Hukum Zikir Munajat Hasbi Rabbi Jallallah
Sebenarnya setelah saya telusuri perbincangan ulama’ khususnya daripada aliran ahlus sunnah wal jama’ah. Menjadi tanggung jawab saya untuk perbetulkan dan sampaikan kebenaran kepada umat Islam semua
.
Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki telah beritahu bahawa zikir munajat berkenaan ada terdapat kesalahan i’rab dan makna yang tidak tepat. Pada lafaz “Hasbi Rabbi Jalallah, maa fi qalbi ghairullah”. Tiada masalah padanya. Namun, bagi lafaz “Nur Muhammad sollallah.” ‘Irab ia tak tepat dan dari sudut terjemahan makna pula tidak benar. Lantas Syeikh Nuruddin mengubah kepada sebutan yang sepatutnya, iaitu “ ‘ala Muhammad Sollallah.” Yang membawa maksud Allah swt berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. .
Turut diperincikan oleh Ulama’ Ahlus sunnah Wal Jama’ah iaitu Ust Abdul Somad dari Indonesia ‘alim ‘arif billah. Beliau bertanya kepada Syeikh Mu’afak, mursyid tariqat Syadziliyyah di Syria tapi menetap di Turki. Org yg ‘alim ilmu tariqat ini yg tahu benar pasal zikir2 munajat, maka mereka yg layak kita jadikan sebagai panduan. Ust Abdul Somad bertanya tentang “Nur Muhammad”. Maka jawab beliau, ia tidak sahih. Jadi bila ada satu2 perkataan dalam zikir kita yang jadi pertikaian dan perbincangan, elok dielakkan utk dibaca di khalayak ramai, bagi mengelakkan fitnah berlaku
.
Sehubungan dgn itu, gambar ini juga telah menuduh & menjatuhkan hukum hingga seolah-olah yg percaya kpd “Zikir Hasbi Rabbi” ini sesat. Menuduh menjadi majusi & syiah adalah tuduhan yg sgt berat, berniat utk mengkafirkan kita yg beramal dgnnya, & cuba utk menghalang bacaan zikir ini dilakukan. Ia berniat jahat. Sdgkan perihal Nur Muhammad itu ada perbincangan & penerimaannya disisi ulama’ Ahlussunnah wal jama’ah. Kesimpulannya, boleh beramal dgn zikir munajat ini, di ubah ‘irab ia, mencapai makna yg tepat, maka elok shj menjadi amalan kita. Jgn percaya pd gambar dibawah & hentikan menyebarnya
.
Wallahu a’lam bissowab
- FB Dai Wan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.krissmerah.com/2018/12/hukum-zikir-munajat-hasbi-rabbi.html