Sedih Ibu Berkerusi Roda Ditinggalkan Di Tepi Jalan Berlinangan Air Mata Ibu


 


Ibu adalah permata hati setiap keluarga, ibu jugalah tempat mengadu kasih dan syurga untuk kita. Namun, apa yang jadi kepada seorang warga emas ini cukup memilukan hati

Perkongsian ini daripada Lembaga Zakat Selangor yang telah membantu seorang ibu tua berkerusi roda dan dibawa ke rumah jagaan warga emas berdekatan


AIR MATA IBU BERLINANGAN BILA DITINGGALKAN DI TEPI JALAN
Kami menerima info dari orang awam yang terjumpa seorang wanita warga emas berkerusi roda ditinggalkan berseorangan di tepi jalan berserta lampin pakai buang dan beg pakaian


Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor serta Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat bertindak segera turun pada jam 8.30 malam tadi bagi menyantuni wanita ini

Hasil siasatan mendapati beliau merupakan asnaf fakir kami dan masih mempunyai keluarga. Usaha menghubungi keluarga berjaya dilakukan namun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris yang sudi menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan

Oleh kerana keadaannya yang kudung sebelah kaki serta ingatan tidak berapa baik, kami terpaksa menyerahkannya untuk tindakan lanjut pihak polis di bawah bidang kuasa pihak berwajib

Pihak polis menggunakan bidang kuasa mereka dengan menghubungi anaknya serta akan menjalankan sesi rundingan mengikut kepakaran mereka. Anaknya bersetuju akan hadir ke balai polis untuk mengambil ibu ini kembali

Namun, sekitar jam 3 pagi, anaknya membuat keputusan tidak boleh menjaga ibunya lagi dan pihak polis terpaksa menghubungi pusat jagaan warga emas yang datang menaiki ambulans untuk membawa ibu ini ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19

Hati mana yang tidak tersentuh apabila ibu ini masih mendoakan yang terbaik untuk anaknya


“..dah lama acik tak jumpa anak, anak acik baik orangnya”. Kami cuba menyembunyikan rasa sebak kami kepada beliau. Mungkin ada kisah keluarga yang hanya mereka sahaja mengetahuinya

Kami serahkan ibu ini mengikut prosedur dan kita tempatkannya di Pusat Jagaan Warga Emas dengan kebenaran anaknya dan semua kos akan ditanggung oleh pihak Zakat Selangor

Terima kasih kepada orang awam yang menyampaikan info kepada kami. Juga buat pihak Pusat Jagaan Warga Emas Baitul Mawaddah dan Pusat Jagaan warga Emas SRA serta pihak Balai Polis Sri Muda yang bekerjasama dari malam hingga ke awal pagi dalam menguruskan kes ini

Marilah sama-sama kita doakan semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah dan ibu ini dapat dijaga dengan penuh kasih sayang

Kisah ini mengingatkan kami kepada firman Allah yang bermaksud :
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Surah Al-Isra’ : 23-24
Sumber: Lembaga Zakat Selangor 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2021/02/sedih-ibu-berkerusi-roda-ditinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Mata Ibu Berlinangan Bila Ditinggalkan Di Tepi Jalan

Air Mata Ibu Berlinangan Bila Ditinggalkan Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 220 hits
1 323 total views 1 323 views today Tidak dapat ditafsirkan apa yang difikirkan oleh seorang anak apabila dia sanggup meninggalkan ibunya bersendirian di tepi jalan Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor menerusi satu ...
Tergamak Tinggalkan Ibu Berkerusi Roda Di Tepi Jalan

Tergamak Tinggalkan Ibu Berkerusi Roda Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 228 hits
Shah Alam Wanita warga emas yang kudung sebelah kaki ditemui bersendirian dengan kerusi roda di tepi jalan di Jalan Kebun dekat sini semalam dipercayai ditinggalkan ahli keluarga
Hanya Air Mata Doa Ibu Iringi Pengebumian Anak 2 Tahun Meninggal Kerana Covid

Hanya Air Mata Doa Ibu Iringi Pengebumian Anak 2 Tahun Meninggal Kerana Covid

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 368 hits
Susah sekalipun seorang ibu kasih sayangnya pada anak anak tidak pernah pudar Betullah orang kata demi anak ibu sanggup korbankan apa saja Melihat anak membesar dengan sihat dan sempurna impian semua ibu bapa Andai takdir yang Allah tetapka...
Video 17 Tahun Ditinggal Gadis Ini Menitis Air Mata Tengok Ayah Bahagia Dengan Keluarga Lain

Video 17 Tahun Ditinggal Gadis Ini Menitis Air Mata Tengok Ayah Bahagia Dengan Keluarga Lain

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 218 hits
Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mahu hubungan yang dibina berkekalan dan bahagia hingga ke hujung nyawa Namun begitu tiada sesiapa yang mampu mengubah takdir yang tertulis Perpisahan dalam rumah tangga mungkin antara jalan peny...
Sebak Lihat Pasangan Tua Jalan Kaki Bawak Barang Berat Air Mata Tak Boleh Henti Keluar

Sebak Lihat Pasangan Tua Jalan Kaki Bawak Barang Berat Air Mata Tak Boleh Henti Keluar

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 319 hits
Sebagai seorang anak pastinya kita merasa sebak apabila melihat pasangan warga emas yang sudah dimamah usia masih lagi mengerah kudrat meneruskan kehidupan Sudah tentu fikiran mulai menerawang dan teringat akan ibu bapa kita yang juga sudah...
Hiburan Banyak Babak Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Ditapis Dari Genre Seram Dah Jadi Naskah Air Mata Suhaimi Lua

Hiburan Banyak Babak Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Ditapis Dari Genre Seram Dah Jadi Naskah Air Mata Suhaimi Lua

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 445 hits
Pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang kini bersiaran di saluran TV3 Suhaimi Lua meluahkan perasaan kesal kerana banyak babak penting drama tersebut telah dipotong kerana dianggap tidak sesuai untuk ditonton umum Sumber Google Kata S...
Anak Tak Mahu Jaga Ibu Kudung Ditinggal Tepi Jalan Bersama Beg Baju Amp Pampers

Anak Tak Mahu Jaga Ibu Kudung Ditinggal Tepi Jalan Bersama Beg Baju Amp Pampers

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 325 hits
Kasih dan doa seorang ibu sememangnya amat berharga dan tidak akan ada penggantinya Namun ada juga anak yang sanggup mengabaikan tanggungjawab menjaga mereka ketika mereka sudah dimamah usia Menerusi perkongsian daripada Facebook Lembaga Za...
Hampir Sejuta Followers Tiktok Gadis Siam Tiba Tiba Lesap 2 Kali Gugur Air Mata Si Jelita

Hampir Sejuta Followers Tiktok Gadis Siam Tiba Tiba Lesap 2 Kali Gugur Air Mata Si Jelita

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 618 hits
Hampir sejuta followers TikTok gadis Siam tiba tiba lesap 2 kali gugur air mata si jelita status calon SPM ini buat ramai keliruSabtu 27 Februari 2021 12 00 PMOleh MOHD IZZAT MOHD KHALIZANMula aktif berkongsi video sejak tahun lalu Niena me...
Kenapa Mata Anak Merah Dan Nampak Sakit Perlukah Ibu Risau

Kenapa Mata Anak Merah Dan Nampak Sakit Perlukah Ibu Risau

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 224 hits
Ibu hati hati ya Apabila si kecil anda itu bangun pagi dan anda perasan mata bayi merah sebelah mereka sebenarnya mungkin sedang mengalami konjunktivitis Konjunktivitis ini boleh membuatkan mata bayi anda sakit serta gatal dan akan menjadik...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone