Hukum Sujud Atas Tanah Atau Lantai Tanpa Alas



SOALAN:
Bolehkah seseorang mendirikan solat di atas tanah atau lantai tanpa beralaskan sejadah? Mohon penjelasan.

JAWAPAN
Allah SWT telah menjadikan manusia daripada bahan-bahan di bumi dan memerintahkan mereka supaya memakmurkannya. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا
“Dia lah yang menjadikan kamu dari (bahan-bahan) bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.” (Surah Hud: 61)

Selain daripada itu, Allah SWT memuliakan Nabi Muhammad SAW dengan kemuliaan yang tidak diberikan kepada Nabi-Nabi yang lain, antaranya ialah Allah SWT menjadikan di setiap permukaan bumi sebagai tempat sujud (untuk mendirikan solat) di atasnya dan menjadikan tanahnya suci untuk bertayammum jika sekiranya ketiadaan air bagi umat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda:

أُعْطِيتُ خَمْسًا لَم يُعْطِهِنَّ أَحَدٌ قَبْلِي.. وَجُعِلَتْ لِي الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًاً فَإيما رجل مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةَ فَلْيُصَلِّ
“Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapapun sebelum aku.. (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, dimana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat.” [Riwayat al-Bukhari (438)]

Oleh itu secara asasnya, harus hukumnya untuk mendirikan solat di mana sahaja tanah atau lantai tanpa menggunakan alas atau sejadah kerana ia merupakan satu kemuliaan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tempat yang dikecualikan daripada diharuskan sujud di atasnya, seperti di atas kuburan dan tandas. Di dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

الأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلّا المَقْبَرَةَ وَالحَمَّامَ
“Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas.” [Riwayat al-Tirmidzi (236), Ibn Majah (737) dan Abu Daud (415)]

Begitu juga, jika sekiranya sesuatu tempat tersebut terdapat najis, maka tidak boleh didirikan solat di atasnya. Hal ini kerana para fuqaha’ telah menetapkan bahawa antara syarat sah solat adalah bersih daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat (طهارة عن النجاسة في الثوب و البدن و المكان). Apa yang dimaksudkan dengan tempat solat tersebut ialah:

الذِي يُلَاقِيه أَثْناء صَلَاتِهِ أي: الذي يبَاشِرُ ثَوْبَهُ وَ بَدَنَهُ
“(Apa-apa tempat) yang bersentuhan dengan seseorang ketika mendirikan solat, iaitu yang menyentuh pakaian dan badannya ketika solat.” (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 202)

Justeru itu, jika terdapat najis pada tempat solat yang bersentuhan dengan baju atau badan seseorang, maka tidak boleh didirikan solat di atas tempat tersebut dan tidak sah solatnya.

Namun, jika sekiranya najis tersebut tidak bersentuhan dengan badan atau pakaian tetapi kedudukannya berdekatan dengan tempat solat, maka hukumnya adalah makruh. Hal ini seperti yang disebutkan Syeikh Hasan al-Kaff bahawa:

لَا يَضُرُّ وُجُودُ نَجِسٍ مُحَاذٍ لِبَدَنِ المُصَلِّى أو ملبوسه أو محموله بدون مماسَّة له و لكن مع الكراهة إن قرب عرفا
“Tidak menjejaskan sahnya solat jika terdapat najis yang bertentangan dengan badan, pakaian atau barangan yang ditanggung oleh orang yang mendirikan solat sekiranya tidak bersentuhan dengannya. Namun, makruh hukumnya jika najis tersebut terlalu dekat secara urufnya.” (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 203)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa hukum sujud di atas tanah atau lantai tanpa beralaskan sejadah adalah sah dan hukumnya adalah harus. Hal ini kerana ia merupakan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW, yang menjadikan seluruh muka bumi ini sebagai tempat sujud untuk mendirikan solat di atasnya kecuali kuburan dan tandas.

Selain itu, dikecualikan juga jika sekiranya tempat tersebut mempunyai najis yang bersentuhan dengan badan, pakaian atau barang yang ditanggung oleh yang mendirikan solat, maka tidak boleh didirikan solat di atasnya kerana di antara syarat sah solat ialah bersih daripada najis pada tempat solat (طهارة المكان). Jika najis tersebut tidak bersentuhan namun berdekatan secara urufnya, maka hukumnya adalah makruh dan seeloknya dielakkan.

Disamping itu, suka untuk kami ingatkan bahawa sujud tanpa alas atau sejadah ini hendaklah diamalkan pada ketika ketiadaan atau kesukaran untuk mendapatkannya sahaja. Namun, jika sekiranya sejadah atau alas sudah tersedia dan senang didapati, maka hendaklah kita menggunakannya dan janganlah malas untuk membentangnya untuk solat di atasnya. Hal ini adalah lebih baik kerana ia menjamin kesucian dan menghilangkan rasa was-was di dalam diri. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-sujud-atas-tanah-atau-lantai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Hukum Terlepas Kata Kata Mengaibkan Suami Atau Isteri Sendiri

Apa Hukum Terlepas Kata Kata Mengaibkan Suami Atau Isteri Sendiri

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 2842 hits
Apa hukum terlepas kata kata mengaibkan suami atau isteri sendiri Kadang kadang bila seseorang tu melepak sambil borak borak kosong dengan geng geng makcik pakcik bawang dengan tak sengaja dia meluahkan masalah atau apa saja hal berkaitan d...
Hukum Letak Barang Atas Al Quran

Hukum Letak Barang Atas Al Quran

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 1188 hits
HUKUM LETAK BARANG ATAS AL QURAN Soal Adakah harus kita meletakkan suatu barang di atas Quran seperti ditindih di atasnya dengan buku yang lain atau mata benda seperti kunci atau umpamanya Jawab Para ulama telah bersetuju bahawa memuliakan ...
Hukum Imam Memanjangkan Sujud Bacaan Yang Boleh Dibaca Ketika Sujud

Hukum Imam Memanjangkan Sujud Bacaan Yang Boleh Dibaca Ketika Sujud

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 339 hits
SOALAN Saya pernah mendirikan solat Zohor secara berjemaah di sebuah masjid yang mana imamnya apabila sujud dia akan sujud pada kadar yang agak lama Saya sendiri sudah selesai bacaan sujud sebanyak tiga kali tetapi imam masih belum mengangk...
Penanganan Banjir Jakarta Bukan Soal Normalisasi Atau Naturalisasi Sungai

Penanganan Banjir Jakarta Bukan Soal Normalisasi Atau Naturalisasi Sungai

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 186 hits
Endang menerangkan masterplan penanganan banjir berupa banjir kanal sudah dibuat sejak awal Orde Baru tetapi baru tuntas pada masa Sutiyoso dan Fauzi Bowo Dalam hal ini dibutuhkan koordinasi dan sinergi antara berbagai pihak baik pusat maup...
Dengki Khianat Tak Kenal Keluarga Atau Kawan Terlalu Indah Fitnah Buat Kami Puteri Balqis

Dengki Khianat Tak Kenal Keluarga Atau Kawan Terlalu Indah Fitnah Buat Kami Puteri Balqis

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 729 hits
Pelakon cilik Puteri Balqis memohon semua pihak termasuk golongan selebriti agar tidak mempertikaikan apa apa mengenai ibunya yang didakwa membiarkan dirinya terkontang kanting dalam mencari haluan meneruskan kehidupan mereka dua beranak Le...
Tekstur Bisa Sangat Menentukan Persepsi Sebuah Makanan Sehat Atau Tidak

Tekstur Bisa Sangat Menentukan Persepsi Sebuah Makanan Sehat Atau Tidak

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 249 hits
Hasil penelitian terbaru ini melihat bagaimana produk makanan dapat dianggap berbeda tergandung dari tampilannya Diketahui bahwa tekstur permukaan biskuit menunjukkan pada orang orang bagaimana manfaat sehatnya dan tekstur ini juga menunjuk...
Bimbang Undang Mantan Atau Tidak Ke Nikahanmu Terapkan 6 Rumus Ini Niscaya Bakal Ada Pencerahan

Bimbang Undang Mantan Atau Tidak Ke Nikahanmu Terapkan 6 Rumus Ini Niscaya Bakal Ada Pencerahan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 272 hits
Mana mantan yang perlu diundang dan mana yang tidak biar tidak ada drama harusnya aku yang di sana ya
Graduan Menganggur Masalah Graduan Universiti Atau Majikan

Graduan Menganggur Masalah Graduan Universiti Atau Majikan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 220 hits
BERNAMA Isu graduan menganggur atau gagal mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka merupakan isu yang sering diperkatakan golongan muda hari ini Timbul persoalan apabila di pihak majikan mereka mendakwa ramai graduan tidak me...
Rakyat Boleh Claim Rm30 Etunai Bagi Pengguna Tng Ewallet Boost Atau Grabpay Bermula Esok

Rakyat Boleh Claim Rm30 Etunai Bagi Pengguna Tng Ewallet Boost Atau Grabpay Bermula Esok

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 635 hits
Penebusan boleh dibuat bermula jam 8 pagi esok 15 Januari 2020 Cover image via Google The Coverage Seperti yang sedia maklum kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta untuk pelaksanaan insentif eTunai Rakyat Program ini juga telah diumumkan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator