Hukum Puasa Selepas Nisfu Syaaban


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Puasa Selepas Nisfu Syaaban | Puasa selepas 15 Syaaban... Ada hukumnya. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak.

Masih ramai orang Islam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban. Ada yang menyangka, logiknya makin hampir dengan Ramadan makin elok kita puasa untuk membiasakan dengan puasa fardu itu.

Memang ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Ada yang membenarkan puasa selepas 15 Syaaban dan ada juga yang melarangnya. Menurut qaul yang muktamad dalam Mazhab Syafie hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban adalah haram dan tidak sah. Tapi, ada beberapa pengecualian yang akan dijelaskan di bawah. Baca sampai habis ya...

Hukum Puasa Selepas Nisfu Syaaban  Dalil-dalil yang melarang puasa selepas 15 Syaaban antaranya:

* Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah SAW ber­sabda yang bermaksud: “Apabila telah tertinggal separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah kamu berpuasa.” (Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud).

* Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika telah separuh bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadan”. (Riwayat Ibnu Majah)

Walaupun dihukumkan haram, pengharaman berpuasa pada nisfu kedua Syaaban ini tidaklah mutlak. Ia bukan seperti pengharaman berpuasa pada lima hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa iaitu pada 1 Syawal dan 10 Zulhijah (hari raya puasa dan haji) dan juga tiga hari tasyrik.

Hukum Puasa Selepas Nisfu Syaaban  Sebaliknya, peng­haraman berpuasa selepas Nisfu Syaaban dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum haram dan tidak sah puasa selepas nisfu kedua Syaaban mempunyai pengecualian seperti berikut:-

1. Puasa sunat itu disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada dalam nisfu pertama (separuh pertama) Syaaban walaupun dengan hanya satu hari (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Syaaban) dengan syarat ia berterusan sehingga Ramadan.

Jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Syaaban dan hari-hari berikutnya. Tetapi jika setelah berpuasa pada 15, 16, 17 Syaaban, dia tidak berpuasa pada 18 Syaaban, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunat pada 19 Syaaban dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah masuk Ramadan.

2. Puasa sunat yang dilakukan menjadi amalan biasa seseorang (orang yang ahli puasa). Contohnya, seseorang yang mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis, maka tidaklah jadi halangan untuknya meneruskan puasanya itu.

3. Puasa qada sama ada qada puasa fardu atau qada puasa sunat yang berwaktu.

4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ia tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu kedua Syaaban.

Contohnya, seseorang bernazar mahu berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis itu sudah masuk dalam separuh kedua Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut. Namun, jika dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nisfu kedua Syaaban, tidaklah boleh dia berpuasa dan tidak sah nazarnya itu.


Kesimpulan 
5 Kategori Puasa Yang Dibenarkan Selepas Nisfu Sya'baan .
- Puasa Qadha'
- Puasa Nazar
- Puasa Kaffarah
- Puasa Sunat Yang Ada Kebiasaan
- Puasa Yang Berterusan Sebelum Nisfu Sya'baan

Kalau selain daripada 5 kategori ini macam mana?

Dalam Mazhab Syafie, pandangan yang paling kuat mengatakan HARAM berpuasa selepas Nisfu Sya'baan selain daripada 5 kategori di atas.

Pandangan kedua pula mengatakan MAKRUH jika berpuasa selepas Nisfu Sya'baan.

Kredit FB : Nur El-Hikmah Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/hukum-puasa-8232-selepas-nisfu-syaaban-1.332282

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2018/05/hukum-puasa-selepas-nisfu-syaaban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keangungan Malam Nisfu Syaaban Kelebihan Doa Serta Amalan Yang Digalakkan

Keangungan Malam Nisfu Syaaban Kelebihan Doa Serta Amalan Yang Digalakkan

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 490 hits
Salam to all readers Keangungan Malam Nisfu Syaaban Kelebihan Doa Serta Amalan yang Digalakkan Diam tak diam kita dah masuk bulan Nisfu Syaaban tak lama lagi Ramadhan bakal menyusul Kejap sangat rasanya hari berganti hari bulan berganti bul...
3 Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban 1 Syaaban 1443 Hijrah

3 Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban 1 Syaaban 1443 Hijrah

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 336 hits
Malam Nisfu Syaaban yang jatuhnya pada tarikh 1 Syaaban 1443 Hijrah tahun ini merupakan sambutan yang istimewa bagi kita semua yang sedang melalui era pandemik dan endemik Covid 19 wabak yang membawa maut di seluruh dunia Dalam keadaan keti...
Betty Rahmad Bersyukur Khatam Al Quran Di Malam Nisfu Syaaban

Betty Rahmad Bersyukur Khatam Al Quran Di Malam Nisfu Syaaban

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 185 hits
Betty Rahmad bersyukur khatam al Quran di malam Nisfu Syabaan dan tidak menyangka Allah susun sangat cantik aturan hidupnya Betty berkongsi perasaan gembiranya dalam hantaran di laman peribadi Instagramnya Ibu kepada Ardy Wira ini tidak per...
Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban

Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 174 hits
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDTTARIKH 8 SYAABAN 1443H 11 MAC 2022TAJUK MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN1 Seruan jemaah agar sama sama bertaqwa kepada Allah SWT 2 Sesungguhnya kedatangan bulan Syaaban ini amat dinanti nantikan oleh orang beriman...
Mata Saya Berair Kim Woobin Kongsi Perasaan Pertama Kali Muncul Di Tv Selepas Sembuh Kanser

Mata Saya Berair Kim Woobin Kongsi Perasaan Pertama Kali Muncul Di Tv Selepas Sembuh Kanser

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 281 hits
Hampir beberapa tahun menghilangkan diri dahulu kerana menghidapi kanser Kim Woo bin nampaknya semakin sihat dan ceria kini Terbaru semasa menyertai Unexpected Business 2 sebagai tetamu pelakon lelaki itu telah berkongsi pengalaman muncul p...
Tak Sempat Berjoli Suspek Berjaya Ditahan Polis Sejam Selepas Kejadian Rompakan Van Keselamatan Di Puchong Prima

Tak Sempat Berjoli Suspek Berjaya Ditahan Polis Sejam Selepas Kejadian Rompakan Van Keselamatan Di Puchong Prima

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 394 hits
Tak sempat berjoli suspek berjaya ditahan polis sejam selepas kejadian rompakan van keselamatan di Puchong PrimaPolis berjaya menahan suspek yang merompak dan menembak mati pengawal keselamatan dalam kejadian rompakan van keselamatan jam 5 ...
Presiden Umno Mahu Percepat Pru 15 Selepas Mou Tamat

Presiden Umno Mahu Percepat Pru 15 Selepas Mou Tamat

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 244 hits
FAZLI RADZISecara berterus terang Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan selepas memorandum persefahaman bersama pembangkang tamat pada Julai nanti Pengerusi Barisan Nasional itu mendakwa faktor...
Dokumen Ini Perlu Dihantar Ke Sekolah Selepas Daftar Online Anak Tahun 1

Dokumen Ini Perlu Dihantar Ke Sekolah Selepas Daftar Online Anak Tahun 1

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 321 hits
Perkongsian ini untuk memudahkan ibu bapa yang dah buat pendaftaran anak Tahun 1 tapi terlepas pandang yang maklumat diisi secara online itu perlu dihantar ke pejabat sekolah bersama salinan dokumen Untuk pendaftaran Tahun 1 terutama anak y...
Kereta Terbabas Hingga Tercabut Enjin Selepas Rempuh Stesyen Minyak

Kereta Terbabas Hingga Tercabut Enjin Selepas Rempuh Stesyen Minyak

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 230 hits
Tular video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan yang mengalami kemalangan setelah merempuh sebuah stesyen minyak Menerusi perkongsian yang tular dilaman TikTok itu kenderaan itu dilaporkan dari sungai long menghala ke bukit dukung s...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur