Antara Tanglung Dan Tulisan Jawi Warisan Negara


Prihatin sungguh ‘menteri-menteri’ kita isu tanglung
BANGI – “Jadi sekarang kita semua sudah tahu bahawa kalau mahu menteri-menteri datang melawat, turunkan perhiasan-perhiasan Tahun Baru Cina,” sindir Haji Aminuddin Yahaya.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia berkata demikian susulan tindakan beberapa menteri yang melawat ke sebuah sekolah di Puchong, Selangor untuk memasang semula tanglung yang telah diturunkan.

Aminuddin berkata, meskipun tindakan para menteri melakukan lawatan ke sekolah perlu dipuji, beliau secara sinisnya juga menyifatkan perkara berkenaan sebagai bukti ‘keprihatinan’ mereka terhadap nasib sesebuah sekolah.

“Mungkin agaknya mereka ‘tiba-tiba’ mempunyai masa yang lebih sehingga satu gerombolan pergi melawat sebuah sekolah. Mungkin ini kali pertama dalam sejarah negara menteri-menteri begitu prihatin terhadap nasib rakyat.

“Saya berharap ia bukan kerana arahan sesiapa atau kerana ‘takut’ hilang undi orang Cina kerana keprihatinan mereka ini sangat luar biasa.

“Cuma saya tidak ada dengar pula lawatan-lawatan besar macam ini dibuat di sekolah-sekolah terutamanya sekolah agama pada hari-hari biasa,” katanya.

Terdahulu, isu tanglung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 menjadi kontroversi selepas ada pemimpin pembangkang mendakwa, ia dipasang secara berlebihan serta dikaitkan sebagai usaha untuk menyebarkan agama lain kepada murid Islam.

Susulan perkara itu, pihak sekolah bertindak menurunkan perhiasan berkenaan, yang sekali gus menerima kecaman kebanyakan menteri dan timbalan menteri.

Bahkan, semalam, satu majlis dan sidang media diadakan untuk memasang semula tanglung di sekolah terbabit yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa menteri lain, antaranya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching serta Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain itu, portal berita Malaysia Sin Chew Daily melaporkan bahawa menteri-menteri berkenaan masing-masing telah menurunkan tandatangan di atas tanglung, sebelum menyaksikan upacara perhiasan Tahun Baru Cina itu digantung semula.

Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Presiden Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, pihaknya bimbang perkara itu akan mengundang persepsi negatif, seterusnya menggalakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Terlalu banyak kejadian pelik yang berlaku di negara kita sekarang, terutamanya yang melibatkan menteri-menteri,” katanya. - www.ismaweb.net

Tanglung lebih utama dari jawi?Adakah ini sebenarnya konsep Rahmatan Lil Alamin yang ingin dibawa
1. TUJUH Menteri Kabinet dilaporkan turun ke sebuah sekolah di Puchong untuk memberikan sokongan terhadap pemasangan tanglung setelah perhiasan Tahun Baru Cina tersebut mendapat bantahan dari netizen.

2. Ketika netizen mempersoalkan pemasangan perhiasan berlebihan ini, tujuh orang Menteri Kabinet sanggup turun memberikan sokongan terhadap isu ini. Tanglung dikatakan membawa kepada perpaduan.

3. Apa yang menyedihkan, sokongan yang sama tidak kelihatan ketika 900 SJKC membantah pembelajaran yang melibatkan elemen jawi disekolah. Bahkan jawi dikatakan menimbulkan unsur Islamisasi bahkan menakutkan kaum lain.

4. Pada pengamatan umum, orang Melayu sebenarnya tiada masalah pun dengan perhiasan tanglung ini. Namun apabila jawi dibantah secara besar-besar oleh DAP, MCA mahupun Gerakan, isu ini semakin menimbulkan kegelisahan.

5. Perhatikan betapa konsistennya DAP dan MCA membantah isu Zakir Naik, sehingga NC UNIMAP digesa untuk dipecat. Dalam isu ini, pemimpin muslim seakan terkulai layu. Sokongan yang ditampilkan tidak seperti menjulang pemasangan tanglung ini.

6. Perhatikan isu kematian Adib. Sokongan Rahmatan menjulang tangan erat padu bersama pemimpin kuil. Nyawa seorang muslim yang terkorban itu sehingga kini menjadi persoalan buat keluarga yang menuntut keadilan.

7. Adakah ini konsep Rahmatan yang ingin dibawa? Menawarkan kelunakan yang tinggi dalam isu orang lain, namun dalam isu yang memburukkan Islam, kita seakan layu, diam seribu.

Semoga Allah membantu kita mempertahankan hak Islam dan muslim. - www.ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/01/antara-tanglung-dan-tulisan-jawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengenalan Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular Untuk Ajar Warisan Negara Kata Anwar

Pengenalan Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular Untuk Ajar Warisan Negara Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 706 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat dilaporkan berkata pengajaran tulisan jawi di sekolah sekolah vernakular tahun ini bertujuan untuk mengajar para pelajar tentang warisan negara Menurutnya hujah hujah yang diberikan oleh pihak yang menentang s...
Malaysia Dibakar Isu Tulisan Jawi Hiasan Tanglung

Malaysia Dibakar Isu Tulisan Jawi Hiasan Tanglung

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 507 hits
January 13 2020 9 00 AMTatkala Australia sedang menghadapi kebakaran hutan yang berleluasa negara kita Malaysia juga sedang terbakar dengan isunya tersendiri Ketegangan dan kontroversi yang ditimbulkan kerana 3 muka surat tulisan Jawi dan h...
Shafie Halang Ketegangan Antara Penyokong Warisan Dan Bn

Shafie Halang Ketegangan Antara Penyokong Warisan Dan Bn

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 356 hits
HASPAIZI ZAIN PRK KIMANIS Ketegangan hampir tercetus antara penyokong Warisan dan BN ketika penamaan calon PRK Kimanis hari ini sebelum diredakan oleh Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal Pertelingkahan bermula apabila sejumlah penyokong Warisa...
Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 595 hits
Diterbitkan Hari ini 9 54 pagiBERITAPRK KIMANIS Pilihan Raya Kecil Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Karim Bujang dan calon BN Mohamad Alamin Ini selepas tiada calon bebas hadir di pusat penamaan calon di...
Si Rambut Kuning Jahil Bila Cakap Isu Tulisan Jawi

Si Rambut Kuning Jahil Bila Cakap Isu Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 565 hits
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Pelik bila ada orang Melayu sanggup subahat tentang jawiGARA gara jawi hubungan kaum Melayu Cina makin bermasalah Gara gara jawi ini juga tidak pasal pasal seorang dua Melayu ultra kiasu ini boleh jadi murtadSay...
Ri Diminta Tegas Soal Natuna Bedakan Antara Investasi Dan Kedaulatan Negara

Ri Diminta Tegas Soal Natuna Bedakan Antara Investasi Dan Kedaulatan Negara

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 338 hits
Anggota Dewan Perwakilan Daerah RI Jimly Asshiddiqie mengatakan Indonesia tetap harus bersikap tegas terkait ketegangan di Natuna meskipun Indonesia dan China menjalin hubungan kerja sama dalam bidang investasi Sebab perihal kerja sama ekon...
Raja Permaisuri Agong Tweet Dengan Tulisan Jawi Sepenuhnya

Raja Permaisuri Agong Tweet Dengan Tulisan Jawi Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1505 hits
Raja Permaisuri Agong tweet dengan tulisan Jawi sepenuhnya Siapa yang follow akaun twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah mesti perasan yang sekarang ni baginda tweet fully in Jawi Wahhh Bagus kan Dapat memartabatkan dan memperkasakan t...
Jawi Vs Tanglung

Jawi Vs Tanglung

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 343 hits
SAIFULLAH BAIDURI GABUNGAN Mahasiswa Islam Se Malaysia mengecam sekeras kerasnya tindakan kerajaan yang menunjukkan secara jelas sikap double standard dalam isu tanglung berbanding isu tulisan Jawi Sikap sebegini sangat mencerminkan bahawa ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun