Hukum Melakukan Amalan Untuk Mendapat Ganjaran Bersifat Keduniaan



Soalan:
Bolehkah kita melakukan amalan untuk mengharapkan habuan dunia semata-mata. Contohnya, kita melakukan solat sunat Dhuha dan membaca surah al-Waqiah untuk mendapatkan kekayaan di dunia? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan:
Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya melakukan amal ibadat ikhlas semata-mata kerana-Nya. Allah SWT berfirman:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاة ۚ
“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Surah al-Bayyinah: 5)

Firman Allah SWT lagi di dalam al-Quran:

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّـهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadah dan bawaanmu kepada-Nya.” (Surah al-Zumar: 2)

Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ‘فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ’ menyebut bahawa maksudnya: “Sembahlah Allah SWT semata-mata yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan serulah manusia kepada perkara tersebut. Serta ajarkanlah kepada mereka bahawa tidak layak untuk melakukan ibadah kecuali hanya kepada-Nya sahaja. Sesungguhnya Allah SWT tidak mempunyai sekutu, bandingan atau tandingannya.” (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 4:46)

Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah bersabda dalam satu hadith:

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
“Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas berdasarkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah SWT dan rasul-Nya dan barangsiapa yang berhijrah kerana menginginkan harta benda dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya mengikut kepada nilai apa yang dia berhijrah kepadanya.” [Riwayat al-Bukhari: (54)]

Ibn Daqiq al-Eid RA menukilkan daripada Imam Ahmad RA dan Imam al-Syafie RA hadith ini mengandungi satu pertiga ilmu. Al-Baihaqi menyebut bahawa satu pertiga ilmu kerana perbuatan seseorang hamba itu ialah melalui hatinya, lidahnya dan anggota badannya, maka niat adalah salah satu daripada tiga bahagian tersebut. (Rujuk Syarah Ibn Daqiq al-Eid ‘ala al-Arbain al-Nawawiah: 7-8)

Berdasarkan nas-nas daripada al-Quran dan hadith di atas, jelaslah bahawa kita diperintahkan untuk melaksanakan amal ibadah secara ikhlas hanya semata-mata kerana Allah SWT, tanpa menyekutukan Allah SWT dalam amal tersebut dengan sesuatu apa pun. Oleh itu, melakukan amalan-amalan yang menjanjikan ganjaran hanya untuk mendapatkan ganjaran tersebut adalah sesuatu yang tidak baik.

Sebaliknya, haruslah kita menginsafi dan mengingati bahawa keredhaan di sisi Allah SWT dan ganjaran-Nya di akhirat adalah lebih besar berbanding ganjaran keduniaan yang bersifat sementara ini. Firman Allah SWT:

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
“Padahal kehidupan di akhirat lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-A’laa: 17)

Ingatlah bahawa harta kekayaan dunia bukanlah sesuatu yang mempunyai nilai harga dan kualiti yang kekal selama-lamanya. Ia akan habis dan hilang apabila digunakan. Segalanya akan menjadi rosak, buruk dan tidak boleh digunakan lagi apabila sampai waktunya. Apalah kenikmatan di dunia yang sementara ini jika dibandingkan dengan kenikmatan di akhirat yang kekal abadi dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyatakan bahawa hukum melakukan amalan semata-mata ingin mendapat ganjaran yang bersifat keduniaan semata-mata adalah tidak dibolehkan. Ini kerana perkara tersebut akan menyebabkan amal ibadah yang kita lakukan tidak ikhlas untuk Allah SWT, sedangkan kita diperintahkan untuk melakukan amalan hanya kerana-Nya.

Kita berdoa kepada Allah SWT seperti yang disebut di dalam Doa Iftitah yang dibaca pada setiap kali solat agar kita beroleh ikhlas dalam setiap amalan yang kita lakukan:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-An’am: 162)

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/hukum-melakukan-amalan-untuk-mendapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fungsi Terbaru Ios 13 Dapat Membetulkan Pandangan Mata Ketika Melakukan Panggilan Facetime

Fungsi Terbaru Ios 13 Dapat Membetulkan Pandangan Mata Ketika Melakukan Panggilan Facetime

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 172 hits
iOS 13 beta 3 nampaknya bukan sahaja membaiki beberapa pepijat di dalamnya namun turut menyertakan fungsi terbaru yang berguna untuk pengguna Untuk beberapa peranti iOS terpilih iOS 13 beta 3 ini akan membolehkan pengguna mengaktifkan fungs...
Virgin Orbit Berjaya Melakukan Ujian Pelepasan Roket Untuk Melancarkan Satelit

Virgin Orbit Berjaya Melakukan Ujian Pelepasan Roket Untuk Melancarkan Satelit

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 168 hits
Selain NASA terdapat beberapa syarikat angkasa lepas swasta yang menawarkan perkhidmatan melancarkan satelit kepada pelanggan tahun lalu menawarkan perkhidmatan unik kerana roket dilancarkan dari sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubahs...
Galih Pablo Dan Rey Ditahan Fairuz Polisi Sudah Melakukan Keadilan Dan Kejujuran

Galih Pablo Dan Rey Ditahan Fairuz Polisi Sudah Melakukan Keadilan Dan Kejujuran

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 193 hits
Pihak kepolisian resmi menahan tiga tersangka kasus Ikan Asin yakni Galih Ginanjar Pablo Benua dan Rey Utami Ketiganya ditahan di Rumah Tahanan Polda Metro Jaya sejak Jumat ini
Waspada Individu Melakukan Penyamaran Meminta Bantuan Wang Ringgit

Waspada Individu Melakukan Penyamaran Meminta Bantuan Wang Ringgit

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 230 hits
WASPADA Orang ramai dinasihatkan agar berhati hati dengan individu yang menyamar sebagai kenalan atau orang kenamaan untuk melakukan penipuan meminta bantuan wang ringgit Versi 1 Versi 2 Versi 3 Versi
Bw Yakin Kecurangan Tsm Terungkap Jika Mk Melakukan Judicial Activism

Bw Yakin Kecurangan Tsm Terungkap Jika Mk Melakukan Judicial Activism

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 120 hits
Koordinator Tim Hukum Prabowo Sandiaga Bambang Widjojanto menilai majelis konstitusi tidak melakukan judicial activism dalam membuktikan dalil peromohan dugaan kecurangan terstruktur sistematis dan masif atau TSM yang diajukannya Sebab bila...
Adakah Hutang Bank Membuatkan Roh Dan Amalan Akan Tergantung

Adakah Hutang Bank Membuatkan Roh Dan Amalan Akan Tergantung

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 250 hits
Soalan Adakah sekiranya kita tidak sempat untuk melunaskan hutang pinjaman bank untuk membeli rumah kereta atau pinjaman peribadi maka roh dan amalan kita akan tergantung juga Mohon penjelasan Jawapan Allah SWT memerintahkan orang yang beri...
Siasat Pantau Amalan Zikir Berdiri Di Jerantut Fuziah

Siasat Pantau Amalan Zikir Berdiri Di Jerantut Fuziah

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 439 hits
KUANTAN 15 Julai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memantau dakwaan ritual zikir berdiri yang dikatakan berlaku di sebuah perkampungan di Jerantut dekat sini minggu lepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata perka...
Kumpulan Amalan Ringan 25 Seribu Kebaikan Setiap Hari

Kumpulan Amalan Ringan 25 Seribu Kebaikan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 496 hits
Amalan ini sama nilainya dengan melakukan seribu kebaikan dalam sehari Sa ad bin Abi Waqqash radhiyallahu anhu berkata Kami pernah berada di sisi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam lalu beliau bersabda
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam