Hukum Suami Gagal Tunai Nafkah Batin


Hukum Suami Gagal Tunai Nafkah Batin. Saya berkahwin selama enam tahun dan mempunyai dua anak. Saya dan suami berumur dalam 30-an dan bekerja di ibu kota.


Suami memenuhi tanggungjawab zahir, tetapi gagal menunaikan hak batin. Sudah dua tahun, suami tidak menyentuh saya walaupun hanya berpegangan tangan.


Saya pernah mengajak suami mendapatkan kaunseling Jabatan Agama Islam, tetapi suami menolak.


Suami tidak mempunyai kawan rapat, malah dia tidak rapat dengan ahli keluarganya. Jadi, saya menemui jalan buntu untuk mengetahui masalah sebenar suami.


Adakalanya, fikiran jahat dan hasutan membuatkan saya mahu menuntut cerai daripada suami, tetapi saya masih sayangkannya dan anak.


Saya memohon pencerahan puan, apakah langkah terbaik perlu saya lakukan.


Hani, Bangsar.






Hukum Suami Gagal Tunai Nafkah Batin

Seorang suami bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin seperti makan minum, penginapan, pakaian, kebajikan, keselamatan, pengetahuan agama, hukum hakam dan keperluan seksual.


Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: "Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu sebagaimana saja yang kamu kehendaki".


Selain itu hak terhadap nafkah batin atau seks bagi seorang isteri ini adalah wajib ditunaikan suami. Allah SWT menyebut dalam al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud: "Dan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya dengan cara yang makruf."


Malah, antara tujuan perkahwinan ialah menghalalkan hubungan seks antara suami isteri.


Sekiranya, seorang isteri itu berkeinginan kepada nafkah batin maka wajiblah ditunaikan oleh suami melainkan suami mengalami penyakit yang menyebabkan beliau gagal memberikannya.


Jika suami gagal untuk memberi nafkah batin kepada isteri tanpa sebab, hukumnya berdosa dan menganiaya isteri.


Saya menasihatkan anda mengenalpasti apakah masalah suami puan, khususnya dari segi kemampuan menjalankan kewajipannya terhadap puan.


Sekiranya suami didapati mempunyai masalah atau penyakit maka wajarlah puan memujuk suami dengan cara berbincang untuk mendapatkan apa-apa rawatan perubatan moden atau alternatif untuk memulihkannya.


Saya tidak nafikan bahawa isu ini amat sensitif dan sukar diterima suami puan, namun cara ini paling baik dan berhikmah.


Perkahwinan selama enam tahun sedikit sebanyak puan dapat fahami dan kenali apa kemahuan dan kehendak suami puan khususnya berkaitan seks. Maka, dari dua keadaan ini puan boleh membuat perbandingan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


Selanjutnya, jika masalah ini gagal diselesaikan menerusi perbincangan bersama suami, pembabitan keluarga perlu. Sebaiknya pilihlah daripada kalangan ahli keluarga yang rapat dengan suami.


Namun, beritahu ibu bapa suami, adik-beradik suami mengenai masalah puan. Ia bukanlah bertujuan bagi mengaibkan suami puan, tetapi hanyalah ikhtiar untuk menyelesaikan masalah itu.


Akhirnya, jika segala usaha di atas menemui kegagalan, puan perlu membuat keputusan.


Jika puan merasakan tidak mampu lagi bertahan dengan ketiadaan nafkah batin itu serta enggan meneruskan perkahwinan, puan boleh membubarkan perkahwinan dengan perceraian secara baik atau fasakh.


Masalah ini salah satu alasan fasakh yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam bagi Negeri Selangor iaitu di bawah Seksyen 53 (1) (d) iaitu: "Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara' adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu-bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun".


Namun, sebelum mengambil langkah terakhir itu, pelihara pesona kecantikan dan kejelitaan kurniaan Ilahi kepada puan serta berusahalah mencari persefahaman dalam berkomunikasi mengenai seks demi memulihkan semula perasaan cinta antara puan dengan suami, insya-Allah cinta anda akan bertaut kembali.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2022/05/hukum-suami-gagal-tunai-nafkah-batin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20220510 Jakim Gagal Pantau Pematuhan Syarat Halal Pusat Penyembelihan Di Australia Minaq Jinggo 10 05 2022

20220510 Jakim Gagal Pantau Pematuhan Syarat Halal Pusat Penyembelihan Di Australia Minaq Jinggo 10 05 2022

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 303 hits
KENYATAAN MEDIAPPIM BONGKAR STATUS DAGING HALALLUAR NEGARAPersatuan Pengguna Islam Malaysia sentiasa peka dan memantau penternak dan pengedar daging halal untuk pasaran di negara ini Baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi mener...
Husam Musa Aksb Gagal 32 000 Pengguna Menderita Sejak Semalam

Husam Musa Aksb Gagal 32 000 Pengguna Menderita Sejak Semalam

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 165 hits
AKSB GAGAL 32 000 PENGGUNA MENDERITA SEJAK SEMALAMSemalam saya berjanji menyambung posting mengenai cadangan Aksb Kerajaan Kelantan nak membina kolam takungan air sebagai cara terbaru MENGUBAT PENYAKIT LOJI SIAP AIR TAK ADA Saya tangguhkan ...
Perjuangan Anisa Rahma Agar Hamil Pernah Berkali Kali Gagal Bayi Tabung

Perjuangan Anisa Rahma Agar Hamil Pernah Berkali Kali Gagal Bayi Tabung

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 141 hits
Sempat alami penyumbatan di tuba falopi Anisa tak pernah putus asa dalam berusaha Hingga akhirnya kini ia hamil anak kembar Selamat
Suami Sebak Penuhi Hasrat Terakhir Arwah Isteri Bergambar Sedondon Raya

Suami Sebak Penuhi Hasrat Terakhir Arwah Isteri Bergambar Sedondon Raya

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 193 hits
Rindu yang tiada penghujung Berat ujian ditanggung Mohd Mizi Abu Hasan apabila terpaksa menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi tanpa isteri tercinta Nur Hanis Abd Rahman yang dijemput Ilahi pada 28 Mac lalu Nur Hanis meninggal dunia pada u...
Sah Hamil Tujuh Bulan Elisya Sandha Tampil Kongsi Kenangan Suami Menangis Kegembiraan

Sah Hamil Tujuh Bulan Elisya Sandha Tampil Kongsi Kenangan Suami Menangis Kegembiraan

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 372 hits
Elisya berkongsi video dia membuat kejutan tentang berita kehamilan Lapan bulan mendirikan rumah tangga pelakon Elisya Sandha berkongsi berita gembira dirinya kini hamil tujuh bulan
Nasabah Kasus Gagal Bayar Asuransi Bumiputera Minta Perhatian Presiden Jokowi

Nasabah Kasus Gagal Bayar Asuransi Bumiputera Minta Perhatian Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 163 hits
Akibat tiada kepastian penyelesaian kasus gagal bayar ini Korban Gagal Bayar AJB Bumiputera 1912 akan melakukan aksi damai bersama dan serentak secara nasional untuk menuntut kepastian penyelesaian kasus ini yang cenderung bertele tele Aksi...
Kau Memang Gagal Lah Dari Telur Sampai Tiket Penerbangan Pun Masih Gagal Baik Kau Letak Jawatan Lah

Kau Memang Gagal Lah Dari Telur Sampai Tiket Penerbangan Pun Masih Gagal Baik Kau Letak Jawatan Lah

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 224 hits
Didakwa berpihak pada AirAsia dalam isu sering tunda penerbangan ini jawapan menteriMay 15 2022 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan bahawa beliau memihak kepada syarika...
Gagal Lepas Landas Pesawat Tibet Airlines Terbakar Di China

Gagal Lepas Landas Pesawat Tibet Airlines Terbakar Di China

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 155 hits
Pesawat Tibet Airlines gagal lepas landas dan terbakar di bandara kota Chongqing China pada Kamis
Dispelling The Kerajaan Gagal Fallacy Wholesale And Retail Sales Hit New High

Dispelling The Kerajaan Gagal Fallacy Wholesale And Retail Sales Hit New High

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 189 hits
Malaysians have been shopping like crazy after EPF released cash into the system like what the opposition wanted Monthly wholesale and retail sales in Malaysia hit a record high of RM123 8 billion in March accounting for a 9 8 improvement y...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias