Hukum Puasa Selepas 15 Syaaban


Terdapat perbezaan hukum puasa selepas 15 Syaaban bagi mereka yang ingin berpuasa dalam tempoh tersebut.
Ini kerana terdapat hadis yang tidak membenarkan umat Islam berpuasa dalam tempoh tersebut.
Namun, terdapat perbahasan yang panjang hadis tersebut yang membawa kepada hukum berpuasa selepas 15 Syaaban.
Mengenai Bulan Syaaban Bulan Syaaban merupakan bulan yang mulia dan merupakan bulan yang hadir sebelum datangnya bulan Ramadhan.
Oleh kerana itu, di dalam bulan ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal soleh.
Menurut al-Hafiz Ibn Rajab dalam Lata’if al-Ma’arif, beliau menyatakan: “Oleh kerana Syaaban seperti mukadimah kepada Ramadan, maka disyariatkan padanya perkara yang disyariatkan pada bulan Ramadan seperti berpuasa dan membaca al-Quran, agar dapat bersiap sedia bagi menyambut Ramadan serta dapat membiasakan diri dengannya dalam usaha mentaati Allah SWT.”
Tambahan pula, di dalam satu hadis bahawa Rasulullah SAW apabila masuk Rejab, baginda akan berdoa: “Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada Rejab dan Syaaban serta sampaikanlah kami ke Ramadan.” (Riwayat al-Bazzar, Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Awsat dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dengan sanad daif).
Meskipun hadis tersebut dinilai daif, namun dalam bab doa ianya harus diamalkan.
Perbahasan Puasa Selepas 15 Syaaban Terdapat pandangan yang tidak membenarkan umat Islam berpuasa selepas 15 Syaaban berdasarkan beberapa hadis iaitu:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban maka janganlah kalian berpuasa”. Dalam lafaz yang lain maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sehingga datangnya bulan Ramadhan”. Dalam lafaz yang lain pula maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, makanlah sehingga datangnya bulan Ramadhan”. Dalam lafaz yang lain lagi maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, maka tahanlah diri kalian dari berpuasa sehingga datang bulan Ramadhan.” Hadis ini telah menjadi perselisihan antara para ulama’ dalam menyatakan hukum terhadap hadith ini kerana sebahagian mereka mensahihkan hadis ini dan sebahagian yang lain mendhaifkannya.
Antara ulama’ yang mensahihkan hadis ini ialah:
Imam al-Tirmizi : Hadith adalah hasan sahih. [Lihat: Jami’ al-Tirmizi, no. Hadith 669] Imam Ibn Hibban : Hadith ini sahih. [Lihat: Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 3589] Imam Ibn Abd al-Bar: Hadith ini sahih. [Lihat: al-Istizkar, 10/239] Ahmad Syakir : Hadith ini adalah sahih. [Lihat: Ta’liq ‘ala Tahzib al-Sunan, 3/225] Manakala ulama’ yang mendhaifkannya adalah seperti berikut:
Imam Ahmad : Hadith ini munkar. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 135] Al-Athram : Hukum hadith ini adalah munkar. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 135] Abdulrahman bin Mahdi : Hadith ini munkar. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 135] Abu Zur’ah : Ini adalah hadith munkar. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 135] Hukum Puasa Selepas 15 Syaaban Menurut Mazhab al-Syafie, berpuasa selepas pertengahan bulan Sya’ban adalah haram atau makruh bagi sesiapa yang tidak biasa berpuasa dan jika ia tidak bersambung dengan hari sebelumnya (dalam makna lain bagi orang yang berpuasa pada waktu tersebut sahaja) [Lihat: al-Mu’tamad, 2/216].
Namun, jumhur fuqaha’ pula berpandangan dibolehkan berpuasa selepas daripada 15 Sya’ban. [Lihat: Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1635]
Oleh itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan dibolehkan bagi sesiapa yang ingin berpuasa selepas pertengahan bulan Sya’ban bagi orang yang selalu melakukan puasa seperti puasa sunat Isnin dan Khamis.
Ini juga bagi sesiapa yang berpuasa pada hari cerah (أيام البيض) dan juga yang melakukan puasa Nabi Daud AS.
Ini kerana larangan berpuasa di dalam hadis yang melarangnya adalah ditujukan kepada sesiapa yang bukan menjadi kebiasaannya berpuasa.
Bagi sesiapa yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa maka ia tidak menjadi masalah untuk mereka berpuasa pada waktu tersebut.
Hikmah Tidak Dibenarkan Berpuasa Selepas 15 Syaaban Bagi mereka yang berpegang kepada pandangan tidak membenarkan berpuasa selepas 15 Syaaban, antara hikmahnya ialah umat Islam dapat menyiapkan diri mereka sebelum dalam menempuh bulan Ramadhan.
Ini kerana bulan Ramadhan difardhukan bagi setiap orang Islam yang mukallaf untuk berpuasa sebulan penuh dalam bulan tersebut.
Info Lanjut Info lanjut mengenai hukum puasa ini, sila layari laman web https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1117-irsyad-al-hadith-siri-ke-73-hukum-puasa-selepas-separuh-bulan-sya-ban.
Baca juga: Puasa Syaaban 2025 : Tarikh, Hukum & Niat Puasa Sunat Sya’ban


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hukum-puasa-selepas-15-syaaban/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hukum-puasa-selepas-15-syaaban

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 349 hits
Untuk pengetahuan anda semua bermula 31 Januari 2025 ini kita telah pun memasuki bulan Syaaban dan pastinya puasa sunat Syaaban merupakan antara perkara perkara yang sering disebutkan dalam bulan ini Bagi mengetahui lebih lagi tentang keleb...
Selepas Tiga Tahun

Selepas Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 179 hits
Asalamualaikum dan salam february dah nampak gayanya sebulan sekali jer ade kerajinan nak mengupdate rumah maya kak rose ni kan ada kalanya rajin jugak masak tapi kerajinan nak amik gambo dan nak tepek kat sini tu dah hilang semua dah serup...
Diplomat Veteran Gesa Nazri Dipanggil Pulang Dari Jawatan Duta As Selepas Aksi Sokong Trump

Diplomat Veteran Gesa Nazri Dipanggil Pulang Dari Jawatan Duta As Selepas Aksi Sokong Trump

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 126 hits
Seorang diplomat veteran menggesa Putrajaya memanggil pulang Nazri Aziz sebagai duta Malaysia ke Amerika Syarikat selepas tersebar gambar beliau mengangkat sepanduk memaparkan slogan Donald Trump ketika menghadiri sambutan kemenangan presid...
Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin Mitos Atau Realiti

Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin Mitos Atau Realiti

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 137 hits
Pantang makan laksa selepas bersalin mitos atau realiti Bukan mudah bagi para ibu yang baru melahirkan untuk berpantang daripada menikmati laksa selama setahun lebih lebih lagi jika hidangan ini merupakan antara makanan kegemaran mereka Pan...
Ismanira Buat Laporan Polis Selepas Lima Jam Zayn Rayyan Hilang Saksi

Ismanira Buat Laporan Polis Selepas Lima Jam Zayn Rayyan Hilang Saksi

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 84 hits
Melalui laporan Sinar Harian saksi pendakwaan ketiga dalam perbicaraan pengabaian arwah Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu kepada Mahkamah Sesyen ibu arwah kanak kanak autism itu sama sekali tidak menunjukkan tanda tanda risau var currentU...
Hiburan Pempengaruh Tinggi Luar Biasa Schayang Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bergelar Isteri

Hiburan Pempengaruh Tinggi Luar Biasa Schayang Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 275 hits
Pempengaruh wanita yang tular kerana mempunyai ketinggian luar biasa SchaYang dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi Baru mendirikan rumah tangga seminggu yang lalu pemergian SchaYang atau Nur Syahirah Saufi 28 dimaklumkan...
Tebuk Atap 2 0 Ada Yang Mahu Berpaling Tadah Selepas Aidilfitri

Tebuk Atap 2 0 Ada Yang Mahu Berpaling Tadah Selepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 105 hits
HarapandailyFebruary 9 2025Oleh LIYANA MARZUKILet me spill the bean Benda saya dengar baru baru ini beberapa little birds juga sahkan Dari kedua dua kem Gerakan tebuk atap 2 0 tengah giat dijalankan Tahun ini by hook or by crook kena jatuhk...
Selepas Beratur 30 Minit Di Damascus Bukit Bintang

Selepas Beratur 30 Minit Di Damascus Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 164 hits
Tiap kali kak ana jalan jalan ke Bukit Bintang selalu nampak Restoran Damascus Bukit Bintang tak pernah lah tak ada orang beratur panjang Dari mula mula dulu depa sewa lot belakang dengan viral shawarma sampai lah laa nih dah ada restoran b...
Usaha Tak Khianati Hasil Wanita Sebak Terima Gaji Lebih Rm12 000 Selepas Bekerja Keras

Usaha Tak Khianati Hasil Wanita Sebak Terima Gaji Lebih Rm12 000 Selepas Bekerja Keras

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 162 hits
Seorang wanita tidak dapat menahan sebak selepas kerja kerasnya di sebuah kedai emas membuahkan hasil apabila menerima gaji lebih RM12 000 daripada majikannya baru baru ini Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna pemborongemasbangk...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Ketupat Goreng Untuk Sarapan Pagi

Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara