Hukuman Mati Ta Zir Yang Murni


Mohd Fared Mohd Khalid
Hakikatnya, Islam turut membenarkan hukuman mati sebagai salah satu bentuk hukuman bagi kesalahan ta’zir (kesalahan selain hukuman qisas dan hudud), sekalipun Islam menetapkan bahawa jiwa manusia adalah hak ALLAH.    PEMANSUHAN hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah melalui Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 dilihat sebagai langkah pertama pemansuhan sepenuhnya hukuman mati di Malaysia.

Pemansuhan yang diluluskan Dewan Rakyat pada 30 November 2017 dan Dewan Negara pada 14 Disember 2017 turut disambut baik oleh Kesatuan Eropah (EU) dan wakil negara anggota EU ketika itu.

Kesannya, mahkamah diberi kuasa untuk menggunakan budi bicara dalam menghukum pengedar dadah, sama ada dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup.

Namun perlu diingat, pemansuhan tersebut adalah juga diakibatkan pertimbangannya kepada kebanjiran kes-kes keldai dadah yang sebahagiannya terbukti hanya menjadi penghantar tanpa tahu kandungan barang yang dihantar. Ini melibatkan unsur paksaan, perdayaan, bahkan mungkin ugutan ke atas mereka semasa menjadi keldai dadah.

Parlimen sebagai penggubal undang-undang negara telah berperanan dengan mengambil kira situasi ini. Di sinilah diletakkan budi bicara mahkamah untuk memberi keadilan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

Hukuman mati mandatori di Malaysia adalah secara gantung sampai mati. Mandatori menurut Daftar Istilah Undang-Undang membawa maksud termesti suruhan, mengikat hukuman dan wajib dituruti.
Dictionary of Legal Terms pula menjelaskan ia sebagai memberi arahan dan suruhan dengan kuasa.

Setakat Ogos 2017, seramai 651 orang kebanyakannya pesalah dadah, telah dijatuhkan hukuman mati sejak 1992. Seksyen 277 Kanun Acara Jenayah dengan jelas menetapkan hukuman itu dilaksana dengan digantung leher pesalah sehingga mati. Kegerunan kepada hukuman ini sebenarnya menjadi penapis kepada berlakunya jenayah berat dalam julat yang tidak terkawal di Malaysia. Ia tidak wajar dihapuskan, bahkan kegerunan ini molek diteruskan.

Saranan bahkan desakan negara-negara lain untuk Malaysia memansuhkan sepenuhnya huku man mati tidak perlu dirunsingkan. Bahkan ada yang secara sinis mendesak agar mansuhkan tol dahulu sebelum hukuman mati dihapuskan. Norma dan adaptasi negara-negara tersebut sudah pasti berbeza daripada kita.

Kanun Keseksaan Akta 574, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah peruntukan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati.

Karakter kesalahan-kesalahan yang diletakkan padanya hukuman mati adalah kesalahan berat, rompakan berkumpulan dan membunuh, penggunaan senjata api, berperang atau perlakuan yang membawa kepada perang dan kemudaratan kepada keselamatan awam juga penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta pengedaran dadah.

Sekiranya kesemua kesalahan ini dimansuhkan hukuman mati padanya, sudah pasti bersusun bakal pesalah yang bersedia dan terpanggil untuk melakukan kesalahan-kesalahan berat tersebut akibat tidak ada lagi kegerunan pada hukumannya. Dan akan bergembiralah para pesalah yang telah disabitkan dengan kesalahan berat kerana pemansuhan hukuman mati ini mungkin mempunyai kesan “retrospektif”.

Dari segi istilah, kesan retrospektif adalah menguatkuasakan sesuatu undang-undang secara ke belakang untuk mencakupi sesuatu perlakuan jenayah yang dilakukan sebelum undang-undang tersebut digubal.

Jika ini berlaku, ketidakadilan jelas berlaku kepada diri mangsa dan keluarga mereka. Ini bukanlah Malaysia Baharu yang kita harapkan.

Hakikatnya, Islam turut membenarkan hukuman mati sebagai salah satu bentuk hukuman bagi kesalahan ta’zir (kesalahan selain hukuman qisas dan hudud), sekalipun Islam menetapkan bahawa jiwa manusia adalah hak ALLAH.

Abdul Qadir ‘Audah dalam Al-Tasyri’ Al-Jina’i Al-Islami, Muqaran Bi Al-Quran Al-Wadi mengatakan “Hakim atau pemerintah diberi hak dan kuasa untuk menetapkan keputusan hukuman yang setimpal bagi setiap kesalahan ta’zir”.

Sempena dengan semangat Malaysia Baharu yang mana pemimpinnya menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai ikutan, mari kita jadikan kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz sebagaimana yang dinukilkan oleh Dr Muhammad Mustafa Shalabi dalam Ta’lil Al-Ahkam, Dar Al-Nahdah Al-Arabiyyah sebagai panduan; “Berbagai bentuk hukuman berat boleh dikenakan ke atas orang ramai sesuai dengan bentuk jenayah yang dilakukan”.

Maka, tiada keperluan untuk hukuman mati dimansuhkan. Kekalkan dan aturlah hukumannya kepada kesalahan-kesalahan yang sememangnya layak dihukum mati. Sesungguhnya, hukuman mati merupakan ta’zir yang murni.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/hukuman-mati-tazir-yang-murni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara

Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 439 hits
Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara
Makin Ramai Melayu Makan Dadah Parlimen Hukuman Mati Bagi 33 Kesalahan Dimansuhkan Vui Keong

Makin Ramai Melayu Makan Dadah Parlimen Hukuman Mati Bagi 33 Kesalahan Dimansuhkan Vui Keong

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan itu yang dicapai secara kol...
Azizah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Perlulah Di Teliti

Azizah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Perlulah Di Teliti

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan penelitian dari segenap aspek kerana ia merupakan isu yang kompleks kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembang...
Dituntut Hukuman Mati Kurir Narkotika Bela Diri Sambil Menangis

Dituntut Hukuman Mati Kurir Narkotika Bela Diri Sambil Menangis

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 256 hits
Zulkifli Bin Ismail alias Joel terdakwa yang dituntut dengan hukuman mati karena mengirimkan 14 5524 Kg sabu sabu dan 70 905 butir pil ekstasi menyampaikan pleidoi atau nota pembelaannya di Pengadilan Negeri Medan Senin Dia mengaku menyesal...
Kematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman Mati

Kematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 704 hits
Kematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman MatiKematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman Mati
Tular Dermawan China Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Menunaikan Haji Tanpa Kebenaran Kerajaan

Tular Dermawan China Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Menunaikan Haji Tanpa Kebenaran Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 304 hits
Tular Dermawan China Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Menunaikan Haji Tanpa Kebenaran KerajaanTular Dermawan China Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Menunaikan Haji Tanpa Kebenaran Kerajaan
Serius Kejam Kami Tak Sanggup Baca Sampai Habis Mereka Patut Dikenakan Hukuman Mati

Serius Kejam Kami Tak Sanggup Baca Sampai Habis Mereka Patut Dikenakan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 482 hits
SAYA tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh bukan wanita itu sendiri kata Noraihan Ab Aziz 22 ibu kepada bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual dipercayai oleh suami pengasuh Bayi malang itu Nur Muarzara Ul...
Jaksa Saudi Tuntut Hukuman Mati Bagi Lima Pembunuh Khashoggi

Jaksa Saudi Tuntut Hukuman Mati Bagi Lima Pembunuh Khashoggi

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 277 hits
Jaksa mengatakan rencana membunuh Khashoggi itu sudah dimulai sejak 29 September dan seseorang mencopot kamera pengawas di konsulat sebelum pembunuhan dilakukan
Veteran Gesa Hukuman Mati Kekal Bagi Pengkhianat Negara

Veteran Gesa Hukuman Mati Kekal Bagi Pengkhianat Negara

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 349 hits
November 13 2018 7 36 PMMohd Anwar Mohd Nor berkata tindakan menderhaka negara harus dipandang serius kerana anggota tentera sepatutnya taat kepada raja dan negara PETALING JAYA Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia menggesa kerajaan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut