Graduan Menganggur Masalah Graduan Universiti Atau Majikan


BERNAMA



Isu graduan menganggur atau gagal mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka merupakan isu yang sering diperkatakan golongan muda hari ini.

Timbul persoalan apabila di pihak majikan, mereka mendakwa ramai graduan tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang relevan dengan kehendak industri sedangkan graduan terlibat telah menghabiskan masa antara tiga hingga lima tahun untuk memperoleh diploma atau ijazah sarjana muda.

Terdapat pelbagai pandangan berhubung masalah tersebut dan antara isu yang dibangkitkan adalah kemampuan institusi pengajian tinggi (IPT) menawarkan kursus dan ilmu pengetahuan yang selari dengan kehendak industri dan keperluan semasa buat pelajar mereka.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata ketika ini dapat dilihat ramai graduan yang mengikuti kursus-kursus tertentu di IPT, namun akhirnya bekerja di luar bidang kelayakan mereka.

"Ini berlaku kerana ketidakmampuan universiti untuk menukar kandungan kursus-kursus mereka dengan cepat. Walaupun mereka tahu bahawa apa yang diperlukan pasaran pekerjaan itu berlainan, tetapi untuk mereka menukar kursus atau membuat kursus baharu itu memakan masa yang lama," katanya kepada Bernama.

Menurutnya lagi, beliau difahamkan kursus baharu yang mahu diperkenalkan sesebuah IPT kebiasaannya mengambil masa sehingga lima tahun sebelum kursus tersebut mendapat kelulusan untuk ditawarkan.

"Bermakna kalau itulah masa yang diambil (untuk perkenalkan kursus baharu), sudah tentu masa yang akan diambil agak lama.

"Selepas kita tawarkan kursus berkenaan, ia mungkin tidak relevan lagi dengan pasaran pekerjaan kerana sekarang ini pasaran pekerjaan berubah dengan begitu cepat sekali," katanya.

Sungguhpun begitu, Shamsuddin tidak menuding jari kepada pihak IPT sepenuhnya berhubung isu graduan menganggur.

"Untuk mengatakan bahawa universiti itu tidak menjalankan tugas mereka dengan baik, itupun bukanlah 100 peratus (kesalahan IPT). Kita juga melihat pasaran pekerjaan pada masa ini memang agak lembap," ujarnya.

Di satu lagi pihak, bagaimanapun menjadikan sikap majikan yang terlalu cerewet ketika mengambil pekerja hingga menutup peluang graduan yang layak untuk bekerja sebagai antara penyumbang kepada kadar pengangguran itu.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Raduan Che Rose berkata selain IPT, menjadi tanggungjawab majikan dan organisasi yang menawarkan peluang pekerjaan supaya turut melatih graduan untuk bekerja.

"Ini falsafah pendidikan, kita mengeluarkan graduan yang boleh berfikir, kita mengeluarkan graduan yang boleh menyesuaikan diri ...dia (graduan) bukan dah ada kemahiran untuk kerja terus, mana boleh. Industri pun ada peranan untuk melatih graduan," jelasnya.

Katanya tidak wajar untuk menuding jari kepada graduan dan universiti semata-mata kerana pihak industri ketika ini juga tidak menyajikan peluang pekerjaan secukupnya.

Sementara itu, beliau juga menyatakan setakat ini hampir 50 peratus graduan yang bekerja sebenarnya berada dalam bidang yang tidak setimpal dengan kelulusan mereka.

"Underemployed bermakna graduan yang bekerja dalam sektor atau jenis pekerjaan yang tidak memerlukan kepakaran dan kelulusan mereka... banyak. Ini isu besar," katanya.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/graduan-menganggur-masalah-graduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Masalah Atau Isu Tidak Boleh Diselesaikan Jika Dibawa Berbincang

Tiada Masalah Atau Isu Tidak Boleh Diselesaikan Jika Dibawa Berbincang

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 283 hits
Dong Zong datang jumpa Mujahid Sebagai pemimpin Islam Mujahid membuka pintu pejabatnya untuk berbincang dengan Dong Zong Itulah akhlak Islam Selepas mendengar pandangan Dong Zong maka Mujahid pula memberi pandangan dia yang akhirnya Dong Zo...
Kerap Selfie Duck Face Atau Muncung Itik Tanda Masalah Mental Kajian

Kerap Selfie Duck Face Atau Muncung Itik Tanda Masalah Mental Kajian

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 480 hits
Di laman sosial sahaja kerap kita melihat gambar gambar anak gadis yang suka berselfie pasti bermacam macam gaya dan mimik muka Paling top sekarang ialah duck face atau muncung itik Kedengarannya seperti lucu tetapi itulah trend anak muda s...
Bentuk Dan Spec Iphone 9 Atau Se2

Bentuk Dan Spec Iphone 9 Atau Se2

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 269 hits
Apple dijangka akan melancarkan iPhone SE2 atau iPhone 9 tak lama lagi ni Korang yang mana tengah cari phone tu boleh duduk diam dulu dan tunggu iPhone 9 ni keluar sebab kalini ia adalah kelas pertengahan dari Apple dan akan dijual bermula ...
Razer Kishi Alat Kawalan Yang Disambung Melalui Port Usb C Atau Lightning

Razer Kishi Alat Kawalan Yang Disambung Melalui Port Usb C Atau Lightning

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 324 hits
Tahun lepas bulan Oktober Razer telah Ia adalah alat kawalan seakan Joy Con untuk Switch yang boleh digunakan pada peranti pintar Tetapi hanya peranti terpilih sahaja boleh menggunakannya Terkini di acara CES 2020 mereka melancarkan satu la...
Gemar Duduk Atau Baring Terlalu Lama Anda Berisiko Sakit Ncd

Gemar Duduk Atau Baring Terlalu Lama Anda Berisiko Sakit Ncd

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 215 hits
Gaya hidup sedentari meningkatkan risiko penyakit NCD seperti kardiovaskular kanser pernafasan kronik dan diabetes Foto AFPKUALA LUMPUR 6 Jan Adakah anda duduk berjam jam sepanjang hari Jika ya anda sebenarnya berisiko menghidap penyakit ti...
Tanda Tanda Pasangan Anda Kena Sihir Pemisah Atau Gangguan Makhluk Halus

Tanda Tanda Pasangan Anda Kena Sihir Pemisah Atau Gangguan Makhluk Halus

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 671 hits
Sihir pemisah atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perba...
Kula Cakes Atau Lila Wadi Mana Yang Best

Kula Cakes Atau Lila Wadi Mana Yang Best

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 698 hits
Bagi peminat makanan viral di Malaysia tentu pernah dengar nama restoran Kula Cakes kan Tapi pernah tak awak dengar nama restoran Lila Wadi Mana satu yang best Sempena cuti sekolah 2019 kami takde plan nak pergi bercuti ke mana Jadi suami a...
Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 620 hits
Memandangkan sekarang virus influenza semakin merebak langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan keadaan ini terkawal dan tidak menjangkiti orang lain Biasanya golongan kanak kanak lebih berisiko kerana antibodi mereka belum kuat se...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof