Hukum Wanita Islam Kahwini Lelaki Kafir



Soalan:
Apa hukumnya seorang wanita Islam bernikah dengan lelaki yang bukan beragama Islam?

Jawapan:
Telah ijma’ sekalian ulama’ Islam bahawa haram dan tidak sah wanita Islam berkahwin dengan lelaki kafir dari segala bagai kafir.

Jika berlaku pernikahan maka persetubuhan yang berlaku antara mereka berdua adalah zina dan anak yang hasil dari perhubungan tersebut adalah anak haram.

Firman Allah Taala:

وَلَا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُوا وَلَعَبْدٌ مُؤْمِنٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُولَئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ
“Dan jangan kamu nikahkan wanita yang beriman dengan lelaki yang kafir sehingga mereka beriman. Sungguh hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik dari lelaki merdeka yang kafir sekalipun lelaki yang kafir itu menarik hati kamu. Mereka itu adalah orang-orang yang mengajak kepada api neraka. Dan Allah mengajak kepada syurga dan keampunan dengan izin-Nya.” (Al-Baqarah : 221)

Berkata Imam Qurtubi:

قوله تعالى: {ولا تنكحوا}: "أي لا تزوجوا المسلمة من المشرك، وأجمعت الأمة على أن المشرك لا يطأ المؤمنة بوجه
“Bermula firman Allah ‘jangan kamu nikahkan’ bererti jangan kamu nikahkan akan perempuan yang Islam dengan lelaki yang kafir. Dan telah ijma’ sekalian umat atas bahawasanya lelaki yang kafir tidak boleh bersetubuh dengan perempuan yang beriman sama sekali.” (Tafsir Al-Qurtubi: 3/72)

Berkata Imam Abu Hayan:

وأجمعت الأمة على أن المشرك لا يطأ المؤمنة بوجه ما، والنهي هنا للتحريم
“Dan telah ijma’ sekalian umat bahawa lelaki kafir tidak boleh bersetubuh dengan perempuan beriman atas jalan apa sekalipun. Bermula larangan pada ayat ini bermakna haram.” (Tafsir Bahrul Muhith: 2/419)

Dan Allah Taala menyebut pada ayat yang lain:

لَا هُنَّ حِلٌّ لَهُمْ وَلَا هُمْ يَحِلُّونَ لَهُنَّ
“Tidaklah wanita yang beriman itu halal bagi lelaki yang kafir dan juga lelaki yang kafir itu tidak halal bagi wanita yang beriman.” (Al-Mumtahanah: 10)

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

ولا يزوج كافر مسلمة بحال، قال: "أما الكافر فلا ولاية له على مسلمة بحال، بإجماع أهل العلم، منهم: مالك، والشافعي، وأبو عبيد، وأصحاب الرأي، وقال ابن المنذر: أجمع على هذا كل من نحفظ عنه من أهل العلم
“Dan tidak harus berkahwin lelaki kafir akan wanita Islam sama sekali. Adapun orang kafir itu maka tidak mempunyai hak kewalian atas perempuan Islam sama sekali dengan ijma’ para ulama’ di antara mereka itu ialah Imam Malik dan Syafie dan Abu Ubaid dan Ashab Ar-Ra’yu.“

Berkata Imam Ibnu Munzir: “Telah ijma’ atas perkara ini sekalian yang diterima dari para ulama’.” (Kitab Al-Mughni : 7/27)

Tersebut pada himpunan fatawa negeri Oman:

فنزل هذا الحكم العام في تحريم زواج المسلمة من غير المسلم، فليس لأقارب المرأة من الكفار إجبارها على الزواج من غير المسلم؛ لأن ذلك يقع باطلاً بالإكراه وبالرضا أيضاً.
“Maka telah terjadi hukum yang umum ini pada mengharamkan menikahkan wanita Islam dengan lelaki yang bukan Islam. Maka tidak boleh keluarga yang dekat dari pihak perempuan memaksanya atas berkahwin dengan lelaki yang kafir. Kerana sungguhnya yang demikian itu terbatal dengan paksaan dan terbatal juga walau tanpa paksaan.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/hukum-wanita-islam-kahwini-lelaki-kafir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam

Apakah Hukum Meniup Makanan Serta Minuman Panas Dalam Islam

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 377 hits
APAKAH hukum meniup makanan dan minuman panas Selain itu bagaimana sekiranya seseorang bernafas dalam gelas ketika minum air Rasulullah SAW melarang bernafas dalam bekas minuman Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah RA bermak...
Kekalkah Orang Islam Dalam Neraka Sebab Menyokong Orang Kafir

Kekalkah Orang Islam Dalam Neraka Sebab Menyokong Orang Kafir

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 412 hits
SOALAN Memang tidak dinafikan lagi semua orang kafir akan masuk neraka dan kekal di dalam neraka Soalan saya adakah orang Islam yang menyokong orang orang kafir juga akan masuk neraka dan kekal dalam neraka sebagaimana orang kafir JAWAPAN F...
Wanita Islam Wajib Pakai Cadar

Wanita Islam Wajib Pakai Cadar

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 488 hits
Memang keterlaluan Adakah patut wanita diwajibkan pakai cadar Cadarkan digunakan untuk menutup tilam Ya cadar adalah kain untuk menutup tilam Itu maksud yang umum difahami Namun cadar juga adalah kain penutup kepala atau muka perempuan Itul...
Hukum Wanita Menari Zumba

Hukum Wanita Menari Zumba

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 571 hits
Soal Saya telah melihat sekumpulan wanita Islam lebih kurang 70 80 orang menari zumba di padang taman awam di hadapan Bukit Besar bersebelahan pasaraya Mydin Kuala Terengganu Sebahagian besar wanita Islam tersebut tidak menutup aurat dengan...
Hukum Wanita Ikut Hantar Jenazah Ke Kubur

Hukum Wanita Ikut Hantar Jenazah Ke Kubur

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 375 hits
Soalan Adakah harus kaum wanita solat jenazah Adakah boleh kaum wanita ikut hantar jenazah ke kubur dan bagaimana pula kalau isteri yang mahu hantar jenazah suaminya ke kubur Jawapan Solat jenazah hukumnya fardu kifayah atas kaum lelaki dan...
Hukum Melanggar Lalu Lintas Dalam Islam

Hukum Melanggar Lalu Lintas Dalam Islam

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 225 hits
Sudah maklum bahwa masyarakat Indonesia terkenal dengan pelanggaran lalu lintasnya Bila tidak ada petugas yang berjaga mereka kadang tidak segan segan untuk melanggar lalu lintas seperti menerobos saat lampu merah dan lainnya Padahal hal it...
Nafsu Seks Melampau Wanita 3 Anak Ini Ketagih Hubungan Seks Setiap Hari

Nafsu Seks Melampau Wanita 3 Anak Ini Ketagih Hubungan Seks Setiap Hari

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 778 hits
Selepas melahirkan anak selalunya nafsu seks seseorang akan menurun Namun ibu kepada 3 orang anak ini mengalami ketagihan seks yang melampau Rebecca Barker wanita asal Tadcaster Yorkshire mulai menjadi penagih seks sejak usianya memasuki 20...
Hael Husaini Saya Tak Kisah Jodoh Wanita Berusia

Hael Husaini Saya Tak Kisah Jodoh Wanita Berusia

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 1199 hits
Penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini 32 ketika ditanya soal jodoh memberitahu yang dia tidak kisah jika jodoh dengan seorang wanita lebih berusia dan dia juga mahu melalui fasa perkahwinan hanya sekali seumur hidupnya Saya tidak kisa...
Duh Kekasih Salmafina Sunan Selingkuh Dengan Setengah Wanita

Duh Kekasih Salmafina Sunan Selingkuh Dengan Setengah Wanita

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 195 hits
Salmafina Sunan sepertinya tengah patah hati Soalnya ia diselingkuhi Tak sampai di situ ia bahkan diselingkuhi dengan sosok yang setengah wanita Benarkan
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton