Hukum Sengaja Meninggalkan Basuhan Sunat Wudhu



Soalan:
Telah menjadi tabiat saya jika sekiranya cuaca sejuk seperti waktu Subuh contohnya, maka saya akan mengambil wuduk dengan membasuh anggota yang wajib sahaja. Saya tinggalkan anggota sunat wuduk dengan sengaja seperti memasukkan air ke dalam hidung, membasuh telinga dan lain-lain. Apakah dibolehkan saya melakukan perbuatan tersebut?

Jawapan:
Perkara pertama yang perlu untuk ketahui bahawa ibadah sunat itu terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

Sunat Muakkad: Sunat yang sangat dituntut iaitu perbuatan yang jika dilakukan mendapat pahala, tidak berdosa meninggalkannya, namun selayaknya mendapat celaan dan kutukan jika sengaja meninggalkannya. Ia adalah sunat yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah SAW daripada perkara ibadah yang jarang sekali ditinggalkan oleh Baginda SAW seperti solat berjemaah, azan dan iqamah, membaca surah lain selepas membaca surah al-Fatihah di dalam solat dan lain-lain. (Rujuk Usul al-Fiqh al-Islami li Wahbah al-Zuhaili, 1:84)

Sunat Tidak Muakkad: Sunat yang disyariatkan tetapi tidak dituntut seperti Sunat Muakkad, iaitu perbuatan yang jika dilakukan mendapat pahala dan tidak berdosa meninggalkannya, serta tidak selayaknya mendapat celaan dan kutukan jika meninggalkannya. Ia adalah ibadah sunat yang dilakukan Rasulullah SAW sekali-sekala dan Baginda SAW meninggalkan dalam banyak ketika seperti solat sunat empat rakaat sebelum solat Asar, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu dan lain-lain. (Rujuk Usul al-Fiqh al-Islami li Wahbah al-Zuhaili, 1:84)

Sunat Zawaid: Sunat yang bersifat penyempurnaan bagi seseorang mukallaf, iaitu seperti perbuatan adat kebiasaan Rasulullah SAW. Hal ini seperti SAW seperti mengikuti cara makan dan minum, cara berjalan, tidur dan cara berpakaian Nabi SAW. Mengikut kepada cara sebegini sebenarnya lebih kepada penyempurnaan kerana ia menunjukkan kecintaan yang tinggi kepada Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, sesiapa yang tidak melakukan dengan cara sebegini, ia tidak menjadi kecelaan terhadap dirinya. (Rujuk Usul al-Fiqh al-Islami li Wahbah al-Zuhaili, 1:84)

Para ulama’ telah menetapkan bahawa terdapat anggota-anggota badan yang wajib dibasuh ketika mengambil wuduk. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah: 6)

Anggota-anggota wuduk yang wajib untuk dibasuh ialah:

Seluruh muka beserta niat.Membasuh tangan hingga ke siku.Membasuh sebahagian daripada kepada sekurang-sekurangnya membasahkan tiga helai rambut.Membasuh kaki sehingga ke buku lali.Hendaklah membasuh anggota-anggota tadi mengikut tertib.
Selain daripada anggota-anggota wajib tersebut maka hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ini seperti membaca Basmalah ketika mula mengambil wuduk, membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung, membasuh seluruh kepala, membasuh kedua-dua telinga, memulakan setiap anggota dengan anggota sebelah kanan, melaksanakannya secara berturut-turut, mengosok, membasuh setiap anggota dengan tiga kali basuhan dan lain-lain. (Rujuk Kasyifah al-Saja Syarh Safinah al-Naja: 20)

Justeru, meninggalkan sesuatu ibadah sunat yang dituntut (sunat muakkad) adalah satu perbuatan yang tidak berdosa namun selayaknya dicela kerana sengaja meninggalkan perintah daripada Nabi SAW. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri menyuruh umatnya supaya memperelokkan wuduk dan menjanjikan bahawa sesiapa yang memperelokkan wuduknya maka akan keluarlah dosa-dosanya sehingga keluar juga dari kuku-kukunya. Rasulullah SAW bersabda:

منْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الوضوءَ، خَرَجَت خَطَايَاهُ مِنْ جسَدِهِ حتَّى تَخْرُجَ مِنْ تحتِ أَظفارِهِ
“Barangsiapa yang mengambil wuduk kemudian memperelokkan wuduknya, maka akan keluarlah dosa-dosanya daripada badannya, sehingga keluar juga dosa-dosa tersebut daripada kuku-kukunya.” [Riwayat Muslim: (1026)]

Di samping itu juga, Rasulullah SAW memberi ancaman kepada golongan yang tidak melaksanakan wuduk dengan betul dan bersikap sambil lewa terhadapnya, Baginda SAW bersabda:

تَخَلَّفَ عَنَّا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ أَرْهَقَتْنَا الصَّلَاةُ وَنَحْنُ نَتَوَضَّأُ فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا
“Nabi SAW pernah terlewat menyertai kami dalam suatu perjalanan yang kami lakukan. Ketika Baginda menyusuli kami, waktu solat sudah hampir habis. Kami lalu berwuduk dengan hanya mengusap kaki kami (tidak sempurna membasuhnya). Maka Nabi SAW menyeru dengan suara yang keras: “Celakalah bagi tumit-tumit yang tidak basah akan masuk neraka.” Baginda menyeru hingga dua atau tiga kali.” [Riwayat al-Bukhari: (60)]

Manakala mengikut lafaz dalam Sahih Muslim, Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma berkata:

رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ
“Kami pulang bersama Rasulullah SAW dari Mekah menuju Madinah. Di tengah perjalanan, kami tiba di suatu tempat yang terdapat air. Sebahagian orang tergesa-gesa berwuduk kerana takut waktu Asar akan habis. Ketika kami menghampiri mereka, kami melihat tumit mereka kering, tidak disentuh oleh air. Lalu Nabi SAW bersabda: “Celakalah tumit-tumit (yang tidak terbasuh dengan air wuduk) yang akan terkena api neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik.” [Riwayat Muslim: (593)]

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyatakan bahawa anggota-anggota wuduk selain daripada anggota wajib yang telah disebutkan, maka ia merupakan sunat yang dituntut (sunat muakkad). Ini kerana hal tersebut merupakan perkara yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah SAW dan jarang Baginda SAW meninggalkannya.

Oleh itu, barangsiapa yang melakukannya maka dia mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Walau bagaimanapun, sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, maka dia tidaklah berdosa jika sekiranya mempunyai sebab dan alasan tertentu seperti cuaca yang sejuk dan sebagainya.

Namun, jika dia sengaja meninggalkannya secara berterusan dan tanpa sebab dan alasan yang munasabah, maka hukum bagi orang yang meninggalkan anggota sunat wuduk dalam keadaan berterusan dan tiada sebab tersebut adalah makruh.

Justeru itu, kami menyeru agar kita semua sentiasa berusaha untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna dan sebaik mungkin dengan tidak meninggalkan basuhan anggota sunat wuduk tersebut jika tiada keuzuran untuk melakukannya. Semoga Allah SWT sentiasa memberi taufiq dan hidayah-Nya untuk kita sentiasa taat beribadah kepadanya sepanjang masa. Amin. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/hukum-sengaja-meninggalkan-basuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hassa Binti Salman Putri Sang Raja Arab Saudi Yang Tersangkut Hukum

Hassa Binti Salman Putri Sang Raja Arab Saudi Yang Tersangkut Hukum

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 367 hits
Putri Arab Saudi Hassa binti Salman tersangkut kasus kekerasan Bagaimana perjalanan kasusnya
Heboh Kasus Ikan Asin 4 Ucapan Nylekit Ini Membuat Pelakunya Berurusan Dengan Hukum

Heboh Kasus Ikan Asin 4 Ucapan Nylekit Ini Membuat Pelakunya Berurusan Dengan Hukum

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 197 hits
Kontroversi ikan asin akhir akhir ini menjadi sorotan luas di masyarakat Hal ini berawal dari konten video Galih saat diwawancarai pasangan youtuber Rey Utami Benua di media sosial di mana ada kata kata mereka yang terlontar menyamakan Fair...
Hukum Bertawassul Dengan Rasulullah Saw

Hukum Bertawassul Dengan Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 233 hits
Soalan Adakah diharuskan kita berdoa dengan cara bertawassul dengan Nabi saw seperti berkata ketika berdoa Wahai Tuhanku dengan berkat Nabi Mu aku bermohon agar disembuhkan sakitku ini Jawapan Hukum berdoa dengan cara bertawassul dengan Nab...
Hukum Melakukan Amalan Untuk Mendapat Ganjaran Bersifat Keduniaan

Hukum Melakukan Amalan Untuk Mendapat Ganjaran Bersifat Keduniaan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 190 hits
Soalan Bolehkah kita melakukan amalan untuk mengharapkan habuan dunia semata mata Contohnya kita melakukan solat sunat Dhuha dan membaca surah al Waqiah untuk mendapatkan kekayaan di dunia Mohon penjelasan Terima kasih Jawapan Allah SWT mem...
Ibu Buat Laporan Polis Lagi Terhadap Guru Hukum Anaknya Tulis Perkataan Sama 50 Kali

Ibu Buat Laporan Polis Lagi Terhadap Guru Hukum Anaknya Tulis Perkataan Sama 50 Kali

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 571 hits
Sebelum ini si ibu buat laporan polis terhadap seorang guru kerana merotan tapak tangan anak perempuannya kerana tidak membawa kerja sekolah ke sekolah Kali ini dia tampil membuat laporan polis kedua ke atas guru yang sama BACA Menurut Huan...
Lima Lelaki Didakwa Sengaja Ganggu Tugas Anggota Pdrmsia

Lima Lelaki Didakwa Sengaja Ganggu Tugas Anggota Pdrmsia

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 180 hits
Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan menghalang tugas polis dengan memeriksa kereta peronda pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau April lalu JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube h...
Katanya Orang Zaman Dulu Sengaja Terbangun Tengah Malam 5 Manfaat Inilah Yang Mereka Incar

Katanya Orang Zaman Dulu Sengaja Terbangun Tengah Malam 5 Manfaat Inilah Yang Mereka Incar

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 213 hits
Selain beribadah kebiasaan bangun tengah malam ini sering dilakukan untuk mencicil pekerjaan rumah tangga Apa orangtuamu di rumah masih mempraktikannya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba