Hukum Silat Antara Lelaki Dan Perempuan



SOALAN:
Apakah hukum asal bersilat antara lelaki dan perempuan tanpa lapik?

JAWAPAN:
Sebagai mukadimah, kami kemukakan dalil berkaitan larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لأَن يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطِ مِنْ حَدِيدٍ خَيرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأةً لَا تَحِلُّ لَهُ
“Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).” [Riwayat Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir (20/211)]

Berdasarkan hadith di atas, jelas menunjukkan pengharaman bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Sekalipun zahir hadith menunjukkan pengharaman ke atas lelaki, akan tetapi hukum tersebut tetap terpakai apabila seorang perempuan itu menyentuh lelaki yang tidak halal baginya. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Al-Khattabi Rahimahullah:

الْخِطَاب إِذَا وَرَدَ بِلَفْظِ الذُّكُورِ كَانَ خِطَابًا لِلنِّسَاءِ إِلَّا فِي مَوَاضِعَ مَخْصُوصَةٍ
“Sesuatu khitab (ayat atau kenyataan) apabila terdapat padanya lafaz orang lelaki, maka ia juga adalah khitab kepada orang perempuan dalam masa yang sama, melainkan pada keadaan-keadaan yang tertentu.” [Rujuk: Mirqaat Al-Mafatih, Mulla ‘Ali Al-Qari (2/423)]

Berbalik kepada soalan yang diajukan berkenaan silat antara lelaki dan perempuan sehingga bersentuhan kulit adalah ditegah berdasarkan hadith yang telah dijelaskan. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian pergaulan antara lelaki dan perempuan sehingga bersentuhan kulit hanya pada situasi dan tujuan tertentu. [Rujuk: Karim Zaidan, al-Mufassal fi ahkam Mar’ah wa bait al-Muslimin (3:426)]

Oleh itu, kami rungkaikan persoalan tersebut berkenaan silat antara lelaki dan perempuan tanpa berlapik dengan menyatakan beberapa perkara penting berikut:

Silat antara lelaki dan perempuan tanpa berlapik bagi sesi latihan adalah tidak dibenarkan. Hal ini kerana situasi tersebut masih boleh memilih pihak lawan dalam kalangan sama jantina dan juga boleh diasingkan sesi latihan antara lelaki dan wanita.Silat antara lelaki dan perempuan pada situasi getir ketika melawan musuh sehingga terpaksa bersentuhan kulit adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Darurat tersebut membolehkan perkara yang dilarang hanya pada situasi mempertahankan diri ketika nyawa diancam. Hal ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiah:
الضَّرُورَاتُ تُبِيحُ الْمَحْظُورَاتِ
“Darurat mengharuskan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan.”

Walau bagaimanapun, persentuhan antara lelaki dan perempuan dibolehkan hanya atas alasan darurat pada kadar untuk menghilangkan bahaya sahaja. Sebagai contoh bersentuhan hanya pada waktu mempertahankan diri ketika nyawa diancam sahaja tanpa berlebih-lebihan. Situasi tersebut bertepatan dengan kaedah fiqhiah berikut:

الضَّرُورَاتُ تقّدر بقدرها
“Darurat diukur hanya pada kadarnya.”

Selain itu, Islam menetapkan garis panduan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti menutup aurat dengan sempurna, menjaga pandangan, tidak berkhalwat dan menjaga adab pertuturan. Sehubungan itu, terdapat batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan apatah lagi bersentuhan antara lelaki dan wanita tanpa tujuan yang mendesak. Bahkan pengecualian pergaulan antara lelaki dan perempuan hanya pada keperluan yang tidak bertentangan dengan syarak tanpa perlu bersentuhan seperti muamalah harta, penyaksian, urusan kerja dan keperluan lain yang tidak bertentangan syariat. [Rujuk: Karim Zaidan al-Mufassal fi ahkam Mar’ah wa bait al-Muslimin (3:426)]

Penutup

Secara tuntasnya, pergaulan antara lelaki dan perempuan hanya pada keperluan disamping dituntut menjaga batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh syarak. Oleh yang demikian, umat Islam perlu memelihara diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang diharamkan, sebagaimana sabda Nabi SAW:

ما نَهَيْتُكُمْ عنْه فاجْتَنِبُوهُ، وَما أَمَرْتُكُمْ به فافْعَلُوا منه ما اسْتَطَعْتُمْ
“Apa yang aku larang kamu lakukan, hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku perintahkan kepadamu, maka lakukanlah sesuai kemampuan kamu.” [Riwayat Muslim (1337)]

Akhir kalam, kami berdoa agar Allah SWT memberikan kefahaman yang baik dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-silat-antara-lelaki-dan-perempuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat

Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 400 hits
Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat Pertanyaan Suara wanita aurat bukan ya Ketika sholat jamaah saya mendengar wanita yang keluar suaranya sangat keras membetulkan bacaan imam shalat Bagaimana hukumnya Jawaban Bismillah Al...
Antara Tanglung Dan Tulisan Jawi Warisan Negara

Antara Tanglung Dan Tulisan Jawi Warisan Negara

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 646 hits
Prihatin sungguh menteri menteri kita isu tanglungBANGI Jadi sekarang kita semua sudah tahu bahawa kalau mahu menteri menteri datang melawat turunkan perhiasan perhiasan Tahun Baru Cina sindir Haji Aminuddin Yahaya Presiden gerakan Islam Ik...
Catatan Harian Pedagang Pasangan Eur Usd Pada 09 01 2019 Krisis Antara As Iran Berakhir

Catatan Harian Pedagang Pasangan Eur Usd Pada 09 01 2019 Krisis Antara As Iran Berakhir

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 389 hits
Berita utama pada masa kajian semula Pemimpin Iran Khamenei mengatakan bahawa mogok di pangkalan Amerika Syarikat di Iraq adalah dendam yang memadai untuk pembunuhan seorang Panglima Iran oleh mogok AS AS telah mengumumkan sebelumnya bahawa...
Antara Kedaulatan Undang2 Dosa Peribadi

Antara Kedaulatan Undang2 Dosa Peribadi

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 539 hits
Tadi telah tamat drama bersiri paling lama dalam sejarah Malaysia dan berakhir di lautan hindi Truth to be told apa yang Peguam Negara buat itu tidak salah legally dan masih berdasarkan kedaulatan undang undang Dia dengan terang kata pakar ...
G25 Jika Mahu Tinggalkan Islam Itu Antara Dia Dan Tuhan

G25 Jika Mahu Tinggalkan Islam Itu Antara Dia Dan Tuhan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 276 hits
Diterbitkan Hari ini 12 50 tengahariBERITAKumpulan bekas penjawat awam kanan G25 membidas undang undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan Demikian menurut kertas laporan yang dibentangkan oleh Pengerusi Ja...
Bayi Ibu Hamil Antara Yang Berisiko Doktor Kongsi Sebab Vaksin Influenza Perlu Diambil

Bayi Ibu Hamil Antara Yang Berisiko Doktor Kongsi Sebab Vaksin Influenza Perlu Diambil

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 495 hits
Influenza adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung tekak dan paru paru Gejalanya termasuk demam selesema dan batuk Penyakit influenza ini boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat namun ianya masih lagi dipandan...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai