Menjulang Dap Di Mata Melayu


SAYA percaya rakan saya Datuk Zaharin @ Sang Kelembai akan bermatian berhujah bahawa DAP bukannya ancaman terhadap orang Melayu. Dua lagi ahli panel, belum buka mulut pun kita sudah boleh duga apa yang akan mereka lontarkan. Takkanlah Ronnie (DAP) dan Abdullah Sani (PKR) mahu mendakwa DAP ancaman terhadap orang Melayu.

Malangnya saya yakin Zaharin tidak akan mampu mencuit apa lagi mematahkan gelombang ketidakyakinan tinggi malah keraguan besar majoriti umat Melayu dewasa ini terhadap DAP. Bagaimana Zaharin mahu menyanggah bahawa DAP tidak senang dengan hak istimewa orang Melayu malah lebih cenderung menerapkan gagasan Malaysian Malaysia yang ditiupkan mendiang Lee Kuan Yew hampir 60 tahun dahulu.

Bagi DAP meritokrasi lebih adil berbanding mengamalkan hak keistimewaan dalam kes-kes tertentu. DAP mahu hak sama-rata untuk semua kaum di Malaysia menidakkan kontrak sosial yang dibina para pejuang kemerdekaan dahulu.

DAP juga tidak senang dengan Perundangan Syariah dalam negara. Walaupun undang-undang ini hanya terpakai ke atas rakyat Malaysia yang beragama Islam tetapi DAP tetap menentangnya dan menganggap ia tidak adil. Siapakah yang vokal menentang RUU355 dahulu jika tidak DAP yang Zaharin anggap sebagai bukan ancaman itu.

Pengajian dan pembelajaran tulisan Jawi dianggap sebagai langkah Islamisasi malah tindakan untuk menaikkan tanda jalan dan papan iklan bertulisan Jawi ditentang DAP hingga ke mahkamah sedang Jawi ini warisan tulisan Melayu zaman berzaman.

Orang Melayu boleh hidup harmoni dan bertoleransi dengan masyarakat bukan-Melayu sejak sebelum Merdeka tetapi apabila muncul parti-parti seumpama DAP yang lantang mempertikaikan status quo dan menganggap apa sahaja usaha membela umat Melayu atau memartabatkan agama Islam sebagai suatu diskriminasi dan ancaman ketika itulah orang Melayu menolak DAP bukannya menolak bukan-Melayu.

DAP pro ICERD dan cenderung pada Statut Rom. DAP menuntut hak kebebasan beragama dan menukar agama termasuklah hak untuk murtad, hak LGBT yang songsang dan diharamkan Islam. DAP juga menjulang perjuangan Parti Komunis Malaya yang didakwanya sebagai sebahagian pejuang kemerdekaan sedang umat Melayu benci dan memusuhi PKM ini.

Semasa mereka dalam kerajaan dulu abu mayat Chin Peng berjaya lolos masuk dan majlis memperingati perjuangan PKM dirayakan. DAP ancaman orang Melayu? Jawapannya ya. Zaharin tidak setuju? Itu haknya sekurang-kurangnya dapat kita kenal yang mana kaca dan yang mana permata.

Oleh: ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/menjulang-dap-di-mata-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Boleh Terima Parti Bukan Berasaskan Melayu Asalkan Tanpa Dap Anwar

Pas Boleh Terima Parti Bukan Berasaskan Melayu Asalkan Tanpa Dap Anwar

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 421 hits
malaysiadateline com Ketua Pemuda Pas Senator Ir Khairil Nizam Khirudin menegaskan Pas boleh menerima parti lain termasuk yang bukan berasaskan Melayu dengan syarat tanpa penjajaran politik dengan DAP dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ...
Elak Tembung Umno Supaya Pemerintahan Melayu Islam Kuat Tutup Peluang Dap Kata Ppbm Terengganu

Elak Tembung Umno Supaya Pemerintahan Melayu Islam Kuat Tutup Peluang Dap Kata Ppbm Terengganu

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 333 hits
freemalaysiatoday com February 20 2021 2 58 PMPengerusi PPBM Terengganu Razali Idris berkata isu pembahagian kerusi antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat dan negeri akan patuh kepada setiap ar...
Melayu Kalau Waras Tak Join Dap

Melayu Kalau Waras Tak Join Dap

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 318 hits
Mungkin ayat ITU tidak benar tetapi ada JUGA tepatnya Bawa sekali masuk kubur kamu
Kisah Sonia Buat Ramai Menitiskan Air Mata

Kisah Sonia Buat Ramai Menitiskan Air Mata

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 213 hits
Yun MikailKeningau Kepetahan Soniacallysta Nel Blasius 7 bercakap dalam video bagi program transisi murid Tahun Satu yang tular baru baru ini bukan sahaja mencuri perhatian malah turut menyebabkan ramai warganet menitiskan air mata apabila ...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 5 Februari 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 5 Februari 2021

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 235 hits
Pound membuat penarikan semula 61 pada gelombang penurunan terakhirGambaran Teknikal Pasaran Pasangan mata wang GBP USD telah membuat penarikan semula 61 pada gelombang penurunan terakhir setelah tahap rendah 1 3565 telah dibentuk Aliran me...
Kami Nak Tngok Mami Papa Kali Terakh1r R4yu Tiga Beradik Jd Yatlm Piatu Sekelip Mata

Kami Nak Tngok Mami Papa Kali Terakh1r R4yu Tiga Beradik Jd Yatlm Piatu Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 187 hits
KUALA KRAI Kami nak tengok mami dan papa untuk kali terakh1r itulah permintaan tiga beradik yang menjadi y4tim piatu sekelip mata selepas kedua ibu bapa mereka mavt dalam kemaIangan di Jalan Sungai Sam Dabong dekat Ladang Kuala Gris di sini...
5 Teknik Senaman Mata Yang Perlu Kita Buat

5 Teknik Senaman Mata Yang Perlu Kita Buat

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 246 hits
5 TEKNIK SENAMAN MATA YANG PERLU KITA BUAT Ingat badan je ke nak kena exercise mata pun kena jugak exercise Nanti takdelah mata tu penat timbul The post appeared first on
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Modern Living In Moscow By Ariana Ahmad A Fusion Of Art And Function

Beige Apartment In Yekaterinburg By Alexander Tischler A Tranquil Customizable Space

Let Penang Be Your Platform Chow Pitches State As Asean Education Hub With Focus On Ai Green Tech And Chip Design

Sabah Pkr Chief Retains Division Post Predecessor Liew Shown The Door

Do People Have To Reach A Certain Age Before They Actually Accuire Wisdom Or Is It Just A Gift By Nature

Tanda Tanda Slow Learner Pada Anak Sekolah Rendah