Lombong Nadir Bumi Dirancang Di Hutan Jelai Boleh Muatkan 924 Padang Bola


Zikri Kamarulzaman
Rancangan sedang dibuat untuk menambang nadir bumi di hutan Jelai di Pahang dengan projek yang dicadangkan di kawasan yang boleh memuatkan 924 padang bola.
Setakat ini, projek tersebut - yang merangkumi 660 hektar - belum diluluskan.
Bagaimanapun, mesyuarat dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkepentingan lain yang dijadualkan pada Isnin akan membincangkan terma rujukan (TOR) bagi Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA).
Projek itu diterajui oleh syarikat perlombongan mineral Aras Kuasa Sdn Bhd (AKSB).
Berdasarkan TOR yang dilihat Malaysiakini, tapak perlombongan tersebut merupakan tanah yang belum dibangunkan dan telah dibalak (logged out).
Dilaporkan, tiga pajakan lombong telah dikeluarkan oleh kerajaan Pahang bagi tanah tersebut dengan syarat mana-mana hutan yang ditebang mesti diganti dengan yang lain.
TOR menyatakan, kawasan tersebut pada masa ini diklasifikasikan sebagai kawasan sensitif darjah 2.
Imej satelit dari lokasi perlombongan yang dicadangkan menerusi Peta Google tahun ini - dan juga Planet Labs pada bulan Februari - menunjukkan, kawasan itu masih padat diliputi hutan.
Warna palsu inframerah dari imej satelit juga menunjukkan, kawasan tersebut kaya dengan tumbuh-tumbuhan.
Sungai utama, Sungai Telum dan juga beberapa sungai kecil juga mengalir di kawasan yang dicadangkan.
Terdapat juga dua perkampungan Orang Asli, Kampung Jintir dan Pos Lanai, yang masing-masing terletak dua dan enam kilometer di bahagian tenggara tapak projek yang dicadangkan.
Kaedah 'In-situ leaching’
TOR - yang ditugaskan oleh syarikat AKSB itu - mengatakan bahawa rancangannya adalah untuk melombong lantanida dari tapak tersebut.
Digunakan secara meluas untuk tujuan industri dan saintifik, lantanida adalah elemen yang sama diproses oleh syarikat nadir bumi dari Australia iaitu Lynas Corporation di Malaysia.
Syarikat itu mencadangkan untuk melombong bijih nadir dengan kaedah "in-situ leaching".
Ini memerlukan pengeboran lubang ke dalam tanah sehingga bahan kimia boleh dimasukkan ke tanah tersebut untuk membuang nadir bumi setelah larutan itu dikeluarkan untuk proses selanjutnya bagi memekatkan kandungannya.
Tinjauan 2018 mengenai kaedah terbabit menerusi jurnal MRS Energy & Sustainability mendedahkan, dengan penggunakan kaedah in-situ leaching, kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan lapisan tanah atas tidak perlu dikeluarkan.
Bagaimanapun, ia masih mempunyai kesan persekitaran kerana kajian juga menunjukkan risiko pencemaran air bawah tanah, sungai dan tanah.
Malaysiakini telah menghubungi syarikat berkenaan, JAS, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail yang bertanggungjaab terhadap tanah dan sumber semula jadi di negeri ini untuk memberikan komen.
Salah satu organisasi yang bakal hadir mesyuarat TOR yang dijadualkan esok adalah kumpulan hak asasi, Suaram.
Penyelaras Suaram People Before Profit, B Suresh Kumar berkata, sekiranya projek itu berjalan, ia boleh membawa kesan sampingan yang besar.
“Perlombongan tanah di hutan, berhampiran sungai dan perkampungan Orang Asli sama seperti bencana alam sekitar, "katanya kepada Malaysiakini.
Suresh menambah, ia juga merupakan salah satu projek pembangunan terburuk yang dicadangkan berhampiran perkampungan Orang Asli Pos Lanai yang berjarak 6km dari lokasi cadangan.
Sebelum ini, terdapat rancangan untuk mendirikan empangan berhampiran perkampungan Pos Lanai namun projek itu dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019.
Pada September tahun lalu, penduduk kampung Orang Asli Pos Lanai mengemukakan surat bantahan terhadap cadangan projek nadir bumi di Jelai kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/lombong-nadir-bumi-dirancang-di-hutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutan Jelai Buat Masa Ini Selamat Daripada Bertukar Menjadi Lombong Nadir Bumi

Hutan Jelai Buat Masa Ini Selamat Daripada Bertukar Menjadi Lombong Nadir Bumi

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 428 hits
KUALA LUMPUR Kehijauan kawasan Hutan Jelai Pahang seluas 924 padang bola buat masa ini selamat daripada bertukar menjadi lombong nadir bumi Jabatan Alam Sekitar semalam menolak terma rujukan yang dicadangkan oleh syarikat perlombongan untuk...
Kalau Buku Lali Hazard Dibedah Lagi Dia Boleh Ucap Selamat Tinggal Bola Sepak

Kalau Buku Lali Hazard Dibedah Lagi Dia Boleh Ucap Selamat Tinggal Bola Sepak

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 378 hits
Pakar perubatan Atletico Madrid menyatakan bahawa Eden Hazard tidak boleh lagi menjalani pembedahan buku lalinya selepas dua kali melakukannya sebelum ini Ini kerana jika itu berlaku Haazard kemungkinan besar tidak akan bermain bola sepak l...
Kisah Di Mesir Dulu Dulu Boleh Dijadikan Iktibar Hari Ini

Kisah Di Mesir Dulu Dulu Boleh Dijadikan Iktibar Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 268 hits
SAIFUDDIN NASUTION DI Mesir SISI pernah rampas kuasa daripada MORSI yg menang pilihanraya dgn undi rakyat MORSI dikurung di penjara sehingga meninggal dunia SISI pun pergi buat umrah Senang sahaja kezaliman dibalut dgn kebaikan dan masih ad...
Anak 6 Tahun Boleh Baca Suku Kata Mudah Bagus Jika Belum Sila Ambil Perhatian

Anak 6 Tahun Boleh Baca Suku Kata Mudah Bagus Jika Belum Sila Ambil Perhatian

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 358 hits
Cabaran pendidikan hari ini memerlukan anak anak bersedia dari aspek mental dan fizikal Jika dulu anak anak di peringkat sekolah rendah balik je sekolah boleh bermain keliling kampung namun hari ini keadaan itu dah tak sama Dek kerana persa...
Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 344 hits
Rais Yatim berkata setiap parti perlu ada jiwa bekerjasama dan memajukan negara bersama selain berpendapat mana mana orang Melayu yang tidak rela bekerjasama kedudukan kebangsaannya boleh dipersoal JELEBU Umno dan PPBM perlu bermuafakat dem...
Parlimen Tidak Boleh Bersidang Sebab Ramai Orang Tua Hanya Alasan Mahathir

Parlimen Tidak Boleh Bersidang Sebab Ramai Orang Tua Hanya Alasan Mahathir

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 208 hits
Kenyataan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Parlimen tidak boleh bersidang dalam masa terdekat kerana kebanyakan Ahli Parlimen adalah dalam kalangan kumpulan yang berisiko hanyalah alasan sem...
7 Prinsip Kejayaan Elon Musk Yang Boleh Kita Jadikan Motivasi Diri

7 Prinsip Kejayaan Elon Musk Yang Boleh Kita Jadikan Motivasi Diri

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 823 hits
Elon Musk merupakan jurutera dan usahawan teknologi juga merupakan pengasas CEO dan pereka utama SpaceX pengasas bersama CEO dan arkitek produk Tesla Inc Pada Disember 2016 beliau menerima ranking ke 21 di dalam senarai Orang Paling Berkuas...
Agong Kata Boleh Gomen Kata Tak Boleh

Agong Kata Boleh Gomen Kata Tak Boleh

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 274 hits
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri Pengerusi Forum Ekonomi Islam Sedunia berkenaan berkata beliau tanpa keraguan menyifatkan Anwar me...
Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Sarapan Pagi Wesak Day

Advice To Senior Citizens

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Cleansing Oil Buat Kulit Bersih Dan Cantik Berseri Seri

Jaga Supaya Tidak Terlanjur Kata Presiden Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation

Feng Shui Creating Harmony And Balance In Your Living Space

Rafizi Beritahu Perwakilan Pkr Supaya Mengundi Nurul Izzah

Naib Presiden Umno Optimis Dengan Masa Depan Parti Itu Golongan Muda Akan Terajui Bibit Kebangkitan

Guna Bahan Premium Kieda Crepe Perjelas Dakwaan Jual Tiramisu Mahal Cara Buat Sangat Susah

Berhenti Menjadi People Pleaser