Hukum Ulat Tiket Jual Dengan Harga Tinggi



Apa hukum seseorang ‘ulat’ menjual tiket dengan lebih tinggi dari harga asal? Contohnya tiket final bola sepak Sukan SEA, tiket bas untuk balik hari raya dan lain-lain.
JAWAPAN
Bismillah dan terima kasih atas soalannya, saya cuba memudahkan ulasan jawapan dengan memberikan garis panduan umum tanpa terhad kepada dua kes yang disebutkan.
1. Jika tiket itu adalah untuk sesuatu yang haram, pastilah penjualan di kaunter atau melalui ‘ulat’, kesemuanya haram. Di ketika itu, sama ada dijual di kaunter asal atau ‘pasaran gelap’ kedua-duanya sama sahaja.
Sebahagian besar ulama mengambil pendirian lebih ketat, sehingga mereka menyatakan sekiranya pertandingan itu atau sukan itu memaparkan pembukaan aurat secara sangat jelas, maka semua tiket yang ingin dibeli turut haram jua, seperti renang, gimnastik dan sepertinya.
Namun jika perbincangan adalah kepada isu tiket pengangkutan awam dan sepertinya, ia adalah contoh tiket yang harus dibeli.
2. Jika tiket untuk memasuki sesuatu pertandingan yang harus pada dasarnya atau tiket pengangkutan awam maka harganya mestilah dikawal oleh harga pasaran sebenar oleh pihak pengeluar tiket. Contoh harga biasa beli di kaunter RM 50. Jika ada seseorang yang beratur panjang dengan niat menjadikan tiket terbabit sebagai barang niaga yang berpotensi memberikan pulangan besar, maka perlu dilihat :-
a. Sekiranya tiket itu mewakili khidmat yang asasi seperti pengangkutan awam yang terhad. Maka membeli untuk menyimpannya secara sengaja bagi menyebabkan permintaan dan orang ramai memerlukannya bersangatan lalu sengaja menaikkan harga melebihi paras normal, ia termasuk dalam pengharaman disebabkan wujudnya elemen ‘Ihtikar’. Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam bersabda:-
لا يَحْتَكِرُ إلَّا خاطئٌ
Ertinya: Tiada sesiapa yang melakukan ihtikar (menyembunyikan barang asasi untuk memaksa permintaan luar biasa), maka dia adalah berdosa. (Riwayat Muslim: Sahih)
b. Jika tiket itu mewakili sesuatu yang bukan asasi seperti pertandingan sukan yang tiada termasuk dalam kategori haram dan yang sepertinya, tindakan membeli tiket oleh sebahagian individu untuk dijual di pasaran bebas dengan harga lebih tinggi perlu melihat beberapa perkara antaranya:
• Adakah terdapat undang-undang di negara terbabit yang melarangnya serta anggapnya sebagai kesalahan?
Jika ada maka hukum fiqh akan turut menganggapnya sebagai SALAH dan HARAM disebabkan peraturan neutral yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Ia berdasarkan ayat yang melarang menyalahi hukum ditetapkan oleh pemerintah dalam hal yang neutral dan membawa kebaikan. Firman Allah swt :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
Ertinya : Hai orang yang beriman, taatilah Allah swt, dan taatilah RasulNya dan pemerintah urusan kamu (Surah an-Nisa: 59)
Jika tiada, maka tindakan terbabit adalah HARUS namun perlu melihat kadar peratusan peningkatan harga berbanding harga pasaran itu setakat berapa peratus?
• Menurut para ulama mazhab, menjual sesuatu barang yang neutral dengan harga yang melebihi pasaran biasa, boleh jatuh ke dalam elemen ‘Ghabn’ (harga terlebih tinggi dari pasaran atau terlebih rendah).
Menurut Mazhab Hanafi: terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ‘Ghabn’ adalah harus walaupun besar (fahish), Kedua : Haram; Ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja (Syarh ad-Dur, Al-Haskafi, 2/82 )
Mazhab Maliki: Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustarsil samada sedikit (Yasir) atau besar (fahsiyh) disebabkan penipuan adalah Haram ; Kedua : Jika harga meningkat 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa sebarang keunikan tersendiri pada barang jualan juga adalah HARAM. (Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)
Mazhab al-Syafie: Harus hukumnya menaikkan harga lebih tinggi dari pasaran asalkan terdapat pembeli yang sanggup membeli, kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . (Al-Majmu’ , 7/500 ). Antara dalil mereka adalah hadis
دعُوا الناس يرزقِ اللهُ بعضَهم من بعض
Ertinya: Biarlah orang ramai mencari rezeki Allah swt dari satu sama lain (secara bebas). (Riwayat Muslim: Sahih)
Mazhab Hanbali: Ibn Qudamah berkata: “Ghabn Mustarsil adalah apabila si pembeli membeli dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran … terutamanya apabila didesak (agar pelanggan tergesa-gesa membeli tanpa semakan harga yang mencukupi) dan cuba disegerakan oleh penjual ” ( Al-Mughni , 4/78 ). Pun begitu hal ini tidak sama situasinya dengan kes ulat tiket yang sedang dibincangkan.
Justeru, perbincangan panjang tentang ‘Ghabn’ sebenarnya menunjukkan terdapat jenis ‘Ghabn’ yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan.
Dalam kes tiket pertandingan tadi, ertinya menurut ijtihad hukum oleh ulama silam, ia boleh jatuh HARAM jika melebihi 1/3 atau 33 % lebih tinggi dari harga pasaran menurut panduan mazhab Maliki. Namun ia tetap HARUS berdasarkan mazhab Al-Syafie. Manakala Mazhab Hanafi meletakkan jika melebihi 5% jika ia barang dagangan biasa, 10 % jika barangan itu adalah binatang, 20 % jika ia adalah hartanah. Semua yang melebihi peratusan itu dikira ghabn yang besar.
KESIMPULAN
• DILARANG hukumnya menjual tiket kepada suatu servis yang asasi seperti pengangkutan awam di musim perayaan tertentu dengan harga tinggi, atas alasan ia mempunyai unsur Ihtikar yang diharamkan. Ia juga disebabkan oleh elemen menyebabkan kemudaratan harta pembeli yang sepatutnya layak membeli secara normal dari kaunter dengan harga biasa, tetapi kini seolah terpaksa berbelanja lebih untuk barang yang sama disebabkan sindiket ‘ulat tiket’.
• DIHARUSKAN menurut majoriti ulama untuk menjual sesuatu barang biasa termasuk tiket lebih tinggi dari harga pasarannya selagi mana tiada undang setempat yang melarang serta ia bukan pula termasuk di dalam hal perkara keperluan asasi. Benar terdapat sebahagian ulama yang mensyaratkan tidak lebih dari 20 % dan ada juga yang meletakkan 33 % sebagai ukur rujuk elemen ‘ghabn’ yang besar. Namun semua peratusan ini tidak mempunyai sebarang sandaran yang jitu. Imam An-Nawawi berkata
مجرد الغبن، لا يثبت الخيار وإن تفاحش
Ertinya : Jika sekadar elemen ‘ghabn’, ia tidak membolehkan pembeli menuntutkan hak khiyar (pilihan untuk membatalkan) walaupun ghabn itu besar. ( Rawdah al-Tolibin, 3/473)
• Namun begitu, tindakan membeli dari ‘ulat tiket’ dengan harga mahal ini boleh termasuk dalam hal yang MAKRUH atau HARAM kepada pembeli disebabkan elemen berbelanja kepada tempat yang sepatutnya lalu ia adalah PEMBOROSAN dan PEMBAZIRAN yang DICELA oleh Allah swt.
Cukuplah menonton TV di rumah sahaja, gunalah wang terbabit ke tempat yang lebih berfaedah dan asasi. Sambil itu jika kalian marahkan ulat tiket, dendalah mereka dengan tidak membeli tiket mereka agar mereka kerugian akibat tidak laku.
• Adapun anggapan ia haram disebabkan mudarat kerana harga mahal kepada pembeli dalam hal yang bukan keperluan asasi seperti tiket bola, adalah tidak timbul kerana ia semata-mata pilihan serta bersifat tahsiniyat sahaja.
Wallahu ta’aa a’lam bis sawab..
Sekian
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
28 OGOS 2017
Sumber: FB Zaharuddin.net
The post Hukum ‘Ulat Tiket’ Jual Dengan Harga Tinggi appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/hukum-ulat-tiket-jual-dengan-harga-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenhub Maskapai Harus Jual Tiket Harga Wajar Jelang Libur Natal Tahun Baru 2019

Kemenhub Maskapai Harus Jual Tiket Harga Wajar Jelang Libur Natal Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 446 hits
Kemenhub minta agar maskapai tidak mematok tarif hingga batas atas agar para pengguna angkutan udara terutama untuk yang merayakan natal yang di dominasi masyarakat di daerah Indonesia Timur tidak terbebani harga tiket yang tinggi
Mufti Ulas Ulat Tiket Bola Piala Aff Suzuki 2018

Mufti Ulas Ulat Tiket Bola Piala Aff Suzuki 2018

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 416 hits
SUKANKUALA LUMPUR Isu ulat tiket Piala AFF Suzuki 2018 menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Menurut beliau isu ini pasti akan timbul setiap kali menjelang perlawanan semi final atau akhir Belia...
Ingat Ulat Tiket Malaysia Dasyat Tapi Rupanya Ulat Tiket Vietnam Lagi Ngeri

Ingat Ulat Tiket Malaysia Dasyat Tapi Rupanya Ulat Tiket Vietnam Lagi Ngeri

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 406 hits
Ingat Ulat Tiket Malaysia Dasyat Tapi Rupanya Ulat Tiket Vietnam Lagi NgeriIngat Ulat Tiket Malaysia Dasyat Tapi Rupanya Ulat Tiket Vietnam Lagi Ngeri
Ulat Tiket Kenapa Masih Tak Selesai

Ulat Tiket Kenapa Masih Tak Selesai

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 653 hits
Jamal tak dapat nak hadir ke Stadium hari Selasa ni sebab ada kerja yang lebih penting Jamal tengok berita betapa susahnya penyokong bola sepak nak dapatkan tiket perlawanan akhir di Bukit Jalil Sampai beratur panjang panjang awal pagi sema...
Senarai Harga Tiket Tempat Popular Di Malaysia Musim Cuti Sekolah

Senarai Harga Tiket Tempat Popular Di Malaysia Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 1029 hits
Meriah sungguh bulan Disember kan Dengan festive season nya Dengan cuti sekolahnya Now khusus untuk yang tengah mencari tiket Aquaria KLCC Sunway Lagoon Malaysia Sunway Lost World of Tambun Melaka A Famosa Safari Wonderland Movie Animation ...
Harga Tiket Final Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Vs Vietnam

Harga Tiket Final Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Vs Vietnam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 844 hits
Harga Tiket Final Piala AFF Suzuki 2018 Malaysia vs Vietnam NANTIKAN pertembungan hebat antara Malaysia menentang Vietnam untuk perlawanan Akhir 1 Piala AFF Suzuki 2018 Perlawanan hebat ini akan diadakan pada 11 Disember 2018 hari Selasa mu...
Macam Mana Aku Boleh Dapat Tiket Flight Airasia Dengan Harga 9 Sen Je

Macam Mana Aku Boleh Dapat Tiket Flight Airasia Dengan Harga 9 Sen Je

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 893 hits
Lagi 3 weeks nak final exam urgh Jadual exam baru keluar yang draf tapi aku gatai dah beli tiket flight untuk cuti semester pergi balik hahaha Sesungguhnya saya 100 comfirm cuti semester saya memang start 9 january sebab last paper aku mema...
Hukum Jual Beli Barang Kw

Hukum Jual Beli Barang Kw

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 283 hits
Membeli barang KW memiliki daya tarik tersendiri Selain berharga murah kualitas yang ditawarkan pun tidak berbeda jauh dari barang orisinil Bahkan barang KW terkadang lebih diminati konsumen terutama konsumen dengan kantong pas pasam Terkad...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash