12 Akif Imtiyaz 05 03 2009 itulah tarikh hari kelahiranmu wahai anakku Muhammad Akif Imtiyaz 05 03 2021 hari lahir Akif yang ke 12 12 tahun sudah usiamu wahai anak Selamat hari lahir sayang Umi dan abah Tak terasa masa...
Terkini Perdana Menteri Selamat Tiba Di Arab Saudi

Terkini Perdana Menteri Selamat Tiba Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 351 hits
Ikuti perkembangan terkini mengenai ketibaan Perdana Menteri Tan sri Muhyiddin Yassin di Arab Saudi untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat AWANIterkini HapusCOVID19 SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub c...
Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 296 hits
Hi korang Hari ni merupakan sambutan hari Wanita Sedunia Sambutan Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang Walaupun tidak diisytiharkan ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia