Hukum Ziarah Kubur Hari Raya Dan 5 Adab Ziarah Kubur


Hukum Ziarah Kubur Hari Raya dan 5 Adab Ziarah Kubur 13 Ziarah kubur hari raya merupakan salah satu budaya yang sering dilakukan oleh masyarakat. Dalam agama Islam, ziarah kubur termasuk kegiatan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk saling mendoakan pada orang-orang yang telah meninggal dunia, lebih-lebih lagi orang yang telah meninggal dunia itu adalah ahli keluarga sendiri. Bukan itu sahaja, ziarah kubur juga memiliki hikmah lain yang perlu direnungi setiap manusia. Berziarah ke makam orang yang telah meninggal tentu mengingatkan manusia bahwa tidak ada yang kekal di dunia.
Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa, ayat 78 yang bermaksud:
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh”.
Artikel ini adalah bertujuan untuk menerangkan hukum dan adab ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri.
Hukum Ziarah Kubur Hari Raya dan 5 Adab Ziarah Kubur 14 Hukum Ziarah Kubur Hari Raya Bagi menjelaskan hukum ziarah kubur semasa hari raya, asalnya disunatkan ziarah kubur pada bila-bila masa.
Sabda Nabi s.a.w:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا
Maksudnya: “Adalah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah” (Riwayat Muslim)
Hadith lain berbunyi:
استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت
Maksudnya: “Aku meminta izin daripada Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”. (Riwayat Muslim)
Namun wujud perbahasan mengenai amalan menziarahi kubur pada hari raya aidilfiri. Ada dua pandangan dalam isu ini iaitu:
1. HARUS
Hukumnya adalah harus sebab tiada nas khusus yang larang. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat begini ialah para ulama mazhab Hanafi. Antaranya tercatat dalam kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:
وكذلك في الأزمنة المتبركة كعشر ذي الحجة والعيدين وعاشوراء
Maksudnya: “Maka begitu juga (sunat ziarah kubur) pada waktu-waktu berkat seperti sepuluh hari awal bulan Zulhijjah, dua hari raya dan hari Asyura.”
2.TIDAK DIGALAKKAN
Maka berdasarkan pandangan ini, tidak sunat ziarah kubur bersempena aidilfitri, bahkan ianya makruh. Antara hujahnya ialah:
Tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya. Baginda SAW pada hari raya aidilfitri menzahirkan kegembiraan. Dalam Fatwa Dar al-Ifta’ al-Misriyah disebutkan:
وليس للزيارة وقتٌ مُعَيَّن، والأمر في ذلك واسع، إلا أن الله تعالى جعل الأعياد للمسلمين بهجة وفرحة؛ فلا يُستَحبُّ تجديد الأحزان في مثل هذه الأيام
Maksudnya: “Tiadalah masa ziarah kubur ditentukan. Ia adalah luas. Cuma hari raya dijadikan hari gembira, maka tidak disunatkan melakukan perkara yang mengembalikan dukacita pada hari-hari sebegini”
Hukum Ziarah Kubur Hari Raya dan 5 Adab Ziarah Kubur 15 Bagaimanapun, Ulama’ Fiqh Ustaz Azhar Idrus berkata bahawa hukum ziarah kubur pada hari raya adalah SUNAT dan digalakkan. Berikut merupakan klip video hukum ziarah kubur hari raya.
5 Adab Ziarah Kubur Hari Raya Umat Islam perlu menitik beratkan adab ketika menziarahi kubur. Jika anda ingin ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri, ada adab-adab yang anda perlu jaga dan amalkan. Antara adab umat Islam perlu jaga semasa melaksanakan amalan ziarah kubur adalah seperti berikut iaitu:
1. Membetulkan niat anda
Adab ziarah kubur yang pertama adalah niat dengan hati yang tulus dan ikhlas. Islam sangat menganjurkan siapa saja yang berziarah kubur harus diawali dengan niat yang baik untuk mendapatkan reda Allah SWT. Orang Islam yang datang ziarah kubur harus menghadirkan hatinya saat mendatangi makam. Datanglah dengan tujuan yang baik kerana ia dapat memberi manfaat kepada orang yang telah pergi lebih-lebih lagi ahli keluarga anda sendiri.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi, janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.” (Hadis Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)
2.Berwuduk
Sebelum menziarahi kubur, disunatkan untuk berwuduk sebelum ke tanah perkuburan. Jika anda takut wuduk terbatal atas sebab-sebab perjalanan yang jauh di dalam kenderaan atau halangan yang lain, anda juga boleh berwuduk apabila tiba di tanah perkuburan sekiranya di sana disediakan tempat untuk mengambil wuduk. Amalan ini membuatkan anda mendapat pahala sunat.
3.Mengucapkan salam
Memberi salam ketika hendak ziarah kubur adalah merupakan adab yang mudah dan sudah diajar oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Rasulullah juga mengajak semua umat Islam untuk memberi salam ketika menziarahi kuburan atau melalui kawasan tersebut.
Rasulullah pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan untuk memberi salam dan berdoa dengan berkata:
“Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin bahawa kami juga insya-ALLAH akan mengikut kamu apabila sampai giliran. Semoga ALLAH memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekalian.” (Hadith Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
4.Menutup aurat terutama bagi wanita
Menutup aurat bukanlah pilihan tetapi kewajipan agama. Ia sering kali disalah ertikan oleh sesetengah masyarakat Islam. Mereka menganggap menutup aurat hanya sekadar dengan memakai tudung dan menutupi kepala terutama apabila ziarah ke kubur. Sedangkan aurat bukan hanya anggota kepala malah anggota lain juga merupakan aurat yang perlu ditutup.
5.Tidak meratapi dan meraung
Perlu diingatkan bahawa meratapi dan meraung di tanah perkuburan secara keterlaluan seolah-olah tidak meredhai takdir Allah SWT kerana bersikap berlebih-lebihan dalam urusan agama adalah hal yang terlarang.
Rasulullah bersabda: 
“Waspadalah kalian pada sikap berlebihan. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kalian disebabkan berlebihan dalam urusan agama.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Hukum Ziarah Kubur Hari Raya dan 5 Adab Ziarah Kubur 16 Soalan FAQs Berkenaan Ziarah Kubur Hari Raya Apakah hukum ziarah kubur pada hari raya? Sunat dan dituntut, bagaimanapun ada Ulama’ berpendapat makruh tidak digalakkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/ziarah-kubur-hari-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Libur Hari Raya Paskah 109 445 Kendaraan Tercatat Tinggalkan Jabotabek

Libur Hari Raya Paskah 109 445 Kendaraan Tercatat Tinggalkan Jabotabek

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 97 hits
Di GT Cengkareng peningkatan volume kendaraan yang bertransaksi sebesar 10 18 persen atau 81 669 kendaraan
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri

10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 260 hits
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri 16 Pada 1 Syawal keseluruhan umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidilfitri disambut bersempena kemenangan umat Islam yang berpuasa selama sebulan sepanjang di bulan...
Kerajaan Bersetuju Memberi Tol Percuma Pada 8 Dan 9 April Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan Bersetuju Memberi Tol Percuma Pada 8 Dan 9 April Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 208 hits
SEREMBAN Kerajaan bersetuju memberi tol percuma selama dua hari kepada kenderaan kelas satu sahaja pada 8 dan 9 April 2024 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 April ini Pengecualian tol ini dilaksanakan di semua plaza tol di selur...
Koleksi Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Koleksi Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 188 hits
Selain memberikan ucapan Selamat Hari Raya atau Salam Aidilfitri 2024 menarik juga jika hantaran di media sosial disertakan ucapan raya versi pantun bacacaption kapsyen pickup line menarik hari raya untuk posting media sosial Koleksi Pantun...
Rakyat Malaysia Akan Sambut Hari Raya Tahun Ini Berbeza Banding Tahun Lepas Ramai Tak Perasan Sebabnya

Rakyat Malaysia Akan Sambut Hari Raya Tahun Ini Berbeza Banding Tahun Lepas Ramai Tak Perasan Sebabnya

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 175 hits
Setiap kali bulan Ramadan tiba kebanyakan umat Islam di negara kita penuh bersemangat untuk menjalankan ibadah berpuasa dan merayakan Hari Raya Pada zaman dahulu lagu lagu raya sudah mulai berkumandang di radio walaupun Ramadan baru bermula...
Lirik Lagu Hael Husaini Hari Raya

Lirik Lagu Hael Husaini Hari Raya

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 170 hits
Lagu Raya lagi guys Minggu lepas De Fam baru sahaja release single raya mereka minggu ini baru minggu pertama puasa Hael Husaini pula kembali dengan sebuah lagu raya yang meghiburkan dengan judul Hari Raya Lagu ini sudahpun boleh didengar d...
Rahsia Kulit Cantik Berseri Di Hari Raya 2024 Dengan Moisturizer Terbaik

Rahsia Kulit Cantik Berseri Di Hari Raya 2024 Dengan Moisturizer Terbaik

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 263 hits
Pastinya sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bakal menyemarakkan suasana apabila kita berpeluang berkumpul bersama ahli keluarga tercinta dan kembali pulang ke kampung halaman Persiapan Menyambut Hari Raya Korang tahu tak beberapa hari ...
Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya

Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 153 hits
Kali ini raya cukup meriah apatah lagi semua mengambil peluang untuk menyambut Syawal bersama keluarga setelah lama tidak bertemu Kali ini juga kita pastinya mahu makan semua jenis hidangan istimewa makanan hari raya untuk dinikmati bersama...
Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah Untuk Hari Raya

Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah Untuk Hari Raya

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 178 hits
Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah untuk Hari Raya 4 merupakan resepi yang sangat mudah untuk dibuat sempena hari raya Aidilfitri Popia kacang hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk penyediaannya Popia kacang juga merupakan sejenis ma...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles