Hukum Wanita Menari Zumba



Soal :
Saya telah melihat sekumpulan wanita Islam lebih kurang 70-80 orang menari zumba di padang taman awam di hadapan Bukit Besar bersebelahan pasaraya Mydin Kuala Terengganu.
Sebahagian besar wanita Islam tersebut tidak menutup aurat dengan sempurna yaitu ramai yang memakai pakaian yang ketat sehingga nampak bentuk perut dan dada dan punggung dan ada yang seluarnya singkat nampak betis dan ada juga yang tidak memakai tudung kepala. Mereka menggoyang-goyangkan badan mengikut rentak muzik dengan diperhatikan olih orang ramai yang lalu lalang dan beriadah disitu.
Apakah hukumnya disisi syarak?
Jawab :
Aurat perempuan wajib ditutup dari pandangan orang yang tidak halal melihatnya dan kewajipan tersebut tidak tertunai melainkan dengan dua syarat :
Pertama : Memakai pakaian yang menutup dari kelihatan warna kulitnya.
Kedua : Memakai pakai yang longgar sekira-kira tidak dapat dilihat bentuk tubuhnya dari atas kepala sampai ke kakinya.
Rasulullah saw bersabda :
وأمر امرأتك أن تجعل تحته ثوبا لا يصفها
Artinya : “Perintahkan isterimu memakai pakaian disebalik pakaian luar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.” (Hadith Abu Daud, Baihaqi & Hakim)
Dan dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda :
مرها فلتجعل تحتها غلالة ، إني أخاف أن تصف حجم عظامها
Artinya : “Perintahlah isterimu meletakkan pakaian disebalik pakaian luar. Sungguhnya aku takut ia akan menampakkan bentuk tubuhnya.” (Hadith Ahmad)
Dalam hadith ini Rasulullah saw menyuruh kaum perempuan memakai dua lapis pakaian supaya tidak ternampak bentuk badannya jika dipandang dari luar ketika berjalan diluar rumah.
Menampakkan rambut atau leher atau dada atau kaki adalah haram dengan sengaja dihadapan orang yang ajnabi. Begitu juga haram memakai pakaian yang ketat sehingga dapat dilihat bentuk dadanya atau belakangnya atau punggungnya atau perutnya atau pahanya. Sengaja berpakaian begini adalah haram dan berdosa sekalipun hanya berjalan pergi ke masjid. Apatah lagi berpakaian tidak menutup aurat atau menampakkan bentuk tubuh badan kemudian melenggokkan badannya pula membuat tarian di hadapan lelaki yang tidak halal melihatnya adalah haram dengan ijmak ulama dan perbuatan menarinya itu adalah perbuatan maksiat. Jika dia berulang-ulang menari seperti itu maka masuklah ia dalam kalangan ahli maksiat.
Perempuan yang melakukan perbuatan seperti ini tergolong dalam perempuan yang fasiqah. Ibu bapa atau suami yang membenarkan anak perempuan atau isterinya melakukan perbuatan tersebut turut menanggung dosa kerana kaedah “redha dengan maksiat ialah maksiat dan redha dengan kefasiqan adalah fasiq.”
Begitu juga berdosa orang yang melibatkan diri dalam menjayakan program tarian seperti ini samada kerajaan atau swasta atau orang persendirian.

Semua pemimpin negeri turut menanggung dosa kerana membiarkan perkara maksiat dan dilaknat ini terang-terangan tanpa apa-apa tindakan.
Penonton yang hadir untuk melihatnya juga berdosa kerana haram hukumnya melihat atau menghadirkan diri pada majlis yang maksiat dan keji seperti ini
Berkata Imam Qurtubi di dalam tafsirnya :
اسْتَدَلَّ الْعُلَمَاءُ بِهَذِهِ الْآيَةِ عَلَى ذَمِّ الرَّقْصِ وَتَعَاطِيهِ
artinya : “Para ulamak berdalil dengan ayat 37 surah Al-Israk mencela perbuatan menari dan pelakunya.”
Berkata Syeikh Khatib :
“Dan sekiranya kehadiran seseorang itu ke majlis tidak menghilangkan kemungkaran yang ada, diharamkan untuk dia datang kerana ianya seumpama redha dengan kemungkaran.”
Adapun jika menari perempuan dihadapan orang yang halal melihatnya seperti suaminya tanpa ada lelaki ajnabi melihat sama maka hukumnya adalah harus.
Berkata ulamak :
أما رقص المرأة أمام زوجها وليس عندهما أحد فلا بأس به
artinya : “Adapun menarinya isteri di depan suaminya yang tidak ada orang lain melihat maka tidak menjadi kesalahan.”
Kesimpulannya :
Perbuatan wanita Islam yang menari zumba di khalayak ramai seperti ini adalah haram dan mereka adalah pelaku maksiat lagi tidak mempunyai maruah kerana tidak ada rasa malu orang melihat.
Tersebut pada fatwa negeri Yaman :
الواجب على المرأة المسلمة الاحتشام والتستر بالحجاب الكامل عن الرجال غير المحارم، والبعد عن أسباب الفتنة، ومن أعظمها رقصها أمام الرجال الأجانب، فهو محرم لا يجوز، وهو مسبب للفتنة والوقوع في الفاحشة، ومناف للحياء، فعلى المرأة المسلمة الابتعاد عن ذلك وعن غيره من أسباب الفتنة‏
“Yang wajib atas wanita yang beragama Islam ialah berlaku sopan dan menutup dirinya dengan sempurna dari lelaki yang bukan mahram dan menjauhkan dari segala sebab fitnah. Setengah dari fitnah yang sangat besar ialah menari perempuan di depan lelaki yang bukan mahram. Ia adalah haram tidak diharuskan sama sekali. Ialah punca fitnah yang akan jatuh kepada perbuatan keji dan tidak ada rasa malu. Wajib atas kaum wanita menjauhkan perbuatan menari seperti ini dan lainnya dari segala sebab berlakunya fitnah.”
Wallahua’lam
 
Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )
The post Hukum Wanita Menari Zumba appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/hukum-wanita-menari-zumba/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Wanita Ikut Hantar Jenazah Ke Kubur

Hukum Wanita Ikut Hantar Jenazah Ke Kubur

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 424 hits
Soalan Adakah harus kaum wanita solat jenazah Adakah boleh kaum wanita ikut hantar jenazah ke kubur dan bagaimana pula kalau isteri yang mahu hantar jenazah suaminya ke kubur Jawapan Solat jenazah hukumnya fardu kifayah atas kaum lelaki dan...
Endi Ternyata Dikeroyok Suami Dan Anak Dari Wanita Selingkuhannya

Endi Ternyata Dikeroyok Suami Dan Anak Dari Wanita Selingkuhannya

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 397 hits
Saat sudah berada di dalam kamar kemudian Endi ini dikeroyok oleh keduanya Saat ini Endi masih di RSUD dr Slamet Garut Sedangkan TA dan RF saat ini masih kita periksa di Mapolsek katanya
Wanita Ditikam Bekas Suami Kerana Enggan Rujuk Semula

Wanita Ditikam Bekas Suami Kerana Enggan Rujuk Semula

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 312 hits
Wanita ditikam bekas suami kerana enggan rujuk semula Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Jul 2019 11 38PM
Ditumpang Lelaki Misteri Nasib Baik Kereta Kunci Wanita Cerita Detik Cemas

Ditumpang Lelaki Misteri Nasib Baik Kereta Kunci Wanita Cerita Detik Cemas

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 865 hits
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita bersama anaknya yang berada dalam ketakutan setelah kereta yang dinaikinya ditumpang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali Salam semua rakan2 koi Koi nak share sikit cerita Siang tadi koi Kat T...
Suami Direbut Wanita Lain Pesan Ibu Ke Anaknya Bikin Nangis

Suami Direbut Wanita Lain Pesan Ibu Ke Anaknya Bikin Nangis

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 666 hits
Curhatan seorang wanita yang suaminya direbut orang ke tiga kembali menjadi viral di dunia maya Kali ini datang dari pemilik akun Cecylia Berlian Dalam unggahannya Cecylia mengungkapkan rasa kecewa dan sedihnya tatkala mengetahui sang suami...
Pelakon Wanita Tempatan Ini Pernah Ditawar Berlakon Iron Man

Pelakon Wanita Tempatan Ini Pernah Ditawar Berlakon Iron Man

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 369 hits
Jika anda menonton drama Jodoh Jodoh Annisa pasti anda mengenali pelakon Daniella Sya Meskipun masih baru di dalam industri hiburan tanah air The post appeared first on
10 Cara Mendekati Wanita Yang Susah Move On Dari Mantannya

10 Cara Mendekati Wanita Yang Susah Move On Dari Mantannya

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 620 hits
Seorang pria yang hendak melakukan pendekatan dengan wanita memiliki tantangan yang beragam Mulai dari tantangan dari psikologi pria itu sendiri karakter sang wanita hingga suasana hati yang dialami oleh kedua belah pihak Berbicara tentang ...
Lelaki Myanmar Ditahan Intai Rakam Gambar Wanita Di Bilik Air

Lelaki Myanmar Ditahan Intai Rakam Gambar Wanita Di Bilik Air

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 498 hits
Lelaki Myanmar ditahan intai rakam gambar wanita di bilik air nbsp Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Jul 2
Wanita Hilang Rm60 000 Lesap Diperangkap Kekasih Maya

Wanita Hilang Rm60 000 Lesap Diperangkap Kekasih Maya

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 239 hits
KEPALA BATAS 25 Julai Seorang juruwang wanita kerugian RM64 545 baru baru ini selepas terjebak dengan taktik seorang lelaki dipercayai anggota sindiket Love Scam yang mendakwa dirinya dari Amerika Syarikat dan menjadi kekasih mayanya Ketua ...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai