Hukum Solat Tutup Mata Dan Makmum Masbuk


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hukum Solat Tutup Mata dan Makmum Masbuk! | Ada orang solat dengan mata yang tertutup untuk dapatkan khusyuk solat. Tapi jadi persoalan.... Boleh ke solat dengan mata yang tertutup tanpa melihat tempat sujud

Dan Makmum Masbuk... Apa tu? 
Ini kisahnya solat Tutup Mata dan Makmum Masbuk yang boleh kita ambil pengajaran bersama... 
Orang kampung ramai berkerumun di rumah Wak Kemang. Wak Kemang terlantar sakit. Heboh sekampung pasal Wak Kemang ditemui menggigil-gigil tidak keruan di bawah pokok ketapang. Mujur juga ada Lebai Sahak. Dialah yang menjumpai Wak Kemang dan membawanya pulang

Tok Penghulu Dali, Lebai Sahak, Siak Tompang, Noja Ayub, Ustaz Yunus bersama-sama penduduk kampung pergi melawat Wak Kemang pagi itu. Kata Wahid Satay, sakit Wak Kemang sudah semakin tenat. Sudah hampir putus nyawa

Wak Kemang terbaring di tengah-tengah ruang tamu beralaskan tilam lusuh. Tilam yang entah berpuluh tahun usianya. Salah hemat sebaya dengan umur anak gadis Wak Kemang yang baru tamat pengajian di universiti

Wak Kemang menggeletar di sebalik gebar yang membaluti tubuh. Dahi Wak Kemang tertempel selembar kain buruk. Peluh di muka Wak Kemang masih memercik walaupun sudah berkali-kali Limah Lenggang mengelapnya. Saat getir ini, Limah Lenggang isteri Wak Kemang inilah yang paling setia bertunggu tangga merawat Wak Kemang

Panas badan Wak Kemang masih belum kebah-kebah dari semalam. Tidurnya juga meracau-racau. Tiada siapa yang tahu apa yang diracaukan. Cuma kedengaran suara berdengus-dengus seperti lembu kena sembelih di hari raya korban lalu. Ya, Wak Kemang jugalah orangnya yang sama-sama melapah daging korban itu. Menyeringai Wak Kemang kegembiraan sambil tersentil rokok daun nipah di bibir. Gigi kuning pula menghiasi senyum simpul. Bukan dia hisap rokok daun itu pun. Bahaya katanya. Rokok nipah itu sekadar melepaskan ketagihan merokok. Memang Wak Kemang kaki merokok. Itu dulu. Sekarang ini dia benar-benar mahu berhenti

"Macam mana Wak Kemang hari ini?" tanya Tok Penghulu yang menghadap Wak Kemang. Sekali sekala diusapnya umbun-umbun Wak Kemang

"Macam inilah Tok. Masih tak berubah," jawab Limah Lenggang

"Apa cerita sebenarnya ni?" tanya Tok Penghulu sambil menggelengkan kepala, tanda simpati

"Entahlah Tok. Semalam sempat juga saya bertanyakan abang Kemang. Dia cakap, dia nak solat Zuhur di wakaf tepi kubur sana tu. Masa tu baru lepas matahari rambang. Tak ada orang pun di sekeliling," Limah Lenggang berjeda sambil mengelap peluh yang mula meleleh di pipi Wak Kemang

Memang pondok berhampiran kubur itu selalu ada orang mengerjakan solat di situ. Wakaf tersebut dilengkapi dengan peralatan solat dan kolah air. Terutama solat jenazah orang memang solatkan di situ

Solat Tutup Mata untuk tambahkan khusyuk "Kata abang Kemang lagi, suasana masa tu hening sangat. Dia tidak pernah rasa saat seperti itu. Hati abang Kemang berasa begitu tenang. Dia angkat takbir untuk solat. Kemudian memejamkan mata untuk menambahkan khusyuk. Elok sahaja hendak rukuk, ada orang menepuk bahunya. Dia sedikit terperanjat. Hati abang Kemang tertanya-tanya, siapakah itu. Abang Kemang terus rukuk

Entah bagaimana, abang Kemang terpandangkan dari celah kelengkang. Dia tak nampak sesiapa pun. Tiada susuk tubuh manusia yang kelihatan. Abang Kemang tersentap dan ketakutan. Itu yang dia lari lintang pukang. Habis segala apa di hadapan, dilanggarnya. Batu nisan pun dia terjah. Semak samun di belukar sana pun dia rempuh," Limah Lenggang menyambung ceritanya. 
Tercengang Soton, taukey Warung Pak Makrup. Mulutnya bundar dan mata sedikit terbelalak. "Patutlah Leman Lempeng semalam tercungap-cungap. Habis semua kerusi dan meja saya dilanggarnya. Macam lembu naik minyak, tak keruan." sampuk Soton

Tok Penghulu Dali, Lebai Sahak, Siak Ayub semuanya mengalihkan pandangan. Masing-masing menyorot tajam ke wajah Soton. "Apa kaitannya pulak?" tanya Lebai Sahak musykil

"Semalam tengah hari, Leman Lempeng termengah-mengah. Tercungap-cungap macam orang tak cukup nafas lagaknya. Saya tanya kenapa dia jadi macam tu. Dia kata, dia nampak Wak Kemang tengah bersiap-siap hendak solat Zuhur. Jadi, dia singgah ke wakaf itu untuk berjemaah sama. Dia pun tepuk bahu Wak Kemang. Sedang dia baru sahaja hendak membaca al-Fatihah, tiba-tiba Wak Kemang terus lari lintang pukang. Wak Kemang terjun dari wakaf macam orang kerasukan. Apa lagi Leman Lempeng pun terperanjat sama. Tanpa menunggu lama, Leman Lempeng ikut bertempiaran lari. Bercempera ke sana sini berteriakan hantu! Hantu! Hantu! Sampailah ke kedai saya, barulah dia bertenang dan bercerita sambil menggigil-gigil."
"Oh, patutlah Leman Lempeng terlantar di wad hospital besar. Kata Tijah Lebar, doktor cakap suaminya itu kena demam terkejut." Siak Tompang pula mencelah

Cara untuk jadi makmum masbuk "Sebenarnya, cara Leman Lempeng itu ada salahnya. Cara Wak Kemang pun ada silapnya," sambil menguis-guis jari dengan memandang lantai, Ustaz Yunus mula membuka mulut

"Macam mana pula tu Ustaz?" tanya Noja Ayub sambil merenung tajam ke muka Ustaz Yunus. Kata Ustaz Yunus

"Begini, sepatutnya Wak Kemang tidak menutup mata ketika solat. Ini ialah hikmah mengapa tidak digalakkan solat dengan tutup mata. Memang ada ulama mengatakan harus menutup mata untuk menambah khusyuk, begitu juga ada ulama mengatakan makruh. Sungguhpun begitu, kenalah perhatikan keadaan persekitaran, sama ada sesuai atau sebaliknya. Takut-takut jadi macam nilah."
Mereka yang berdalilkan makruh menutup mata bersandarkan hadis Rasulullah s.a.w:
"Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" (HR At Tirmidzi, 2/235; Al-Hakim, 1/386 dan Ibn Hibban 6/115; Ibn Khuzaimah, Al Baihaqi; At Tirmidzi: Hasan Sohih)" hujah Ustaz Yunus

"Cara-cara hendak masuk makmum pula. Dalam hal ini saya kira sepatutnya Leman Lempeng perlu memberikan isyarat kehadirannya di wakaf itu terlebih dahulu, seperti berdehem perlahan. Biar Wak Kemang merasai kehadiran manusia. Kemudian Leman Lempeng tidak perlu menepuk bahu Wak Kemang. Leman Lempeng perlu berada disebelah sisi kanan Wak Kemang. Leman Lempeng angkat takbir ihram dengan suara sekadar didengari imam. Selepas mengangkat takbir, Leman Lempeng sebagai makmum terus sahaja mengikuti perbuatan imam. Dalam hal ini Wak Kemang rukuk, maka terus sahaja Leman Lempeng ikut sama. Situasi makmum sebegini dipanggil makmum masbuk. Ada dua jenis makmum, iaitu makmum masbuk dan makmum muwafik." Ustaz Yunus memberhentikan bicaranya sambil melihat berkeliling. Satu-satu wajah ditancapnya. Sunyi, tiada satu suara pun yang berdetap. Masing-masing terlopong memandang Ustaz Yunus dengan penuh minat

"Macam mana pula makmum muwafik itu, Ustaz?" Wak Kemang memecah kesunyian

"Ha... Kalau mahu tahu lagi, datanglah ke kuliah saya malam nanti," ajak Ustaz Yunus

Orang kampung saling berpandangan. Kesemua berubah muka, seraya berkumandangnya sebutan, 'Alhamdulillah'. Mereka gembira mendengarkan suara Wak Kemang. Ini petanda sakit Wak Kemang sudah kebah.  Sumber: Diari Islam 2015
Sumber: Google images
Moral: Beramal perlukan ilmu... Jangan beramal hanya sekadar ikut-ikutan. Jadi, banyakkan berilmu dan amalkan... Agar ilmu yang dipelajari tak hilang. Jangan berhenti untuk terus tuntut ilmu agama... Kerana ilmu agama ini, makin kita pelajari kita akan terasa semakin jahil... Kerana ilmu agama tak pernah habis ibarat buih-buih di lautan.. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2015/10/kisah-teladan-solat-tutup-mata-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjulang Dap Di Mata Melayu

Menjulang Dap Di Mata Melayu

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 238 hits
SAYA percaya rakan saya Datuk Zaharin Sang Kelembai akan bermatian berhujah bahawa DAP bukannya ancaman terhadap orang Melayu Dua lagi ahli panel belum buka mulut pun kita sudah boleh duga apa yang akan mereka lontarkan Takkanlah Ronnie dan...
Laknat Guna Bulu Mata Palsu

Laknat Guna Bulu Mata Palsu

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 344 hits
Dari Abu Hurairah radliyallah anhu Rasulullah bersabda Allah melaknat wanita penyambung rambut dan yang disambung rambutnya wanita pembuat tato dan yang bertato Ancaman laknat menunjukkan bahwa menyambung rambut merupakan dosa besar Sebagai...
Kanak Kanak Oku Miliki Mata Biru

Kanak Kanak Oku Miliki Mata Biru

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 204 hits
Sinar HarianMuhammad Hakim Hussien memiliki warna biru pada mata sebelah kanan sejak lahir Foto Sinar Harian TEMERLOH Unik dan jarang ditemui namun warna biru pada sebelah mata adalah keistimewaan yang dimiliki seorang kanak kanak pekak dan...
Dari Bumi Ke Marikh Perseverance Mata Mata Terkini Di Planet Merah

Dari Bumi Ke Marikh Perseverance Mata Mata Terkini Di Planet Merah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 331 hits
Oleh Amelia Adam Tanggal 19 Februari 2021 kira kira jam 4 55 pagi waktu tempatan menjadi saksi terhadap satu lagi sejarah yang dicipta dalam penerokaan planet Marikh Sebuah perayau yang dikenali sebagai Perseverance telah mendarat di planet...
Air Mata Ibu Berlinangan Bila Ditinggalkan Di Tepi Jalan

Air Mata Ibu Berlinangan Bila Ditinggalkan Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 214 hits
1 323 total views 1 323 views today Tidak dapat ditafsirkan apa yang difikirkan oleh seorang anak apabila dia sanggup meninggalkan ibunya bersendirian di tepi jalan Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor menerusi satu ...
Sedih Ibu Berkerusi Roda Ditinggalkan Di Tepi Jalan Berlinangan Air Mata Ibu

Sedih Ibu Berkerusi Roda Ditinggalkan Di Tepi Jalan Berlinangan Air Mata Ibu

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 306 hits
Ibu adalah permata hati setiap keluarga ibu jugalah tempat mengadu kasih dan syurga untuk kita Namun apa yang jadi kepada seorang warga emas ini cukup memilukan hati Perkongsian ini daripada Lembaga Zakat Selangor yang telah membantu seoran...
Selamat Datang Axel Nova Rhee Penantian 8 Tahun Berakhir Jehan Miskin Timang Cahaya Mata Pertama

Selamat Datang Axel Nova Rhee Penantian 8 Tahun Berakhir Jehan Miskin Timang Cahaya Mata Pertama

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 242 hits
Lama menunggu akhirnya pelakon Jehan Miskin kini bergelar bapa selepas isterinya Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki mereka Sabtu lalu Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Jehan menerusi lama sosialnya dengan memuat naik f...
Tahniah Jehan Miskin Timang Cahaya Mata Pertama Penantian Tujuh Tahun Berakhir

Tahniah Jehan Miskin Timang Cahaya Mata Pertama Penantian Tujuh Tahun Berakhir

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 328 hits
Selamat datang ke dunia anak lelaki saya Axel Nova Rhee PELAKON Jehan Miskin berkongsi berita gembira bahawa isterinya iaitu Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu Perkara itu dikongsikan Jehan di laman sosial dengan m...
Pejam Dan Kerdipkan Mata

Pejam Dan Kerdipkan Mata

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum wbt Selalu berasa letih dan tak bersemangat untuk bersenam atau melakukan perkara yang disukai Awak boleh cuba trik nie Apa yang perlu awak buat adalah cuba pejamkan mata awak selama tiga saat dan kemudian awak kerdipkan mat...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord